Monday, April 20, 2009

Dual Personaliti

Jika di rumah, pelajar tahu menjaga kebersihan di rumah.
Jika di sekolah, pelajar membuang sampah di merata-rata.

Jika di rumah, pelajar tahu menghormati ibu bapa, datuk nenek
Jika di sekolah, pelajar mencabar guru malah pengetua

Jika di rumah, pelajar tahu dan patuh pada peraturan yang tidak tersurat
Jika di sekolah, pelajar tidak mematuhi peraturan malah ada yang sengaja mencabar ketetapan peraturan ini.

Jika di rumah, apabila masuk atau keluar rumah, pelajar memberi salam dan tegur sapa
Jika di sekolah, apabila terserempak dengan guru, pelajar bisu seribu bahasa, malah ada yang menegur guru dengan pelbagai nama julukan.

Mengapakah perlakuan pelajar di rumah dan di sekolah begitu berbeza? Walaupun hal ini merujuk kepada sebilangan pelajar namun perlu diberi perhatian kerana keadaannya makin parah.

2 comments:

  1. Kata-kata yang menarik. Food for thought.

    ReplyDelete
  2. Ummu Ilman, kita perlu pastikan generasi akan datang merupakan modal insan yang memang seimbang, akal dan amal adalah sama. Bukan cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete