Tuesday, April 14, 2009

SLE di Malaysia

Semalam mendapat laporan biopsy kulit dan ujian darah bapa. Daripada hasil biopsy kulit, dermatologist mengatakan bahawa bapa saya menghidapi SLE ( Systemic Lupus Erythematosus). Ingin tahu berapa ramaikah pesakit SLE ini, apakah perubatan alternatif yang ada di luar sana yang boleh membantu dalam mengubati penyakit ini sama perubatan Cina, Ayuvera atau perubatan tradisional Melayu. Ada tak sesiapa yang menghidapi penyakit ini boleh berkongsi pengalaman dan cara terbaik menghadapi penyakit ini? Bapa saya agak introvet, so kami takut nanti dia akan mengalami depression. Jika dapat menjumpai sesiapa yang juga penghidap penyakit ini, mungkin daripada perkongsian maklumat dan perasaan dapat membantu bapa saya berfikiran terbuka untuk menerima kenyataan ini. Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. saya juga pada mulanya di suspect oleh ahli dermatologi HKL menghidap SLE tp selepas menjalani beberapa ujian darah, Ctscan, biopsy saya disahkan Scleroderma iaitu juga senis penyakit auto imun seperti SLE.selain diberikan ubat-ubatan selama 3 bulan iaitu 3 kali seminggu saya dikehendaki menjalani rawatan fototerapi UVA 1, tapi keputusan drpd rawatan tersebut mengecewakan, dan saya telah mula diberikan steriod.sekarang sudah hampir 5 bulan saya on steriod..tidak kurang dgn rawatan tradisional telah diusahakan.
    melalui pembacaan saya di internet penyakit SLE menyerang individu penyakit dengan kes yang berbeza-beza maksud saya fungsi bahagian setiap penyakit ini berbeza..wlupun saya th scleroderma dan SLE adalah penyakit yang berbeza tetapi saya mengalami simpton2 yang sama dengan penghidap SLE

    ReplyDelete
  2. Saya tak pasti tentang penyakit scleroderma, adakah penyakit ini akan menyerang organ lain seperti SLE? Bapa saya disahkan menjangkiti PRP=Pityriasis Rubra Pilaris, sejenis penyakit kulit walaupun tidak seperti SLE, PRP :- simptom utamanya ialah kulit akan mengelupas dengan cepat dan seluruh badan berwarna merah. Hingga sekarang tiada ubat spesifik yang diberikan, hanya dibekalkan krim pelembap dan ubat neotigason (vitamin A) yang bertujuan mengurangkan kemerahan kulit. Krim pelembap untuk mengurangkan pengelupasan kulit. Walau apapun, mungkin sebab bapa saya sudah tua, ubat tidak berkesan sangat. Masalah utama ialah bapa saya tidak ingin menyapu krim yang diberikan oleh hospital kerana berasa melekit dan berminyak. Akibatnya, kulitnya mengelupas lagi cuma cebisan kecil dan halus tidak seperti pada mulanya, memang nampak mengerikan sehingga bapa saya menyendiri. Kami bawa bapa ke Singapura, di situlah pakar dermatologi mengesahkan bapa saya sebenarnya pesakit PRP bukan SLE.

    Saya harap anda akan tabah dan berjaya merawat penyakit anda. Kami memang bercadang membawa bapa saya mendapatkan rawatan tradisional tetapi tidak berjaya sebab bapa saya enggan menerimanya.Kadang-kadang rawatan tradisional lebih berkesan. Terima kasih kerana berkongsi cerita anda ini.

    ReplyDelete