Wednesday, December 19, 2012

Latihan 28 : Pengukuhan Tatabahasa 19.12.12

A: Cari perkataan yang perlu dibubuh awalan beR- dalam ayat-ayat di bawah ini.
  1. Samy dan Idham rehat di bawah pokok itu
  2. Baginda tidak mahu diganggu kerana baginda sedang adu
  3. Mereka cadang hendak pergi melancong ke luar negara
  4.  Husaini rasa sedih kerana gagal dalam peperiksaannya
  5. Suria tidak pernah kasar terhadap ibu bapanya
  6. Mari kita main bola jaring
  7. Keluarga saya asal dari negeri Sabah
  8. Penduduk kampung ganding bahu untuk membaiki bumbung-bumbung masjid yang rosak itu
  9. Saya lebih suka kerja sendiri daripada makan gaji
  10. Dia amat tuah kerana terpilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar
B. Cari perkataan yang perlu dibubuh awalan teR- dalam ayat-ayat di bawah ini

  1. Alamat syarikat tera di sudut kanan atas sampul surat itu
  2.  Ruhil perdaya oleh kata-kata manis lelaki itu
  3. Tapak kaki Azmah berdarah kerana dia pijak kaca
  4. Bangunan itu letak di tepi Pasar Raya Maju
  5. Zaleha tidak angkat kotak yang berat itu
  6. Carilah perangkaan kini tentang ekonomi negara Jepun
  7. Kami kejut apabila mendengar berita sedih itu
  8. Kamu harus tabah tidak kira apa-apa pun yang jadi
  9. Van itu junam ke dalam gaung setelah melanggar pokok
  10. Murid yang pandai dalam kelas itu ialah Yap Mun Keong
C: Bubuh awalan peN- atau pe- pada perkataan dalam kurungan.

  1.  Encik Khoo ialah _______(syarah) Sejarah di Universiti Malaya
  2. Daun tumbuhan itu boleh dijadikan ____(tawar ) untuk penyakit kulit
  3. Hanya ____(anut) agama Kristian dibenarkan menyertai pertubuhan itu
  4. David ialah___(main) guitar dalam kugiran itu
  5. Muhammad Ali ialah ______(tinju) yang terkenal di dunia
  6. ____(halang) kepda projek pembangunan itu ialah penduduk setinggan
  7. Kebanyakan ____(sakit) di hospital itu ialah penduduk tempatan
  8. Banyak _______(niaga) tempatan menyertai ekspo perniagaan itu
  9. Dia mengupah ____(cat) yang berpengalaman untuk mengecat rumahnya
  10. Siapakah ____(kawal) yang akan bertugas pada pagi esok?
D. Bubuh awalan mempeR- atau dipeR- pada perkatan dalam kurungan

  1. Kerja-kerja ____(lebar) jalan itu akan bermula petang ini
  2. Stadium itu ____(besar) untuk memuatkan penonton yang lebih banyak
  3. Dia ____(oleh) kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaannya
  4. Banyak orang ____(daya) oleh penipu itu
  5. Taman rekreasi itu ____(cantik) oleh majlis bandaran
  6. Puan Kalsom itu _____(hamba) orang gajinya
  7. Pasukan penyelamat____(hebat) gerakan untuk mencari budak itu
  8. Ruang tamu itu sudah ___(kemas) oleh Ema
  9. Usaha kerajaan itu ____(kecil) oleh pihak pembangkang
  10. Hayati ____(alat) kawannya untuk memenagi pertandingan itu
E. Bubuh akhiran -an, -i atau -kan pada perkataan yang bergaris
  1. "Hadiah (_____) cincin itu kepada isteri kaum,"kata Alina kepada Khairul
  2. Pemimpin negara yang paling saya hormat (_______) ialah Tun Abdul Razak
  3. Dugaan itu akan saya hadap(______) dengan tenang
  4. Tolong selesai(_______) tugasan itu secepat mungkin
  5. Jus tembikai ialah minum(_______) kegemaran Ani
  6. Apakah yang kamu kata (_____) kepada ibu kamu?
  7. Serang(_____) pihak musuh dapat dikesan oleh tentera kerajaan
  8. Pengalaman yang saya alam(______) itu sangat indah
  9. Basah(_____)kain itu sebelu m menggunakannya
  10. Naik(_____) bendera itu dengan perlahan-lahan

No comments:

Post a Comment