Showing posts with label latihan, pelajar. Show all posts
Showing posts with label latihan, pelajar. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Isi Karangan untuk Kelas 4PE

Terdapat 5 orang yang tidak menghantar buku latihan RUMUSAN iaitu Briona, Kang CY, Chai CY, Mak HY, Liew JE.
Karangan : Mereka yang tidak menghantar buku karangan adalah seperti berikut:
Chan SQ, Chai PY, Briona, Annie(hantar kertas), Alice, Wong XQ, Liew JE.
Tatabahasa: terlalu banyak untuk disenaraikan.

halaman 2:

Pendahuluan: masalah kebejatan sosial semakin membimbangkan --situasi ini akan memporak-perandakan masayarakat--apakah langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini?

ISI 1:            huraian : ibu bapa memberikan perhatian kepada tingkah laku anak-anak
                    contoh: menegur anak-anak atau remaja yang berkelakuan kurang sopan, melanggar
                                 peraturan
                    kesimpulan: hubungan akrab antara ibu bapa/masyarakat dengan anak-anak/remaja
                               dapat mengatasi masalah ini

ISI 2:            Huraian: penerapan nilai-nilai murni perlu merentasi kurikulum--melibatkan
                                   semua aktiviti di sekolah, di rumah.
                    Contoh: aktiviti kokurikulum dijadikan pemangkin ke arah pemantapan sahsiah remaja

                    Kesimpulan: pihak sekolah tidak wajar memberikan fokus terhadap kecemerlangan
          akademik sehingga meminggirkan usaha penerapan nilai murni

ISI 3:           Huraian: sikap endah tak endah akan mendorong pelajar terlibat dalam pebagai masalah
                                    moral
                    Contoh: pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi kesalahan yang dilakukan oleh
                                  pelajar
                    Kesimpulan: peribahasa "mencegah lebih baik daripada mengubati" menggambarkan
                     betapa pentingnya mendidik remaja melalui peraturan disiplin.

Penutup: remaja merupakan pemimpin negara pada masa depan --golongan ini perlu dibimbing agar dapat membangunkan negara dan menjadi pemimpin yang berkaliber

halaman 4


Pendahuluan: invoasi ciptaan sains telah mengubah kehidupan manusia--menjadi lebih canggih, selesa dan sempurna--bioteknologi merupakan sumbangan bidang sains yang amat penting kepada manusia.

ISI 1:    Huraian: bioteknologi memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perubatan
            Contoh: bioteknologi memudahkan usaha mencari penawar penyakit, mengelak penyakit tertentu.
            Kesimpulan: bioteknologi membantu manusia memperoleh kehidupan yang lebih bahagia

ISI 2:    Huraian: bioteknologi membantu mengembangkan bidang pertanian melalui penemuan baharu
            Contoh: baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan--melalui kaedah kultur tisu dan
                         pengklonan.
            Kesimpulan: penggunaan bioteknologi dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian

ISI 3:   Huraian: industri pengeluaran makanan banyak menerima manfaat bioteknologi
            Contoh: dapat meningkatkan hasil pengeluaran makana--menjadikan makanan tahan lebih lama
            Kesimpulan: bioteknologi dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan di samping
                                 meningkatkan ketahanan produk makanan.

Penutup: Malaysia perlu memanfaatkan bioteknologi untuk meningkatkan ekonomi dan memajukan negara--kajian dan pembangunan bidang bioteknologi diberi keutamaan untuk memajukan pelbagai bidang di negara kita.


HALAMAN 17


Pendahuluan:  kes pembuangan bayi semakin meningkat--mengapakah jenayah kejam ini kian berleluasa?--apakah punca perlakuan zaman jahiliyah ini semakin menjadi-jadi? bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

ISI 1
huraian: wanita yang membuang bayi ialah remaja yang terlanjur dengan teman lelaki masing-masing --cetek iman.
contoh: mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan maksiat itu di kawasan rekreasi, di hotel
kesimpulan: ibu bapa dan pihak berkuasa perlu memastikan anak-anak dibekali ilmu agama secukupnya.

