Monday, June 22, 2009

Penutupan Sekolah Akibat Virus H1N1

Hari ini, sekolah rendah Jalan Davidson ditutup akibat jangkitan virus H1N1 selama seminggu. Oleh sebab sekolah tidak ada LMS (Learning Management System) maka bagaimana pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan?

Sebenarnya, perkembangan teknologi web 2.0 telah menyediakan pelbagai platform secara percuma yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran lebih-lebih lagi pada masa jangkitan wabak penyakit yang berbahaya seperti virus H1N1.

Walaupun begitu, bukan semua pelajar mempunyai rangkaian internet di rumah yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment