Thursday, April 30, 2009

Elderly Hospital

Recently, I has been in and out from hospital. Been seeing a lot of elderly patients seeking medical treatment. They have lots of problem, communication barrier and seeking the right department to go. Most of them don't have their children to help them. Those who have their children or grand children to accompany them, they don't have any problems to getting around the hospital. Anyway, they still managed to get the proper treatment due to the friendliness and patience shown by the nurses.
Maybe, the Ministry of Health, Malaysia can set up a hospital especially for the elderly with the easiest way to get around all the department in the hospital. We, Malaysian consists of many races with lot of different languages. Communication is a major obstacle for the elderly who don't speak Malay or English. They don't understand the instruction given by the nurses, and the explanation by the doctors. Elderly people have been contribute their life to our society and to the world. It is time that when are they old, they get all the care they needed. And, we the younger generation will be like them just in a couple of years. Treat them well, as what we would like to be treated when we are at those stages or age.

One of My Favourite

Smiling Flora




Beauty of Bougainvillea in Bougainvillea City








Do not know who plant this bougainvillea plant just right after the guard house. It has been weeks already that this blossom bougainvillea is decorating the housing area.

Wednesday, April 29, 2009

DLE or Psoriasis


Psoriasis ?


DLE-Discoid Lupus Erythematosus?

Psoriasis or DLE or both

want to share some photos of DLE, although most of the doctors and nurses said it looks like psoriasis. Wonder whether it is psoriasis or DLE? Could one having both at the same time? If yes, what kind of treatment to go with that?

Tuesday, April 28, 2009

Alah Membeli Menang Memakai

Sudah bertahun-tahun alat senaman ini dibeli dengan azam hendak menjaga kesihatan. Sehingga kini, dah 5 tahun alat ini terletak di ruang tamu dan sudah banyak kali cross trainer ini dialih ke sana dan ke sini. Akhirnya di sinilah tempatnya di tepi tangga. Kalau dikira 365 hari selama 5 tahun sudah 1825 hari alat senaman ini dibeli, malangnya diguna tak sampai 5%. Sejak akhir-akhir ini, timbul pula kesedaran untuk menjaga kesihatan setelah berat badan makin naik. Berbalik ke tahap 4, dulu apabila mula-mulanya dibeli, memang rajin menggunakannya hingga dah sampai ke tahap 8. Maksimumnya hanya ke tahap 10. Walaupun ada orang yang tidak pernah bersenam, tak ditimpa apa-apa penyakit, orang yang bersenam dengan penuh disiplin setiap hari pula diserang penyakit ini dan itu. Bergantunglah, kadang-kadang kita memang tidak boleh lari daripada ketentuan hidup.


Sebab Akibat


Wabak demi wabak merebak, selesema burung, mad cow disease dan yang terkini selesema babi. Apa lagi seterusnya? Sekeliling kita penuh dengan pelbagai virus dan penyakit. Pencemaran juga tidak kurang seriusnya.
Adakah kita sedar bahawa anak-anak kita bakal mewarisi satu dunia yang penuh dengan penyakit, pencemaran dan keganasan?
Bagaimanakah anak-anak kita akan menghadapinya? Rasanya kita masih tidak sedar sepenuhnya tentang apa yang kita hadapi sekarang, melainkan apabila kita mengalaminya sendiri.
Saban hari, kita hanya fokus kepada masa depan kita (wang), kita tidak ambil kisah apa yang berlaku atau sedang berlaku asalkan bukan kita yang menjadi mangsanya. Anak-anak kita juga tidak dididik dengan rasa cinta akan alam sekitar, mereka juga mengikut jejak langkah kita, melihat masa depan dan menilai kejayaan masa depan mereka dengan bilangan digit yang terdapat dalam bank.
Terlantas tak apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, mengapa begitu banyak bencana dan wabak penyakit merebak? Mungkinkah ini tindak balas daripada apa yang kita manusia lakukan terhadap alam dan sesama mahkluk?

