Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Monday, December 21, 2009

All About Writing

" We usually say 'reading and writing', so it sounds as though I'm putting the cart before the horse. But I call writing the horse. Nothing can be read unless it was first written" Peter Elbow(2004)

"Writing continues to be 'in'. Students are being asked to write in Science, in Mathematics, in Social Studies, in Health & Physical Education, and of course, in Language Arts. The SAT ( Scholastic Aptitude Test) - now requires students to write. Taking the writing test is on longer an option.

Writing is the improvement in student performance in 'every academic area' (Reeves, 2002)

William Zinsser has stated that 'the only way to write is to force yourself to produce a certain number of words on a regular basis', yet, one learns to write by writing, just as one learns to bowl by bowling.

Friday, October 2, 2009

Kumpulan Kajian Eksperimental

Pelajar kelas 4Y, walaupun kurang masalah dari segi penulisan dan disiplin tetapi masalah sikap yang memberi cabaran dalam pelaksanaan kajian ini

Pelajar kelas 4k yang banyak memberikan cabaran dalam pelaksanaan blog dalam penulisan karangan
Pelajar Kumpulan Eksperimental Kelas 4U ( hanya sebahagian sahaja)

Sunday, August 30, 2009

Penggunaan Kata

Sudah lama tidak memeriksa karangan pelajar. Baru-baru ini, disebabkan menjalankan kajian tentang penulisan karangan. Saya kembali memeriksa karangan yang sudah 2 tahun saya tinggalkan kerja itu.

Di sini, ingin saya berkongsi sedikit masalah penulisan karangan pelajar dari aspek penggunaan kata:

1. Oleh itu, mereka memerlukan padang permainan atau taman rekreasi untuk bersiar-siar dan mengurangkan tekanan dan lesu mereka. (Lesu --keletihan)
2. Tempat tersebut turut mendorong kanak-kanak membesar dengan seimbang dan sihat. (Mendorong --membantu)
3.Perbuatan yang tidak senonoh akan merendahkan maruah keluarga dan diri. (merendahkan --menjatuhkan)
4. Pihak pembinaan rumah bertanggungjawab menyediakan padang permainan di kawasan perumahan. (pembinaan rumah -- pemaju perumahan)
5. Tempat ini merupakan tempat kanak-kanak mengerjakan kegembiraan mereka.(mengerjakan kegembiraan--memperoleh kegembiraan)

Tuesday, July 14, 2009

Prinsip Pengajaran Penulisan

National Council of Teachers of English (NCTE) telah menggariskan 10 prinsip amalan pengajaran penulisan yang efektif iaitu:

  1. Semua orang mempunyai kemampuan untuk menulis, penulisan boleh diajar dan guru boleh mengajar pelajar menjadi penulis yang lebih baik.
  2. Kita belajar menulis dengan penulisan
  3. Menulis merupakan satu proses
  4. Menulis merupakan alat pemikiran
  5. Menulis mempunyai pelbagai tujuan
  6. Hasil dan teks yang diedit adalah penting kepada pembaca dan begitu juga kepada penulis
  7. Penulisan dan pembacaan adalah berhubung kait
  8. Penulisan mempunyai perhubungan yang kompleks dengan pertuturan
  9. Amalan literasi adalah tertanam dalam perhubungan sosial yang kompleks
  10. Berkarya berlaku dalam pelbagai bentuk modus dan teknologi
Bacaan lanjut: layari : NCTE

Monday, June 8, 2009

Pelajar dan Penulisan

Sejak terciptanya tulisan, manuisa mula menulis untuk berkomunikasi terutamanya apabila terpisah oleh sempadan dan masa.
Penulisan membolehkan kita menyampaikan ilmu pengetahuan, pendapat dan idea. Penulisan membolehkan kita mengumpul, menyimpan dan menyampaikan informasi secara luas dengan tepat.
Penulisan juga digunakan untuk memujuk pihak lain, mengekspresi diri dan berkongsi maklumat.
Penulisan ada di mana-mana sahaja seperti papan tanda, risalah, majalah, novel, buku cerita, poster, buku panduan, televisyen apatah lagi dalam dunia internet.

Penulisan begitu penting kepada pelajar-pelajar, pelajar perlu menguasai kemahiran menulis kerana prestasi pelajar sering diukur dan dinilai melalui penulisan.

