Friday, September 7, 2012

Latihan Ulangkaji Tatabahasa 4S4

kepada semua pelajar 4S4, untuk latihan ini anda tidak perlu menyalin soalan, hanya tulis jawapan pada buku tatabahasa anda.


Tukarkan Ayat Songsang di bawah kepada susunan biasa

1.       Sungguh tidak sopan remaja itu kerana tidak menghormati orang tua-tua
2.       Menjaga kebersihan tempat tinggal menjadi tanggungjawab setiap masyarakat
3.       Agaknya kanak-kanak yang menangis itu anak Encik Hisyam
4.       Berbual-bual Puan Halimah dengan jirannya di tepi jalan
5.       Diisytiharkan muflis kepada ramai peminjam yang gagal melunaskan hutang mereka
6.       Menyalahi peraturan jalan raya cara pemandu itu memandu keretanya
7.       Persiangan yang sengit menyebabkan banyak syarikat yang baru ditubuhkan terpaksa tutup
8.       Telah dijatuhkan hukuman penjara dua orang penjenayah yang merompak dua tahun lepas
9.       Di Sekolah Menengah Kebangsaan Yakin Cikgu Azman mengajar mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu
10.   Berhampiran Sungai Merbok di Kedah, para ahli arkeologi telah menemui tapak sebuah istana lama
11.   Telah kemalangan dua buah kereta yang dipandu laju itu
12.   Melecur seluruh badan mangsa yang kebakaran itu
13.   Akan berlangsung pertandingan layang-layang pada hujung tahun ini
14.   Di pasar raya itu pelbagai barangan dijual dengan harga murah
15.   Kawasan berhampiran penempatan itu akan dibina sebuah sekolah


 
Gabungkan ayat-ayat berikut

1. (a) Lemang ialah makanan tradisional orang Melayu
    (b) Lemang biasanya dihidang pada musim-musim perayaan

2. (a) Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan budaya
    (b) Penduduk Malaysia ramah dan berbudi bahasa

3. (a) IPTS itu menganjurkan kursus multimedia
(b) IPTS itu menawarkan kursus bioteknologi

4 (a) Banjir melanda kawasan sawah padi
   (b) Banjir menyebabkan kawasan sawah padi rosak     

5 (a) Kebanyakan warga kota akan meninggalkan bandar raya apabila tiba musim perayaan
(b) Kebanyakan warga kota beraya bersama sanak saudara di kampung

6. (a) Bidang pertanian mampu menjana pendapatan yang lumayan
(b) Bidang pertanian juga dapat mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan belia

7. (a) Rombongan kami singgah di Putrajaya
(b) Kami melihat keindahan di Putrajaya

8 (a) Permintaan rumah di bandar semakin meningkat
   (b) Harga rumah di bandar melambung tinggi

9 (a) Remaja itu terlibat dengan budaya vandalisme
   (b) Remaja itu terlibat dalam kegiatan gengsterisme

10 (a) Bakri memancing di tepi sungai
     (b) Ruslan juga memancing di tepi sungai
 
11 (a) Kanak-kanak itu membaca buku cerita
(b) Buku cerita itu mengisahkan pengembaraan Sinbad

12 (a) Pameran komputer diadakan di Cyberjaya
(b) Cyberjaya terkenal sebagai Pusat Multimedia

13 (a) Ketua pasukan itu memberikan taklimat kepada para pemain
 (b) Taklimat yang diberikan berkaitan dengan strategi menjaringkan gol

14 (a) Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelancong asing
   (b) Pelancong asing berminat untuk datang ke negara ini

15 (a) Penyanyi itu menyanyikan sebuah lagu
(b) Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi itu bertemakan patriotik

16 (a) Malaysia telah mengeksport kereta buatannya ke luar negara
     (b) Kereta buatan Malaysia dieksport ke United Kingdom dan negara-negara Timur Tengah

17(a) Pasukan Hijau Kuning berjaya menewaskan pasukan Singa Utara dalam perlawanan bola sepak
    (b) Pasukan Hijau Kuning memang dengan jaringan dua gol tanpa balas

18 (a) Pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang beroperasi
    (b) Premis-premis perniagaan tanpa lesen akan didenda

19 (a) Pelajar-pelajar sedang membuat latihan bola tampar
     (b) Pertandingan bola tampar akan diadakan pada hujung minggu ini

20 (a) Rumah kos rendah dibina oleh kerajaan
     (b) Penduduk yang berpendapatan rendah boleh membeli rumah kos rendah


No comments:

Post a Comment