Saturday, April 25, 2009

Pelajar Mesti Menulis

Penulisan merupakan salah satu kaedah atau alat komunikasi yang luas digunakan hingga masa kini. Sebelum terciptanya komputer dan teknologi serta alat komunikasi yang canggih. Penulisan merupakan cara berkomunkasi yang paling luas digunakan apabila mesin cetak dicipta oleh Gunteberg pada tahun 1439.
Pelbagai platform tersedia pada masa kini untuk tujuan penulisan. Komputer, telefon bimbit, faksimili, internet, blog, web dan macam-macam lagi. Dengan jelas bahawa penulisan merupakan aspek kemahiran yang semakin penting. Terdapat pelbagai tujuan dan format penulisan mengikut protokol tertentu. Apabila menulis, dua aspek yang perlu diberi perhatian oleh penulis ialah tujuan dan siapa pembacanya? Seseorang mungkin dapat berucap, bertutur dengan fasih, lancar dan menarik belum dapat menghasilkan karya yang sebaik ucapannya.
Oleh sebab itu, pelajar perlu banyak menulis dan penulisan perlu merangkumi pelbagai aspek dengan pelbagai tujuan yang berbeza. Penulisan yang diajar di sekolah seharusnya fokus kepada penulisan yang dapat membantu pelajar menghadapi cabaran dunia kini dan masa depan.

Monday, April 20, 2009

Dual Personaliti

Jika di rumah, pelajar tahu menjaga kebersihan di rumah.
Jika di sekolah, pelajar membuang sampah di merata-rata.

Jika di rumah, pelajar tahu menghormati ibu bapa, datuk nenek
Jika di sekolah, pelajar mencabar guru malah pengetua

Jika di rumah, pelajar tahu dan patuh pada peraturan yang tidak tersurat
Jika di sekolah, pelajar tidak mematuhi peraturan malah ada yang sengaja mencabar ketetapan peraturan ini.

Jika di rumah, apabila masuk atau keluar rumah, pelajar memberi salam dan tegur sapa
Jika di sekolah, apabila terserempak dengan guru, pelajar bisu seribu bahasa, malah ada yang menegur guru dengan pelbagai nama julukan.

Mengapakah perlakuan pelajar di rumah dan di sekolah begitu berbeza? Walaupun hal ini merujuk kepada sebilangan pelajar namun perlu diberi perhatian kerana keadaannya makin parah.

Tuesday, April 14, 2009

Menulis & Penulisan

Penulisan karangan di sekolah terlalu fokus kepada penulisan yang sempit dan dengan matlamat pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan untuk lulus dalam peperiksan UPSR, PMR dan SPM. Penulisan sepatutnya perlu memenuhi tujuan sosial yang tertentu. Pelajar perlu mengetahui siapa pembaca mereka.
Dengan teknologi web 2.0, penulisan pelajar sepatutnya versatil dengan menggunakan pelbagai platform yang sedia ada di internet.
Sepatutnya, penulisan pelajar mesti memenuhi tujuan bersosial, seperti mengajar pelajar menulis resume mereka, mengajar pelajar menulis surat permohonan kerja, menulis laporan tentang sesuatu pemerhatian, penelitian yang telah dibuat oleh mereka, menulis sesuatu yang berkaitan dengan isu semasa.
Sudah tentu penulisan adalah berbeza bergantung kepada tujuan dan siapa pembacanya. Pelbagai kaedah dan platform boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar menulis dan mendapatkan komen rakan sebaya sebelum menghantar penulisan mereka kepada guru.
Penulisan di sekolah terlalu terikat kepada penulisan teks yang membosankan. Pelajar sepatutnya digalakkan menggunakan grafik, jadual, peta, carta untuk menjadikan penulisan mereka menarik. Latihan seperti ini penting agar apabila bekerja nanti, pelajar mampu menulis dengan baik
Peer review adalah penting, belajar daripada rakan sebaya memang berkesan dan menggalakkan.
Menulis hanya untuk pemeriksaan oleh guru mengurangkan keinginan pelajar untuk menulis kerana pembacanya hanya satu iaitu guru bahasa Melayunya.
Penulisan untuk peperiksaan jauh berbeza dengan penulisan untuk tujuan bersosial, atau penulisan yang berguna untuk menghadapi cabaran masa depan pelajar.