Kebanyakan alat pengukuran prestasi pelajar menggunakan penulisan sama ada penulisan yang minimum seperti isi tempat kosong, soalan struktur dan jawapan pendek ataupun berbentuk esei, projek, kerja kursus dan lain-lain yang melibatkan penulisan yang komprehensif.

Writing is Essential

Writing is a powerful tool for getting things done. Even young children sometimes recongize the power of writing. Glenda Bissex(1980), in her case study of her 4-year-old son's literacy development, tells a story about him. She was reading and did not respond when her son tried to engage her. A few minutes later he returned and handed her a written message, " R U DF?". It worked. She turned away from her reading, and went to talk to him.

One of the imporntant features of writing is that it lets us communicate with others, allwoing us to maintain personal links with family, friends, and colleagues who are removed by both distance and time.

The advent of e-mail, text messaging, and other forms of electronic text have made writing an even more flexible ocmmuncation tool.

from: Best Practices in Writing Instruction edited by Steve Graham, Charles A. MacArthur, and Jill Fitzgerald

Thursday, May 7, 2009

Mengapa Perlu Menulis?

“When I’m having trouble writing, it’s not because I’m not spending enough time writing, its because I’m not spending enough time reading.”
-Will Richardson

Tulisan sudah lama dicipta oleh manusia sejak zaman batu lagi. Disebabkan hasil penulisan ini, kita berupaya mengetahui corak dan budaya hidup manusia pada masa dahulu. Melalui penulisan jugalah, kitab, karya-karya agung dan pemikiran orang dahulu dapat kita selami.

Menulis, Tulisan dan Penulisan merupakan kaedah komunikasi yang maha penting sebelum terciptanya alat seperti telefon, radio ataupun komputer. Walaupun kita sudah mampu berkomunikasi dengan pelbagai cara dan medium, penulisan masih merupakan wahana yang tidak boleh diketepikan atau dipinggirkan lebih-lebih pada abad ke-21 ini.

Perbualan penting melalui talian telefon yang melibatkan sesuatu perjanjian atau urusan, masih perlu disahkan dan dicatat agar tidak berlaku perselisihan faham dan pemahaman yang berbeza tentang perkara yang sama. Oleh itu, apa yang telah dipersetujui melalui komunikasi lisan tetap akan ditulis dalam bentuk tulisan dan disahkan kandungannya.

Jadi, memang tidak dapat kita nafikan bahawa penulisan tetap menjadi wahana penting dalam kehidupan manusia. Sebagai pelajar, penulisan sangat penting kerana jika pelajar banyak menulis, mereka berupaya berkomunikasi dengan jelas dan bermakna dalam bentuk tulisan.

Tujuan kita menulis adalah pelbagai. Kadang-kadang kita menulis untuk berkongsi idea, maklumat dan pendapat. Pada masa lain pula, kita menulis dengan tujuan penulisan kita akan mempengaruhi pemikiran dan perlakuan orang lain.

Kita menulis setiap hari untuk membolehkan kita dan membantu kita untuk mengingat, memerhati, berfikir dan berkomunikasi dengan orang lain.

Akibat penulisan inilah, saya masih ingat akan isi kandungan pelajaran yang telah saya pelajari beberapa tahun lepas. Semasa saya di tingkatan enam, saya baru belajar membuat nota(slow learner) untuk mata pelajaran yang saya ambil. Pada mulanya, saya banyak menyalin apa yang terdapat dalam buku dan buku rujukan. Nota saya memang panjang lebar sebiji seperti apa yang tercatat dalam buku teks(haha..) cuma banyak menggunakan singkatan atau klitik seperti yg, sgt, byk, mgunakan, blh, dll. Apabila saya membuat nota yang banyak, saya belajar untuk menyingkatkan nota saya dan saya sudah pandai menggunakan mnemonik dalam nota saya. Teknik ini banyak membantu saya mengingat fakta-fakta sejarah Islam tentang Zaman Nabi Muhammad s.a.w dan Zaman Khalifah Al-Rasyidin, Zaman Bani Umaiyah, Zaman Abbasiyah dan lain-lain.

Sebenarnya, apabila kita menulis atau membuat nota. Kita membaca dan mengingat apa yang kita baca apabila kita menulis semula dengan ayat sendiri. Pembacaan kita dikukuhkan dengan penulisan kerana kita baca, dengar, tulis dan lihat. Walaupun, tugasnya bukan mudah dan memakan masa tetapi memang berbaloi dalam membantu kita belajar.

Sunday, May 3, 2009

READ & WRITE

I CAN READ IT! CAN YOU


fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.





