Monday, December 17, 2012

Latihan 26: Pengukuhan Tatabahasa 17.12.12


Betulkan ayat-ayat di bawah.
  
  1. Setiap buah pendapat akan diberi perhatian oleh majikan
  2. Setiap orang pendatang tanpa izin yang ingin bekerja di negara ini perlu mendaftarkan diri
  3. Semangat kejiranan amat perlu dalam sebuah masyarakat
  4. Novel “Merdeka!Merdeka!” itu berharga sepuluh ringgit sebuku
  5. Beliau mengakhiri ucapannya dengan serangkai pantun
  6. Wang diberi oleh ayah adalah memandai untuk perbelanjaan pada bulan ini
  7. Tolong menyemak keterangan yang diberikan oleh pelajar itu
  8. Nasi yang ditanak dengan air yang banyak menjadikan nasi itu leceh
  9. Adik suka menengok rancangan televisyen pada setiap petang
  10. Dia suka memakai baju yang mendedahkan urat
  11. Ramai orang diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya
  12. Apakah anda suka anda cerita yang saya reka ini ?
  13. Mini bas itu rosak dalam perjalanan dari Batu Gajah ke Tanjung Tualang
  14. Latihan yang diberikan oleh guru saya belum siapkan.
  15. Kanak itu tersepak batu di tepi jalan itu
  16. KFC restaurant itu dikunjungi pelanggan setiap masa
  17. Tiada siapa yang mengetahui jawapan kepada soalan itu
  18. Kebanyakan pelajar-pelajar sudah menghantar buku latihan mereka kepada Pn. Lee
  19. Saya terpikat dengan kecantikan wanita berambut panjang itu
  20. Tidak ada perkhidmatan bekalan elektrik di kawasan pendalaman itu
  21. Kawasan penempatan itu sentiasa aman.
  22.  Oleh kerana hari hujan, perlawanan bola sepak itu  dibatalkan
  23. Pertandingan pidato itu mereka menangi.
  24.  Pelbagai pertunjukkan telah dipersembahkan dalam karnival itu
  25. Penyanyi itu bernyanyi lagu yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza
  26. Bajunya yang koyak itu sudah berjahit oleh ibunya
  27.  Anda boleh datang berjumpa dengan saya pada bila masa sahaja
  28. Dia lebih tinggi dari abangnya
  29. Jalan yang berlopak itu sudah membaiki
  30.  Dari masa ke semasa, kita perlu memeriksa keadaan kenderaan kita agar selamat dipandu.
  31. Dia mengatakan yang dia sudah lulus dalam peperiksaan itu
  32. Ahmand merupakan pelajar yang terpandai sekali di dalam kelasnya
  33. Jika sekiranya kita gagal mencari jalan penyelesaian, kita terpaksa menggulung tikar
  34. Ali dan lain-lain pelajar tidak dapat menyertai pertandingan itu kerana didapati tidak layak
  35. Wang yang emak berikan itu cukup untuk perbelanjaan saya selama sebulan
  36. Dia sudah meninggal tempat itu sebentar tadi
  37. Anak Pak Ali sudah meningkatkan remaja.
  38. Dalam PLKN, kita dapat mengenal dengan banyak kawan
  39. Sikap bertolak ansur penting dalam kalangan masyarakat berbilang-bilang ras.
  40. Berdasar data-data, tidak syak lagi bahawa belia merupakan golongan yg paling banyak melibatkan  dalam kes jenayah

No comments:

Post a Comment