Sekolah akan berbuka semula esok, diharapkan ibu bapa memastikan anak-anak memakai penutup hidung dan mulut ke sekolah. Setakat ini, penutup hidung dan mulut belum dibekalkan oleh sekolah kepada murid-murid.
Sebagai langkah pencegahan dan kawalan penularan wabak ini, penjagaan kebersihan diri dan pemakaian mask merupakan satu-satunya usaha yang boleh kita lakukan dalam mengurangkan penularan wabak ini.
Entahlah, masih ramai yang tidak gentar dengan angka-angka yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan tentang bilangan kes jangkitan wabak H1N1.
Walaupun sudah bertambah ramai yang memakai penutup mulut dan hidung di pasar raya, tempat awam, yang tidak berbuat demikian tidak kurang banyaknya.
Baru-baru ini, laporan WHO mengatakan bahawa penduduk Malaysia masih kurang tahap kesedaran tentang keseriusan wabak ini. Saya rasa memang ada benarnya.
No comments:
Post a Comment