Monday, December 24, 2012

Jawapan Latihan 1: 12.11.12



C.Beri Imbuhan yang sesuai

1.Rumput di padang yang subur_menghijau__itu menjadi kegemaran kambing-kambing [hijau]
2.Ah Chai bercadang untuk__mendendangkan___sebuah lagu di majlis perpisahan itu [dendang]
3. Kerja-kerja __menenun____songket mestilah dilakukan dengan penuh kesabaran [tenun]
4.Jamiah sakit perut dan muntah-muntah kerana_termakan____makanan beracun [makan]
5.Sebelum__memasuki___tahun satu, adik saya belajar di tadika [masuk]
6. Untuk __menghasilkan___karangan yang baik mestilah menggunakan tatabahasa yang betul [hasil]
7. Penyanyi remaja itulah yang __mempelopori____irama rap di negara kita [pelopor]
8. Setiap__permohonan____mestilah disertai dengan wang pendahuluan [mohon]
9. Setiap kali tibanya Hari Raya Aidifitri, ramai umat Islam_mengunjungi___tanah perkuburan [kunjung]
10.Kita janganlah mudah_terpedaya___dengan pesta jualan murah yang diadakan [pedaya]

Berikan Imbuhan yang sesuai pada kata-kata yang diberi
1.    _Kedudukan___beliau sebagai presiden parti itu tidak akan terjejas [duduk]
2.    _Hatawan___itu telah memberikan derma sebanyak RM 10 000 kepada pertubuhan tersebut. [harta]
3.    _Pembinaan___Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hampir siap [bina]
4.    Kami akan mengatur pelbagai_kegiatan__untuk anggota-anggota persatuan [giat]
5.    Kanak-kanak harus diberi___asuhan____yang baik oleh ibu bapa [asuh]
6.    Ada beberapa ratus ekor ayam _ternakan___Encik Amat mati akibat penyakit. [ternak]
7.    _Wartawan____harus memberikan fakta-fakta yang benar dalam laporan mereka [warta]
8.    Beberapa pusat _peranginan____di negara ini akan dilawati oleh rombongan itu. [angin]
9.    _Peserta____untuk acara 400 meter itu handal-handal belaka [serta]
10. Filem-filem lakonan__seniman____P. Ramlee masih diminati [seni]

1.    Kamu harus__mengatasi_____masalah ini sebaik-baiknya[atas]
2.    Kami akan__menerbitkan_____beberapa buah buku yang bermutu untuk para pelajar[terbit]
3.    Mengapakah kamu tidak_menyahut____panggilan kami tadi?[sahut]
4.    Anda mesti_mengisi_____borang permohonan ini dengan teliti[isi]
5.    Kerajaan bercadang untuk_mempelbagaikan__sumber ekonomi negara[pelbagai]
6.    Budak-budak nakal itu_bertempiaran____apabila disergah oleh penjaga lombong tersebut[tempiar]
7.    Beliau___menyeru___kepada penduduk kampung supaya menerima arus pembangunan[seru]
8.    Kami percaya bahawa ada kuasa asing yang_mempersenjatai_pemberontak-pemberontak itu [senjata]
9.    Anggota-anggota tentera telah___menerbangkan___bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir itu [terbang]
10. Tidak seorang pun yang__menyetujui__pendapat yang dikemukakan oleh Sek Gan [setuju]


1.      ___Sulaman______________songket itu sangat halus(sulam)
2.      __Perkahwinan____Zainal dengan Ju Lian tidak direstui oleh ibu bapa mereka(kahwin)
3.      Aman mendapat tempat pertama dalam__perlumbaan___itu(lumba)
4.      Kawasan__pedalaman______di Sabah dan Sarawak dipenuhi hutan(dalam)
5.      Para_pelajar__Sekolah Menengah Indera sedang berbaris di padang(ajar)
6.      Beberapa orang tercedera dalam _kemalangan____pagi tadi(malang)
7.      Banyak orang yang mati kelaparan semasa____pemerintahan____Jepun(perintah)
8.      Alat__pendingin_____hawa di bilik itu rosak(dingin)
9.      Calon yang mempunyai __pengalaman___dalam bidang kejuruteraan layak memohon jawatan itu(alam)
10.  Haji Dawan seorang hartawan yang __pemurah___(murah)
11.  Aziz menghadiahi__kekasihnya sebentuk cincin berlian(kasih)
12.  __Pencuri__yang mencerobohi rumah itu sudah ditangkap(curi)
13.  Para pelancong terpikat oleh_keindahan__pemandangan di Pulau Langkawi(indah)
14.  _Penglibatan_Rahman dalam bidang politik tidak disukai isterinya(libat)
15.  Para_penyokong__pasukan itu terlonjak-lonjak kesukaan(sokong)
16.  Kmai senantiasa nasihat-menasihati untuk__kebaikan__bersama(baik)
17.  Dia terpegun apabila ___jelitawan___itu tersenyum kepadanya(jelita)
18.  __Peragawati___itu memperagakan baju kebaya sulaman songket(raga)
19.  Para__pekerja_______berlari-lari keluar dari kilang yang terbakar itu(kerja)
20.  Rohani melihat-lihat__pakaian___yang hendak dibelinya(pakai)

No comments:

Post a Comment