Monday, April 6, 2009

Angin Perubahan


Desakan untuk perubahan begitu kuat sekali, terutamanya dalam bidang politik. Apa pula dengan bidang pendidikan, adakah kita benar-benar berubah dari segi pendekatan kita mengajar, kurikulum kita dan segalanya.
Sebenarnya, walaupun ledakan maklumat dan kecanggihan teknologi dan komunikasi begitu pesat membangun, pendidikan kita di sekolah masih berada di takuk lama. Tidak banyak berubah. Contohnya, kalau 20 tahun dahulu semasa saya masih di bangku sekolah, Kempen Antidadah diadakan dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyedarkan pelajar tentang bahaya dadah. Kini, kempen yang sama masih dijalankan dengan aktiviti yang sama seperti peraduan melukis poster, syarahan, ceramah dan lain-lain. Pi mai pi mai tang tu. Adakah kerana kita ketandusan idea baharu atau apa yang dijalankan 20 tahun lalu memang berkesan dan tidak perlu berubah. Adakah kita sedar bahawa dunia dah berubah, negara dah maju. Kita masih berpegang teguh kepada teori behaviourisme, sepatutnya kita patut lebih berpegang kepada teori konstruktivisme and connectivisme.
Pelajar perlu membina ilmu dan pengetahuan mereka sendiri ( they have to incharge of their own learning). Pelajar kita masih terlalu bergantung kepada guru, masih kurang berdikari ketika belajar, melakukan sesuatu aktiviti kokurikulum. Adakah kita boleh berbangga dengan pelajar kita hari ini yang mampu mencapai keputusan yang amat cemerlang dari 12A ke 21A. Apakah makna di sebalik pencapaian ini? Adakah pelajar kita semakin pintar? bijak? Pada hakikatnya, kita sebagai guru kita faham dan tahu akan tahap pencapaian sebenar pelajar kita. Memang terdapat pelajar yang memang cemerlang, namun jangan lupa akan mereka yang masih ketinggalan begitu jauh sekali.
Artikel Will Richardson ini menerangkan bagaimana pelajar menguasai dan menentukan pembelajaran mereka sendiri dalam artikel Kids Owing the Learning

No comments:

Post a Comment