Monday, October 5, 2009

Refleksi Kajian : Ujian Pasca

Sebenarnya penggunaan blog dalam penulisan memerlukan masa. Saya telah berbincang dengan pelajar kebanyakan daripada mereka berpendapat kekangan masa yang menyebabkan mereka tidak dapat menulis karangan dalam blog. Oleh sebab itu, saya bercadang membiarkan pelajar terus menggunakan blog dalam penulisan karangan selepas tamat tempoh masa kajian. Pelajar-pelajar sekarang sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan Akhir Tahun yang akan diadakan pada 19 Oktober ini. Selepas ini, pelajar-pelajar akan kelapangan untuk menulis karangan atau penulisan kreatif dalam Bahasa Melayu di dalam blog. Saya akan terus memantau penulisan pelajar dalam blog.

No comments:

Post a Comment