ISI 2
huraian: menjaga tepi kain sendiri--tidak mahu mengambil tahu hal ehwal orang lain
contoh: masyarakat alpa terhadap kelakuan sumbang remaja
kesimpulan: masyarakat seharusnya bekerjasama--menegur kesilapan remaja

ISI 3
huraian: remaja mudah terikut-ikut rakan yang mengajak ke arah keseronokan tanpa berfikir panjang
contoh: mudah menerima pelawaan rakan untuk melakukan seks bebas
kesimpulan: pemilihan rakan sangat penting--agar kehidupan tidak terpesong

ISI 4
huraian:kesedaran dalam diri remaja sepatutnya disemaikan oleh ibu bapa sejak mereka masih kecil
contoh: kaunseling dan kem-kem motivasi dapat menyedarkan remaja tentang peri pentingnya patuh pada ajaran agama.
kesimpulan: pihak kerajaan dan NGO perlu mengambil inisiatif bagi membentuk kesedaran kendiri dalam diri remaja

ISI 5
huraian: peraturan semasa hanya mengenakan hukuman kepada remaja perempuan yang membuang bayi
contoh: memastikan pelaku dan orang yang terlibat didakwa dan dihukum
kesimpulan:memastikan agar kedua-dua pesalah ini menerima hukuman yang setimpal

Penutup: peningkatan kes pembuangan bayi semakin meresahkan masyarakat--akan menjadi beban besar kepada negara dalam jangka masa panjang.


HALAMAN 19


Pendahuluan: laporan Bank Negara menunjukkan kad kredit menyebabkan banyak golongan muda muflis--gagal membayar hutang kad kredit--tokoh motivasi menyatakan bahawa amalan menggunakan kad kredit untuk menunjuk-nunjuk akan menjerat diri pemegang kad kredit.

ISI 1
huraian: fakta berdasarkan sumber daripada Bank Negara
contoh: hingga 2011 terdapat 9 juta pemegang kad kredit
kesimpulan: menunjukkan trend masyarakat yang gemar berhutang

ISI 2
huraian: menarik minat pelanggan tanpa memikirkan kesan jangka panjang
contoh: promosi tanpa yuran tahunan, hadiah semasa mendaftar, rebat bulanan/tahunan
kesimpulan: mencetuskan budaya gali lubang, tutup lubang

ISI 3
huraian: syarat seperti pendapatan tahunan sebanyak RM 20 ribu serta mempunyai pekerjaan yang stabil amat mudah dipenuhi
contoh: syarat perlu diketatkan --menaikkan kadar gaji minimum untuk memiliki kad kredit
kesimpulan: dapat mengelakkan golongan yang berpendapatan rendah memiliki kad kredit

ISI 4
huraian: beban hutang semakin hari semakin meningkat
contoh: hutang kad kredit telah mencecah RM 18.6 bilion
kesimpulan: banyak golongan mudah diisytiharkan muflis

ISI 5
huraian: membuat pembelian tanpa had dengan kemampuan kewangan
contoh: berlaku situasi hutang tambah hutang--nilai faedah yang bertapuk di atas margin hutang
kesimpulan: mencetuskan krisis kewangan peribadi yang serius.

Penutup: pemilikan kad kredit ada manfaatnya jika tidak disalahgunakan--kegagalan mengawal nafsu dengan cara berhutang melalui kad kredit bakal menimbulkan pelbagai masalah--hiduplah secara berwaspada, ukur baju di badan sendiri.

Saturday, June 15, 2013

Pertandingan Menulis Surat I Malaysia 2013



ii. Sekolah Menengah

Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan anda untuk memajukan kawasan tempat tinggal anda demi mencapai negara Malaysia yang diimpikan


Panjang surat: 500 -750patah perkataan 

pelajar 5S4 yang berminat, sila tulis dan hantar, cikgu akan bantu untuk membetulkan kesalahan bahasa.


Friday, June 14, 2013

latihan 15/6/13

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kata-kata yang tertinggal. Kenal pasti tempat-tempat yang kata-katanya digugurkan dan lengkapkannya dengan menambahkan kata yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (setiap ayat ada 2 kata yang tertinggal)

1. Kita sering membincangkan permasalahan dalam kalangan anak muda tanpa memfokuskan masalah itu kepada golongan dewasa patut menjadi ikutan mereka.
2. Pembandaran yang tidak teratur dan pembangunan yang menafikan ruang untuk golongan berpendapatan rendah telah menyebabkan munculnya setinggan.
3. Para pelajar masih belum mampu menilai guru yang membimbing dan mendidik mendepani cabaran kehidupan
4. Kenaikan elektrik baru-baru ini terpaksa dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad ekoran kenaikan bahan bakar yang berkaitan dengan tenaga.
5. Penubuhan industri dapat membantu penduduk luar bandar hidup lebih selesa dan mengatasi masalah golongan muda ke kawasan bandar.
6. Sungguhpun kadar tabungan terus meningkat pada masa ini, namun kadar pelaburan masih tinggi
7. Banyak pihak yang agar pemaju perumahan menyediakan kemudahan sempurna kepada para pembeli rumah.
8. Perancangan bagi memodenkan masyarakat bandar harus kira langkah penyusunan masyarakat setinggan.
9. Jabatan Perikanan menggalakkan pembangunan ikan air tawar menerusi penternakan ikan sangkar.


