Wednesday, October 7, 2009

Penulisan Isi Karangan


Kebanyakan pelajar yang pernah saya ajar menghadapi masalah menulis isi karangan. Hal ini disebabkan mereka kurang dapat membuat huraian atau kembangkan isi karangan. Kebanyakan daripada mereka akan menyenaraikan isi-isi karangan tanpa membuat huraian apatah lagi memberi contoh. Oleh sebab itu, sebagai guru, kita harus mengajar pelajar menulis bahagian pendahuluan dahulu. Selepas pelajar dapat menguasai kemahiran menulis bahagian pendahuluan, kita mengajar mereka teknik menulis isi karangan. Pelajar hanya perlu menulis satu isi karangan untuk pelbagai tajuk yang berlainan sehingga dapat mengetahui selok-belok untuk mengembangkan isi karangan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penulisan merupakan kemahiran bahasa yang paling sukar dikuasai. Oleh itu, kita perlu bersabar kerana pelajar memerlukan masa untuk menguasai kemahiran ini. Penulisan karangan bukan setakat melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran berbahasa tetapi pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan mempunyai fakta yang mencukupi agar dapat menulis dengan lancar.
Pelajar-pelajar digalakkan mengumpulkan fakta-fakta karangan supaya mudah digunakan dalam penulisan karangan nanti

No comments:

Post a Comment