Saturday, October 10, 2009

Isi Karangan Mat Rempit

Isi-isi
1. Sikap remaja sendiri – ego, ingin tunjuk kehebatan, tidak matang, mudah terpengaruh ( langkah : didikan agama dan moral, pengawasan ibu bapa, peka dan tahu di mana anak-anak mereka pada setiap masa, memberi suri teladan kepada anak-anak, melentur aur biarlah dari rebungnya)
2. Pengaruh rakan sebaya – mudah termakan janji manis rakan, ingin diterima dalam kumpulan dan sanggup membuat apa sahaja, pantang dicabar rakan sebaya, suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing ( remaja mesti bijak memilih kawan, jauhkan diri dari kutu embun, mesti berpendirian teguh, mempunyai iman yang kuat – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan)
3. Sikap masyarakat – tidak mengendahkan perbuatan Mat Rempit, tidak membuat laporan, bersikap enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, takut dituduh menjaga tepi kain orang ( menjalankan tanggungjawab sosial dengan melaporkan kes rempit, memberitahu jiran jika mendapati anak jiran terlibat dalam kegiatan merempit)
4. Penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan tidak konsisten, kenderaan(motor) hanya disita, sepatutnya empunya motor tidak dikembalikan kepada remaja (kalau tidak ada motor, tidak ada Mat Rempit)- kuatkuasakan undang-undang, ibu bapa dipertanggungjawabkan jika anak mereka merempit, menambah kekuatan pasukan polis dalam menjalankan operasi penangkapan mat rempit
5. Media massa – selalu menyiarkan aksi merempit seolah-olah mereka adalah wira dan jaguh , mendorong aksi merempit. : patut menyiarkan keburukan merempit seperti dicekup polis, ditimpa kemalangan, mengalami kecederaan, malah menempa maut, menyiarkan kesan merempit seperti dipenjarakan, dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan lain-lain.
6. Bantuan tonto ; kumpulan rempit mempunyai bantuan tonto yang menyampaikan maklumat tentang operasi yang dijalankan oleh polis trafik dan JPJ. Tonto telah membantu mat rempit memboloskan diri daripada dicekup polis. (menumpaskan golongan tonto, mengenakan hukuman dan denda kepada golongan ini, didakwa di mahkamah)

No comments:

Post a Comment