Pelajar-pelajar diminta menulis dalam bentuk perenggan, jawapan sudah diberi, cikgu nak lihat cara anda tulis jawapan dalam bentuk perenggan.
Soalan: Huraikan dua persoalan kerjasama dalam kedua-dua novel
yang anda kaji.(8m)
Azfa Hanani: kerjasama menganjurkan majlis.
contoh: pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar,
program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul
dana sebanyak RM 16,000.00.
Azfa Hanani: kerjasama membantu rakan.
contoh: Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana
kesibukan Ellina menguruskan Malam Sumbangsih
Kembara Amira :kerjasama
berpasukan yang erat dalam menjalankan tugas.
contoh: Profesor
Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan pelajar-pelajar menjalankan kajian
arkeologi di Desa Karpus.
Kembara Amira :kerjasama membantu orang yang memerlukan pertolongan.
contoh: Itai telah membantu menyelamatkan nyawa
Amira yang hanyut dalam arus sungai yang deras manakala Tau pula telah
membantu Jacinta yang sesat di dalam hutan.
No comments:
Post a Comment