SLE di Malaysia

Semalam mendapat laporan biopsy kulit dan ujian darah bapa. Daripada hasil biopsy kulit, dermatologist mengatakan bahawa bapa saya menghidapi SLE ( Systemic Lupus Erythematosus). Ingin tahu berapa ramaikah pesakit SLE ini, apakah perubatan alternatif yang ada di luar sana yang boleh membantu dalam mengubati penyakit ini sama perubatan Cina, Ayuvera atau perubatan tradisional Melayu. Ada tak sesiapa yang menghidapi penyakit ini boleh berkongsi pengalaman dan cara terbaik menghadapi penyakit ini? Bapa saya agak introvet, so kami takut nanti dia akan mengalami depression. Jika dapat menjumpai sesiapa yang juga penghidap penyakit ini, mungkin daripada perkongsian maklumat dan perasaan dapat membantu bapa saya berfikiran terbuka untuk menerima kenyataan ini. Sekian, terima kasih.

Sunday, April 12, 2009

Terapi Kerisauan






Apabila kerisauan, rasa tidak tenteram, tension atau keruan, inilah kerja saya upload gambar-gambar seperti ini sebagai terapi.



Kali ini, flora ini dari Bukit Fraser
Dah sepuluh tahun gambar-gambar ini diambil

Paralinguistik


Dalam penguasaan kemahiran bahasa dan berbahasa, kebiasaannya yang diberi fokus ialah kemahiran bahasa. Aspek paralinguistik kurang diberi perhatian kerana tidak diuji dalam peperiksaan. Penilaian dalam ujian lisan melibatakan aspek sebutan dan intonasi namun kemahiran lisan ini tidak diajar, para pelajar diajar untuk membaca dan kurang diajar cara bertutur atau berucap yang baik. Kebanyakan pelajar didapati kurang mahir dalam pengucapan, nada, intonasi dan pergerakan fizikal mereka adalah mendatar dan tidak menarik.
Apabila diminta untuk berucap, pelajar akan mencari seribu satu alasan untuk menolak. Mereka tidak melihat berucap di hadapan kelas untuk sebagai satu peluang untuk melatih kemahiran pertuturan dan pengucapan mereka. Setelah segala cubaan gagal, jadi mereka akan berucap di hadapan kelas dengan sebutan yang tidak jelas, suara yang lembut, intonasi yang mendatar, nada yang kurang sesuai, jeda yang tidak tepat, pergerakan fizikal yang kaku, suka meletakkan kedua-kedua tangan di belakang, ada yang suka berdiri dan menyandar pada meja, ada yang bercakap tanpa melihat pada audien mereka.
Oleh sebab itu, aspek paralinguistik ini perlu dititikberatkan dan pelajar harus diberi ruang dan peluang yang mencukupi untuk melatih kemahiran berucap dan bertutur di khalayak ramai. Usaha ini perlu dilakukan sejak pelajar ini di bangku sekolah. Bermula dengan setiap pelajar harus boleh bercerita atau keluar berucap di hadapan kelas. Latihan dan bimbingan guru akan menambah keyakinan pelajar untuk berucap dengan baik dan betul. Jika tidak, amatlah sukar untuk guru-guru di peringkat sekolah menengah meyakinkan pelajar-pelajar bahawa berucap di hadapan kelas atau di khalayak ramai itu penting pada masa depan apabila mereka memasuki kolej atau universiti atau semasa mereka bekerja. Mereka harus berupaya untuk menyampaikan idea dan pendapat mereka secara berkesan.

Friday, April 10, 2009

Penulisan pada Abad ke-21

Ingin berkongsi artikel tentang penulisan pada abad ke-21 oleh Kahtleen Blake Yancey bekas Presiden National Council of Teachers of English.

Penulisan dan belajar untuk menulis merupakan elemen yang semakin penting dalam sistem pendidikan. Penulisan perlu diajar bukan diperoleh seperti pertuturan. Penulisan melibatkan kemahiran yang lebih kompleks daripada pertuturan, perdengaran dan pembacaan. Bukan semua orang dapat menulis dengan baik.

Pada abad ke-21, sesiapa sahaja boleh menulis sama ada pada kertas atau secara dalam talian(online), sama ada menulis untuk diri sendiri, menulis untuk diterbitkan, menulis sebagai sumber rezeki, menulis untuk kepuasan, menulis dengan berkongsi ilmu dan maklumat, dan macam-macam lagi. Semua ini bergantung kepada apa yang ingin kita tulis.