ONLY FORWARD IF YOU CAN READ THIS

Saturday, April 25, 2009

Pelajar Mesti Menulis

Penulisan merupakan salah satu kaedah atau alat komunikasi yang luas digunakan hingga masa kini. Sebelum terciptanya komputer dan teknologi serta alat komunikasi yang canggih. Penulisan merupakan cara berkomunkasi yang paling luas digunakan apabila mesin cetak dicipta oleh Gunteberg pada tahun 1439.
Pelbagai platform tersedia pada masa kini untuk tujuan penulisan. Komputer, telefon bimbit, faksimili, internet, blog, web dan macam-macam lagi. Dengan jelas bahawa penulisan merupakan aspek kemahiran yang semakin penting. Terdapat pelbagai tujuan dan format penulisan mengikut protokol tertentu. Apabila menulis, dua aspek yang perlu diberi perhatian oleh penulis ialah tujuan dan siapa pembacanya? Seseorang mungkin dapat berucap, bertutur dengan fasih, lancar dan menarik belum dapat menghasilkan karya yang sebaik ucapannya.
Oleh sebab itu, pelajar perlu banyak menulis dan penulisan perlu merangkumi pelbagai aspek dengan pelbagai tujuan yang berbeza. Penulisan yang diajar di sekolah seharusnya fokus kepada penulisan yang dapat membantu pelajar menghadapi cabaran dunia kini dan masa depan.

Friday, April 10, 2009

Penulisan pada Abad ke-21

Ingin berkongsi artikel tentang penulisan pada abad ke-21 oleh Kahtleen Blake Yancey bekas Presiden National Council of Teachers of English.

Penulisan dan belajar untuk menulis merupakan elemen yang semakin penting dalam sistem pendidikan. Penulisan perlu diajar bukan diperoleh seperti pertuturan. Penulisan melibatkan kemahiran yang lebih kompleks daripada pertuturan, perdengaran dan pembacaan. Bukan semua orang dapat menulis dengan baik.

Pada abad ke-21, sesiapa sahaja boleh menulis sama ada pada kertas atau secara dalam talian(online), sama ada menulis untuk diri sendiri, menulis untuk diterbitkan, menulis sebagai sumber rezeki, menulis untuk kepuasan, menulis dengan berkongsi ilmu dan maklumat, dan macam-macam lagi. Semua ini bergantung kepada apa yang ingin kita tulis.

Perubahan ini memerlukan kita terutamanya Bahagaian Perancangan Kurikulum peka tentang aspek penulisan yang diajar kepada pelajar-pelajar abad ke-21. Kurikulum penulisan memerlukan perubahan dari segi matlamat dan pendekatan pengajaran penulisan yang dapat memenuhi tuntutan pada abad ke-21. Pelajar tidak lagi menulis dalam buku karangan mereka. Mereka menulis emel, sms dan blog. Kualiti penulisan mereka perlu diambil perhatian dan bahasa yang digunakan perlu diajar agar penulisan mereka tidak sumbang. Oleh itu model dan kurikulum baharu perlu direka untuk menyokong pengajaran penulisan pada abad ke-21 ini.
Kita mampu mengawal apa yang perlu dibaca oleh pelajar tetapi agak sukar untuk mengawal apa yang patut ditulis oleh pelajar. Pelajar boleh menulis apa sahaja yang menarik minat mereka terutamanya pada abad ke-21. Pelbagai medium, saluran dan platform boleh digunakan oleh pelajar untuk menulis.

Ekoran perkembangan teknologi digital terutamanya teknologi web2.0, nampaknya penulis ada di mana-mana sahaja sekarang, mereka menulis dalam ruang sembang(chat rooms), emel, sms dan blog. Penulisan ini milik penulis itu bukan milik sesuatu institusi.
Kathleen berpendapat bahawa kita menulis untuk berkongsi maklumat, dan mungkin menggalakkan dialog tetapi kebanyakannya untuk penglibatan iaitu melibatkan diri dalam bentuk penulisan pada abad ke-21 ini. Beliau menamakan fenomena ini sebagai Age of Composition.

Saturday, February 14, 2009

Masalah Penulisan Karangan (samb..)

Berkenaan dengan masalah penulisan karangan dalam kalangan pelajar-pelajar, terdapat seribu satu faktor dan sebabnya. Daripada pengalaman mengajar selama 13 tahun di sekolah jenis kebangsaan, mungkin terdapat perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar. Saja ingin berkongsi pengalaman.

