Saturday, September 3, 2011

Rangka Karangan untuk Kelas 3U

Format : Surat kiriman tidak rasmi
Pendahuluan
Kata-kata penghadapan surat, bertanya khabar
Isi-isi
1. Kelas tuisyen dapat membantu mengikuti pelajaran yang tertinggal
2. Dapat bertanya guru tuisyen tentang isi pelajaran dengan lebih mendalam
3. Dapat mengisi masa terluang untuk melengkapkan bahagian-bahagian pelajaran yang tertinggal
4. Waktu kelas tuisyen lebih fleksibel
5. Kelas tuisyen memantapkan topik yang telah dipelajari
6. Suasana pembelajaran yang berbeza dan menyeronokkan
7. Isi-isi lain yang relevan diterima
Penutup
Harapan agar rakan dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.




Format : Tiada
Pendahuluan
Bersetuju dengan pernyataan tersebut
Ibu bapa dan guru-guru boleh bekerjasama dan memudahkan sekolah meningkatkan mutu pendidikan anak-anak dengan mengadakan pelbagai program
Isi-isi cadangan
- mengadakan program ke arah peningkatan kecemerlangan pelajar PMR dan SPM
- mengadakan program bercorak motivasi
- sikap terbuka dan konsep perbincangan antara ibu bapa dan guru dapat mengurangkan masalah disiplin
- sumbangan dalam bentuk material dan idea
- menyumbang kepakaran dalam bidang-bidang tertentu
Penutup
PIBG merupakan persatuan penting yang dapat melahirkan budaya sekolah yang sihat
Budaya sekolah sihat akan meningkatkan mutu pendidikan

No comments:

Post a Comment