Perubahan ini memerlukan kita terutamanya Bahagaian Perancangan Kurikulum peka tentang aspek penulisan yang diajar kepada pelajar-pelajar abad ke-21. Kurikulum penulisan memerlukan perubahan dari segi matlamat dan pendekatan pengajaran penulisan yang dapat memenuhi tuntutan pada abad ke-21. Pelajar tidak lagi menulis dalam buku karangan mereka. Mereka menulis emel, sms dan blog. Kualiti penulisan mereka perlu diambil perhatian dan bahasa yang digunakan perlu diajar agar penulisan mereka tidak sumbang. Oleh itu model dan kurikulum baharu perlu direka untuk menyokong pengajaran penulisan pada abad ke-21 ini.
Kita mampu mengawal apa yang perlu dibaca oleh pelajar tetapi agak sukar untuk mengawal apa yang patut ditulis oleh pelajar. Pelajar boleh menulis apa sahaja yang menarik minat mereka terutamanya pada abad ke-21. Pelbagai medium, saluran dan platform boleh digunakan oleh pelajar untuk menulis.

Ekoran perkembangan teknologi digital terutamanya teknologi web2.0, nampaknya penulis ada di mana-mana sahaja sekarang, mereka menulis dalam ruang sembang(chat rooms), emel, sms dan blog. Penulisan ini milik penulis itu bukan milik sesuatu institusi.
Kathleen berpendapat bahawa kita menulis untuk berkongsi maklumat, dan mungkin menggalakkan dialog tetapi kebanyakannya untuk penglibatan iaitu melibatkan diri dalam bentuk penulisan pada abad ke-21 ini. Beliau menamakan fenomena ini sebagai Age of Composition.

Thursday, April 9, 2009

Kelas Peralihan

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai oleh pelajar-pelajar. Matlamat pendidikan pada peringkat sekolah rendah adalah agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Jika dikaji secara mendalam, memang tidak susah untuk mencapai matlamat ini.
Kebanyakan pelajar apabila memasuki sekolah menengah didapati masih tidak dapat membaca dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul. Hal ini berlaku terutama pada pelajar-pelajar bukan penutur asal Bahasa Melayu. Ada yang tidak dapat membaca dengan lancar, ada yang dapat membaca tetapi masih perlu mengeja kata demi kata, ada yang dapat membaca dengan agak baik tetapi tidak memahami apa yang dibaca. Pelajar juga dapat menulis, boleh dikatakan 100% tetapi kebanyakan tidak faham apa yang ditulis, mereka hanya tahu menyalin apa yang ditulis oleh guru.
Kebanyakan sekolah masih mempunyai kelas peralihan untuk pelajar-pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan UPSR. Setiap tahun, bilangan pelajar yang perlu mengikuti kelas peralihan ini adalah lebih kurang 80-90 orang.
Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar-pelajar ini pada tahun 2007. Oleh sebab bilangan dalam satu kelas adalah 45 orang, jadi memang satu tugas yang cukup mencabar. Tambahan pula pada masa itu saya sedang mengandung.
Antara masalah yang dihadapi:
-bilangan pelajar terlalu ramai
-tahap kemahiran mereka agak jauh berbeza, bukan semuanya lemah
-buku teks yang digunakan perlu diubah suai mengikut tahap kemahiran pelajar
-masalah disiplin
Sebenarnya, kelas seperti ini perlulah tidak begitu ramai supaya perhatian yang cukup dapat diberikan kepada mereka. Semasa mengadakan ujian untuk mengenal pasti sama ada pelajar-pelajar ini buta huruf atau tidak. Guru yang berlainan mempunyai takrifan yang berbeza, ada yang hanya menguji sama ada seseorang pelajar itu dapat membaca atau tidak, ada yang mengutamakan pembacaan dan pemahaman, jika pelajar dapat membaca tetapi tidak faham apa yang dibaca, pelajar seperti ini tetap dianggap sebagai buta huruf.
Setiap hari, selepas sekolah bersurai saya akan menahan pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan mengajar mereka kadang-kadang 10 orang, 5 orang, 2 orang atau seorang. Hasilnya adalah sangat memuaskan daripada mengajar mereka dalam kumpulan yang begitu besar. Pelajar-pelajar dapat belajar dengan baik sekali jika bilangan mereka tidak ramai.
Oleh sebab itu, usaha yang berkesan agar pelajar-pelajar ini dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik adalah dengan mengurangkan saiz kelas.

