Wednesday, June 10, 2009

Isu Bahasa Inggeris dan PPSMI

Sedikit pandangan tentang kedua-dua isu ini yang hangat diperkatakan dan diperdebat oleh pelbagai agensi, organisasi dan pertubuhan. Mengapa pandangan pelajar tidak diberi keutamaan dalam hal ini, mereka merupakan mangsa dalam segala polisi dan dasar pendidikan yang dilaksanakan? Pelajar dan pihak sekolah yang berhak menentukan apa yang patut dan sesuai dengan keupayaan dan kemampuan mereka.

Apa jua bahasa yang akan digunakan untuk menyampaikan mata pelajaran sains dan matematik, apa yang lebih penting adalah adakah bahasa yang digunakan itu dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan tepat? Tiada belas kasihankah kita kepada anak-anak bangsa kita yang menjadi mangsa akibat daripada ketidaktetapan kita dalam membuat sesuatu dasar? Kejap ini kejap itu..........pi mai pi mai tang tu.........

Isu Bahasa Inggeris pula bukan diwajibkan lulus atau tidak, yang penting ialah bagaimana hendak memastikan pelajar-pelajar kita dapat menguasai Bahasa Inggeris. Contohnya, mewajibkan pelajar-pelajar lulus Bahasa Melayu untuk mendapatkan sijil SPM, adakah sekian lama syarat ini dikuatkuasakan, prestasi dan kelulusan pelajar dalam Bahasa Melayu telah bertambah?

No comments:

Post a Comment