PILIHAN JAWAPAN:


sumber,    asing,   mereka,   kecil,    negara,   yang,   menyarankan,     di dalam,    penjanaan,    Proses,    punca,    mengambil,         semula,   yang,        penghijrahan,   petempatan,     jasa     , tarif

Pembetulan pilihan jawapan 14/6/13

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kata-kata yang tertinggal. Kenal pasti tempat-tempat yang kata-katanya digugurkan dan lengkapkannya dengan menambahkan kata yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Usaha-usaha penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat ini mesti dilakukan dengan tegas dan berterusan.
2. Bilangan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi menjadi panas dan diperdebatkan oleh banyak pihak
3. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pencemaran sungai di negara ini belum dapat sepenuhnya.
4. Pelajar perempuan yang terlibat masalah sosial begitu sedikit berbanding dengan lelaki
5. Senaman dapat melancarkan perjalanan darah dan menguatkan otot-otot bahkan dapat membakar lemak yang berlehihan bahagian tertentu tubuh
6. Kesulitan orang ramai mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada puncak sudah berlarutan dan menawarkan mereka untuk menggunakannya.


pilihan jawapan:

diatasi               memerangi                    waktu                  pada                      isu              dalam,   semangat,        bukan saja,        pelajar

Thursday, June 13, 2013

Jawapan Latihan Peribahasa latihan 12/6/13

1. makan angin
2. genggam bara api biar sampai jadi arang
3. menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
4. besar periuk, besar keraknya
5. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
6. mulut tempayan
7. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
8. ukur baju di badan sendiri
9. bagai pinang dibelah dua

Wednesday, June 12, 2013

Latihan 12/6/13



 Pelajar-pelajar diminta menulis dalam bentuk perenggan, jawapan sudah diberi, cikgu nak lihat cara anda tulis jawapan dalam bentuk perenggan.
Soalan: Huraikan dua persoalan kerjasama dalam kedua-dua novel yang anda kaji.(8m)


Azfa Hanani:  kerjasama menganjurkan majlis. 
contoh:  pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,000.00.
Azfa Hanani: kerjasama membantu rakan.
contoh: Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam Sumbangsih  


Kembara Amira :kerjasama berpasukan yang erat dalam menjalankan tugas
contoh: Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan pelajar-pelajar menjalankan kajian arkeologi di Desa Karpus.
Kembara Amira :kerjasama membantu orang yang memerlukan pertolongan
contoh: Itai telah membantu menyelamatkan nyawa Amira yang hanyut dalam arus sungai yang deras manakala Tau pula  telah membantu  Jacinta yang sesat di dalam hutan.
 

Tuesday, June 11, 2013

功课



5S4的每个同学们,老师一个星期病假。担心你们放松,所以在这给你们一点功课做。老师知道会有很多同学们很不高兴做功课,特别是马来文,尤其是 pnlee给的功课。经过这次心脏手术,老师不能不慢下来,老师已经没有以前那么有力了,走快两步,心脏就会跳很快,喘气。医生说老师心脏血管 blockage是因为压力,老师没高血压,胆固醇,还不是得这种病的年龄,因为在血管里没有calciumcholesterolblood。医生说是压力造成的,所以老师需要学习放下。老师想会做功课的还是会做,有的要叫了才做,不做的还是不会做。你们自己想吧,成绩是你们的,前途是你们的。决定也是你们的。享受这一个星期。
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesaui dengan ayat-ayat tersebut.
1. Setiap petang, Camelia dan rakan-rakannya bersiar-siar di taman bunga untuk menghilangkan penat
2. Ameer mengusahakan kolam ternakan udang galah itu hingga berjaya menembusi pasaran luar negara
3. Janganlah kita suka menceritakan keburukan ahli keluarga kita kepada orang lain
4. Orang kaya itu nampak saja senang, ada masa beliau sesak juga
5. Apabila kita berada di rantau orang, janganlah meninggi diri dan patuhilah adat resam tempat tersebut
6. Jangan beritahukan sesuatu rahsia kepada wanita yang sukar untuk menyimpan rahsia itu supaya rahsia tersebut tidak terbongkar
7. Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari
8. Janganlah kita boros berbelanja sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh setiap bulan
9. Kedua-dua mempelai(pengantin) yang sama padan itu diiringi sekumpulan kanak-kanak perempuan sepanjang majlis perkahwinan mereka.