1. Kurang mempraktikkan bahasa
Pelajar bukan Melayu di kawasan bandar kecil didapati kurang menggunakan Bahasa Melayu sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Jika hendak menguasai sesuatu bahasa, perlulah kita menggunakannya dalam kehidupan seharian kita. Saya bernasib baik kerana mampu menguasai bahasa ini, walaupun bukan 100% sempurna tetapi ala-ala Phang Chinn Fei dan Michelle Wee. Hal ini adalah disebabkan sejak kecil saya mendengar lagu Melayu. Masih dalam ingatan pada masa itu lagu-lagu Allahyarham Sudirman, Datuk Sharifah Aini, Alleycats, D.J. Dave, Raja Ema, Uji Rashid memang popular, kami ada album penyanyi-penyanyi ini. Masa tu, saya masih di sekolah rendah, kaset-kaset ini dibeli oleh kakak. Daripada situlah, kami adik-beradik memang fasih berbahasa Melayu. Kakak pernah memenangi peraduan menulis cerpen di sekolah, saya pula menang peraduan menulis sajak. Mungkin kalau terjumpa sajak saya tu, bolehlah saya poskan di sini.

2. Kurang membaca dalam Bahasa Melayu
Kebanyakan pelajar saya boleh dikatakan 99% berbangsa Cina, kalau kelas yang baik memang boleh tahan penulisan mereka tu, hingga ada yang memang menonjol dalam penulisan. Senario yang berbeza berlaku di kelas yang sederhan dan lemah. Apabila ditanya tentang sesuatu isu, mereka tidak mampu memberikan apa-apa maklumat, sebenarnya kalau dijelaskan lagi mereka akan faham cuma tidak dapat menyampaikannya dalam Bahasa Melayu. Prinsip saya, apabila berkomunikasi dengan pelajar saya, sama ada di kawasan sekolah atau kawasan luar sekolah memang dalam Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar dari kelas baik memang tahu akan bahasa yang perlu digunakan oleh mereka jika ingin bertanya soalan. Saya selalu memberitahu pelajar saya pada hari pertama saya masuk ke kelas bahawa saya tidak tahu berbahasa Mandarin. Budak-budak ini percaya 100%, sampai hari ini masih ramai yang tidak tahu bahawa saya boleh berbahasa Mandarin(ha..ha, pembohongan dengan niat yang tulus ikhlas dengan kebaikan mereka jugak). Orang luar memang akan memandang ke arah saya dan anak murid saya apabila kami berbual sama ada apabila terserempak di pasar raya, pasar malam atau mana-mana saja sebab kami berbual dalam Bahasa Melayu.


sambung lagi...

Monday, February 9, 2009

Penggunaan Blogs Meningkatkan Kemahiran Menulis

Menurut Mark Bernstein(2004) bahawa penggunaan blogs sudah terbukti dapat meningkatkan kemahiran menulis seseorang atas beberapa sebab:

1. Kekerapan menulis meningkatkan kemahiran menulis
2. Menulis untuk pembaca meningkatkan kemahiran menulis
3. Penulisan yang bermakna meningkatkan kemahiran menulis
4. Menulis dengan menggunakan komputer meningkatkan kemahiran menulis

Frequent writing improves writing. We've been teaching this lesson since time began: writers write. The streets of the city are full of people who wanted to write, but never could manage to do it; instilling the habit of frequent writing is the indispensable first step. Weblogs require regular updates; weblogs improve writing.

Writing for an audience improves writing. Why else have we developed our elaborate apparatus of writing workshops, seminars, student magazines, and literary magazines? Weblog provide an audience; weblogs improve writing.

Writing that matters improves writing. Writers only develop by attempting work that matters to them. You can, perhaps, develop voice and technique by writing grocery lists, but writing about things that matter is, ultimately, essential to a writer's development. So, too, is developing a facility for shifting among topic and genre, lest the writer become an ad-writer or an obit-writer or an insurance writer. To be effective, weblogs cross genre. To be timely, weblogs cross topic. Weblogs improve writing.

Writing on a computer improves writing. We've done the experiment, and the advantage was so overwhelming that today, just about everyone who writes professionally, whose work depends on writing, either writes on a computer or writes elsewhere as an dramatic, performative statement. Weblog tools are computer tools -- especially client-side tools like Tinderbox and City Desk: weblogs improve writing.

dipetik daripada Mark Bernstein(2004)" Do Weblogs Improve Writing"