Untuk soalan PTK DG44- Kompetensi Umum Ogos 2009, saya tidak dapat mengingat soalannya sebagaimana untuk Khusus, tetapi, serba sedikit skop soalan masih saya ingat untuk dikongsi bersama
1. Piagam Pelanggan
2. Matlamat Pembangunan Pendidikan 2001-2010
3. PIPP Teras 6- Melonjak Kecemerlangan Pendidikan, 2 teras utama
4. PIPP Teras 2 -Membangunkan Modal Insan
5. Pinjaman Perumahan
seorang pegawai bergaji RM4000, Umur: 54 tahun. Pinjaman Perumahan Pertama RM100000, Kelayakan Pinjaman RM360,000. Pegawai ini ingin membuat pinjaman perumahan kedua, adakah layak?
6. Pegawai DG44, menggunakan kereta 1300cc, perjalanan sejauh 735km, kirakan tuntunan perjalanan.
7. Pegawai tidak hadir bekerja tanpa cuti sakit, tindakan yang dikenakan?
8. Pegawai menjalankan jualan terus pada waktu kerja, tindakan yang boleh diambil terhadap pegawai tersebut?
9. Elaun Basikal maksimum RM70.oo, budak pejabat tidak puas hati dengan tuntutan elaun basikal kerana menghantar utusan ke PPD selama 10 hari, apa tindakan guru besar?(tidak berapa ingat soalannya!)
10. Pendidikan wajib sekolah rendah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian Pendidikan terhadap ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak berumur 6 tahun?
11. PIBG, tugas pengetua?
12. Akta Pendidikan 1996 tentang Menteri Pelajaran mempunyai kuasa untuk menubuhkan sekolah jenis apa?(sekolah seni, sekolah menengah akademik, atau sekolah agama?)
13. Akta Pendidikan 1996(Akta 550)
itu saja, kalau sesiapa yang ingin berkongsi soalan, dialu-alukan, bersama-sama kita berkongsi soalan agar semua lulus tahap IV. Terima kasih.
TQ v much iching ,panduan soalan tersebut amat berguna walaupun PTK Jun 2010 yang akan datang mengguna sukatan yang baru
ReplyDeletesama-sama.Walaupun saya tak lulus tapi ingin lihat yang lain lulus tahap IV. Akan cuba menghafal soalan-soalannya nanti agar dapat berkongsi dengan semua. Selamat maju jaya. Jumpa lagi
ReplyDeleteterima kasiih kepada soalan-soalan.saya akan menduduki ptk dg44 bulan jun ini.tak tahu nak baca apa.boleh bagi tips.tq.
ReplyDeletecikgu di perak
ram said
ReplyDeletetq so much. i akan sit for jun dg 44. but tak tahu nak baca apa, boleh tolong i ke?
hello ram,
ReplyDeleteyou are welcomed. same here. taking PTK too this Jun, lebih-lebih lagi diberitahu silibus baru. tiada siapa yang tahu apa yang dikatakan silibus baru tu. So, i baca je apa yang ada.
Tq kerana sudi berkongsi...saya akan ambil PTK Jun ini...silibus baru kita cuba sama-sama ye...good luck to you Iching...
ReplyDeleteCikgu Rose
Hai Cikgu Rose, memang betul yang apa yang dikatakan itu, kali ini memang saya nak cuba aje, dua kali ambil PTK ni, setakat dapat III, so kali ini saya dah tak nak baca lagi, nak main tikam je (haha...)sebab sampai sekarang ini masih tak baca apa-apa lagi. Kalau main tikan boleh lulus, akan saya khabarkan, tak payahlah nak susah-susah nak baca. Good luck to you too Cikgu Rose. Harap kita semua lulus IV.
ReplyDeleteICHING jangan putus asa, saya ambil PTK DG41 khusus 6 kali baru dapat IV, kalau kita gigih dan ada rezeki, dengan izin Tuhan kita boleh berjaya. Semoga tenang menduduki peperiksaan bagi semua yang mengambil PTK T3 pada 10 Jun ni.
ReplyDeleteKalau kali ni tak lulus, tak boleh ambil lagi sebab sudah tiga kali menduduki PTK DG44, syaratnya boleh ambil 3 kali je kalau dah dapat III, kalau dapat II atau I boleh lagi ambil tahun depan. Tak pasti pulak DG41 sama ada syaratnya sama atau tidak. Tq for the kata-kata semnagat harap lulus semuanya.
ReplyDeleteiching,saya pun same mcm awak,malas dah nak baca,hari tu bersungguh2 betul,rasanya boleh jawab dgnbaik,tapi result asyik 3 je,skrg dah f up...
ReplyDeleteharap kita yang f up ini boleh lulus IV. Tak adil hanya boleh ambil periksa 3 kali je. Bukankah tujuan nak mengambil cikgu membaca, so baca 3 kali je, lepas ni, tunggu time based untuk ke DG48?
ReplyDeletehi everyone,
ReplyDeleteterima kasih untuk banyak info ttg ptk 3. i nak ambil ptk this oktober. boleh tolong suggest buku-buku yang boleh dibaca. atau buku soalan . thanks.