Semalam merupakan Hari Ibu Bapa, tidak ramai ibu bapa yang hadir. Dua orang ibu bapa menyentuh perasaan saya. Yang pertama, ibunya menangis, anaknya menangis, gurunya hampir menangis juga. Keluhan rasa si ibu yang terpaksa menyara keluarga kerana si suami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut atas sebab tertentu. Keletihan dan kekesalan si ibu diluahkan, mengharap anak sulungnya anak perempuannya mengerti isi hati seorang ibu yang merangkap tanggungjawab yang begitu meletihkannya setiap hari. Walaupun sibuk, si ibu tetap datang kerana anak-anaknya amat mengecewakannya. Intonasi si anak apabila bercakap dengan si ibu sungguh mengejutkan. Rasanya si anak dan si ibu mengalami tekanan. Si ibu bimbang anaknya diperangkap teman lekaki, sebab pernah 2 kali seorang lelaki datang ke sekolah mencari si anak dan kali kedua, dua orang lelaki berpakaian seperti mekanik kereta datang ke sekolah untuk berjumpa dengan si anak. Saya amat terkejut dan sejak itu memberi perhatian kepada si pelajar ini. Harap si ibu dan si anak dapat mencari jalan penyelesaian untuk merapatkan hubungan mereka yang regang dan tegang ini.
seorang ayah pula dengan dua orang anak lelakinya, seorang di tingkatan 4, seorang tingkatan 3, kedua-dua saya ajar. Si ayah ternyata amat kecewa akan sikap si anak sulung, hingga mengaku segala aduan dan komen guru terhadap anaknya tu. Di depan saya, si ayah terus terang mengatakan si anak ini sudah tiada harapan, pernah meminta anaknya berhenti sekolah, malah si ayah tidak pun memandang si anak ini. Jelas sangat si ayah hatinya sudah hancur luluh. Memandang keadaan ini, selepas perjumpaan, saya berjumpa dengan si anak sulung agar berusaha mendapatkan keputusan yang baik pada SPM, dan dengan keputusan itu meminta maaf daripada ayahnya, menebus segala kesilapannya dan mengembalikan kepercayaan si ayah terhadapnya. Adakah si anak akan melakukannya?
No comments:
Post a Comment