Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan blog untuk digunakan dalam dalam pembelajaran penulisan dalam Bahasa Melayu dan mengkaji kesan penggunaan blog tersebut dalam beberapa aspek seperti berikut:
i) Menguji pencapaian markah karangan pelajar yang menggunakan blog dalam penulisan karangan
ii) Mengkaji sama ada terdapat peningkatan kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) pelajar yang menggunakan blog dalam penulisan karangan.
iii) Mengkaji sama ada penggunaan blog dalam penulisan karangan menggalakkan pelajar lebih kerap menulis dalam Bahasa Melayu
Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang dinyatakan, maka persoalan kajian adalah seperti berikut:
i) Apakah model yang sesuai digunakan dalam pembangunan blog untuk penulisan karangan.
ii) Adakah blog berkesan terhadap beberapa aspek yang berikut:
a. Pencapaian markah penulisan karangan pelajar Bahasa Melayu yang menggunakan blog untuk penulisan karangan.
b. Kemahiran menulis pelajar ( ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan blog dalam penulisan karangan.
c. Kekerapan pelajar menulis dalam Bahasa Melayu
Hipotesis Kajian
1. Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan blog dalam meningkatkan prestasi pencapaian penulisan karangan pelajar dengan menggunakan blog berbanding dengan penggunaan kaedah biasa
2. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan blog untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar-pelajar bukan Melayu berbanding dengan penggunaan kaedah biasa
3. Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan blog untuk meningkatkan kekerapan pelajar-pelajar bukan Melayu menulis dalam Bahasa Melayu berbanding dengan kaedah biasa.
No comments:
Post a Comment