Penulisan karangan di sekolah terlalu fokus kepada penulisan yang sempit dan dengan matlamat pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan untuk lulus dalam peperiksan UPSR, PMR dan SPM. Penulisan sepatutnya perlu memenuhi tujuan sosial yang tertentu. Pelajar perlu mengetahui siapa pembaca mereka.
Dengan teknologi web 2.0, penulisan pelajar sepatutnya versatil dengan menggunakan pelbagai platform yang sedia ada di internet.
Sepatutnya, penulisan pelajar mesti memenuhi tujuan bersosial, seperti mengajar pelajar menulis resume mereka, mengajar pelajar menulis surat permohonan kerja, menulis laporan tentang sesuatu pemerhatian, penelitian yang telah dibuat oleh mereka, menulis sesuatu yang berkaitan dengan isu semasa.
Sudah tentu penulisan adalah berbeza bergantung kepada tujuan dan siapa pembacanya. Pelbagai kaedah dan platform boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar menulis dan mendapatkan komen rakan sebaya sebelum menghantar penulisan mereka kepada guru.
Penulisan di sekolah terlalu terikat kepada penulisan teks yang membosankan. Pelajar sepatutnya digalakkan menggunakan grafik, jadual, peta, carta untuk menjadikan penulisan mereka menarik. Latihan seperti ini penting agar apabila bekerja nanti, pelajar mampu menulis dengan baik
Peer review adalah penting, belajar daripada rakan sebaya memang berkesan dan menggalakkan.
Menulis hanya untuk pemeriksaan oleh guru mengurangkan keinginan pelajar untuk menulis kerana pembacanya hanya satu iaitu guru bahasa Melayunya.
Penulisan untuk peperiksaan jauh berbeza dengan penulisan untuk tujuan bersosial, atau penulisan yang berguna untuk menghadapi cabaran masa depan pelajar.
No comments:
Post a Comment