Tuesday, April 7, 2009

Perlakuan Pelajar Masa Kini


Sejak akhir-akhir ini, banyak saya dengar tentang kerenah pelajar-pelajar sekolah yang cukup membimbangkan. Mungkin masyarakat sedar dan tahu akan perlakuan anak-anak muda yang bergelar pelajar ini. Pihak sekolah dan para guru faham benar akan apa yang berlaku di sekolah masing-masing.
Pelajar kita sekarang ini makin kurang bersopan-santun, tidak tahu tatacara dan pandai melawan. Berlagak pandai dan kurang kemahiran berfikir. Mereka tidak mementingkan pelajaran. Telefon bimbit, wang, pelbagai peralatan terbaharu dan keseronokan yang dikejar oleh mereka. Bahawa dengan adanya wang mereka mampu memiliki apa yang mereka mahu, itu yang menjadi sasaran dan fokus utama mereka.
Pelajar di kelas hujung hanya mementingkan benda-benda seperti ini, buku dan ilmu pengetahuan tidak membawa apa-apa makna yang signifikan kepada mereka. Mereka sanggup bekerja untuk mendapatkan apa yang dianggap penting untuk mereka. Hati dan tumpuan tidak pada pelajaran kerana pelajaran yang diikutinya sekarang tidak mampu memenuhi kehendak mereka ini.
Apa yang menjadi kerisauan ialah sikap mereka yang boleh dikatakan biadap, tidak menghormati guru dan berani melakukan apa sahaja contohnya:
-berani menyuruh guru jangan mengganggunya tidur
-berani berjudi tanpa rasa takut apabila terdapat peluang untuk berbuat demikian
-berani membawa telefon bimbit ke sekolah dan menggunakannya di dalam kelas
-berani membawa pelbagai bahan larangan ke sekolah dan menggunakannya di dalam kelas
-berani melawan cakap guru, malah pengetua
-berani mengeluarkan kata-kata kesat
-berani keluar dan masuk ke kelas sesuka hati
-tidak menghormati guru
-tidak mengetuk pintu untuk meminta kebenaran masuk ke dalam kelas, ada yang masuk ke kelas ikut pintu belakang
-tidak mahu /malas hendak bangun untuk memberikan hormat kepada guru yang masuk ke kelas dan keluar dari kelas
-tidak mahu membuat kerja rumah dengan alasan buku hilang dan tak ada duit beli yang baharu
-tidak mahu membeli buku latihan (buku latihan diberi percuma pun tak mahu buat)
-suka melepak walaupun di sekolah, suka ponteng kelas, ponteng sekolah
Apa kita nak buat dengan pelajar-pelajar ini? Denda, Demerit, Kaunseling, Gantung Sekolah.
Semua ini seperti mencurah air di daun keladi.......apa jua tindakan disiplin diambil terhadap mereka, mereka tidak endah pun. Kalaupun diberhentikan persekolahannya, mereka bukannya kisah sebab mereka memang tidak berminat untuk belajar. Sekolah bagaikan penjara bagi mereka. Kita selalu dapat mendengar pelajar-pelajar ini berkata bahawa mereka tidak mahu bersekolah, tetapi dipaksa oleh ibu bapa. Kalau diberhentikan, mereka hanya perlu memohon untuk kembali ke sekolah, itu saja. Jadi, tak heran buat mereka kalau diberhentikan sekalipun.
Adakah disebabkan peluang untuk pelajar-pelajar yang lemah dan gagal mencapai tahap minimun dibenarkan terus berada di sekolah?
Adakah disebabkan pengaruh luar terutamanya media massa yang memaparkan unsur-unsur keberanian pelajar menentang guru-guru dan pihak atasan?
Adakah disebabkan ibu bapa kini yang terlalu manjakan anak-anak, melindungi anak walaupun terbukti anaknya didapati memang bersalah?
Adakah disebabkan kuasa merotan pelajar tidak lagi diberi kepada guru-guru hanya guru disiplin, penolong kanan, pengetua dengan perlu ada saksi?

Monday, April 6, 2009

Angin Perubahan


Desakan untuk perubahan begitu kuat sekali, terutamanya dalam bidang politik. Apa pula dengan bidang pendidikan, adakah kita benar-benar berubah dari segi pendekatan kita mengajar, kurikulum kita dan segalanya.
Sebenarnya, walaupun ledakan maklumat dan kecanggihan teknologi dan komunikasi begitu pesat membangun, pendidikan kita di sekolah masih berada di takuk lama. Tidak banyak berubah. Contohnya, kalau 20 tahun dahulu semasa saya masih di bangku sekolah, Kempen Antidadah diadakan dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyedarkan pelajar tentang bahaya dadah. Kini, kempen yang sama masih dijalankan dengan aktiviti yang sama seperti peraduan melukis poster, syarahan, ceramah dan lain-lain. Pi mai pi mai tang tu. Adakah kerana kita ketandusan idea baharu atau apa yang dijalankan 20 tahun lalu memang berkesan dan tidak perlu berubah. Adakah kita sedar bahawa dunia dah berubah, negara dah maju. Kita masih berpegang teguh kepada teori behaviourisme, sepatutnya kita patut lebih berpegang kepada teori konstruktivisme and connectivisme.
Pelajar perlu membina ilmu dan pengetahuan mereka sendiri ( they have to incharge of their own learning). Pelajar kita masih terlalu bergantung kepada guru, masih kurang berdikari ketika belajar, melakukan sesuatu aktiviti kokurikulum. Adakah kita boleh berbangga dengan pelajar kita hari ini yang mampu mencapai keputusan yang amat cemerlang dari 12A ke 21A. Apakah makna di sebalik pencapaian ini? Adakah pelajar kita semakin pintar? bijak? Pada hakikatnya, kita sebagai guru kita faham dan tahu akan tahap pencapaian sebenar pelajar kita. Memang terdapat pelajar yang memang cemerlang, namun jangan lupa akan mereka yang masih ketinggalan begitu jauh sekali.
Artikel Will Richardson ini menerangkan bagaimana pelajar menguasai dan menentukan pembelajaran mereka sendiri dalam artikel Kids Owing the Learning

Friday, April 3, 2009

Second Thought

Since yesterday I started to have second thought about almost everything in my life. Currently, I have bone spurs. After few session of physiotherapy and wearing the collar with few medicines. The pain was off but the numbness on my left hand persist.
The worst is that my sister just had her pap smear and the test result is abnormal, she has cervix cancer. Looking at my son, I am thinking of my sister's children. Then, I have this second thought whether I have made the right choice to have or not to have children? Whether it is better to stay single? We can never know! A lot of things and obstacles we all have to face as a family, my sister is baby sitting my son. Whether can she cope with the baby sitting, and the fight with the cervix cancer? I really hope it is still at the earlier stage. Women out there, read more about the cancer at this link http://www.cancerquest.org/ and more about cervical cancer at
http://www.cancerquest.org/index.cfm?page=4062&lang=english
I just need to write something about this. I never had second thought of about, I go to school, primary, secondary, form six, just follow what others do. Maybe you won't believe me, I do not know about university even though my STPM result was considered good compared with few of my friends that I can further study to university level, then I graduated, a teacher, now further my study again without having any second thought of the step that I took. Now, everything has changed....

Wednesday, April 1, 2009

Teluk Batik, Lumut

Pantai Teluk Batik, Lumut




gambar-gambar ini diambil 4 tahun yang lalu
mungkin pantai ini sudah banyak berubah, sekali bah, sekali pantai berubah

Sudah 4 tahun tidak mengunjungi tempat ini. satu kekesalan saya ialah tempat-tempat peranginan ini memang cukup mempesonakan ketika mula dibina dengan pelbagai kemudahan, semuanya baharu dan bersih, tetapi kerja penyelenggaraan adalah kurang memuaskan, mungkin disebabkan pengunjung yang kurang beretika merosakkannya, mengotorkannya atau proses penyelenggaraan yang kurang cekap.