Cerpen 2: Memori Seorang Tua
Mengishkan semakin banyak kilang dibina di kampung Langat Pak Itam, Pak Itam terpaksa biarkan kerana ramai orang muda yg menganggur, kalau orang muda tidak bekerja mereka akan melakukan kerja-kerja yg tak baik. Saban hari Pak Itam bersandar pada kerusi malasnya yg kotor dan comot membaca suratkhabar, majalah. Esok kali pertama Pak Itam menyambut hari lahirnya yg ke-85 daripada baki duit ke Makkah. Tuk Mat (sarjan polis pencen) yg diharap membantunya dalam kenduri hari jadi Pak Itam, Latif dan Isa yg diharapkan membantu tidak muncul,
Pak Itam sudah biasa masuk keluar penjara pada Zaman Inggeris dan Zaman Jepun, penjara di Melaka, Singapura, Johor, Pudu. Pak Itam anak Melayu pertama yg menjadi majistret di Malaya. Ramai yg menemu ramah Pak Itam terutama penunut universiti untuk menulis tesis, dia tidak pernah menghampakan harapan orang apatah lagi menghina dan mengecilkan hati orang.
Orang tidak tahu akan perjuangan Pak Itam, orang yg pulang dari tanah Inggeris bersamanya, mengamalkan gaya hidup orang Putih, memandang jijik kepada anak bangsa sendiri yg tidak berbaju, berkasut. Jadi abdi kepada Orang Putih, jadi keldai, tukang mandikan anjing Orang Putih.Perjuangan Pak Itam adalah untuk membuncitkan perut anak bangsa dengan nasi bukan cacing kerawit.
Beg lusuh Pak Itam berisi keratin akhbar Utusan Melayu, Warta Malaysia, Warta Jenaka dan majalah Mastika dan macam-macam lagi, dia jadikan penjara Taman Firdausnya(taman kesenangan, syurga). Pak Itam menyelak keratin-keratan itu, seperti mencari sesuatu. Pak Itam terhenti diambil cermin matanya, majalah Mastika yg dipegangnya memuatkan cerita Siti Nurhidayah, isteri kesayangannya, membawa surat kadi meminta fasakh(cerai)ketika Pak Itam meringkuk di penjara di Singapura. Itu kali terakhir bibi Pak Itam merasai kelembutan pipi Izwan, anak lelakinya yg baru berusia 6 tahun dan pipi montok Nuryani Iman, anak perempuannya yg berusia 4 tahun. Sampai hari ini, Pak Itam tak tahu di mana Siti Nurhidayah, Izwan dan Nuryani Iman menghilang, rindunya tak pernah hilang. Pak Itam hanya boleh berharap supaya Siti Nurhidayah mendapat kebahagiaan, Izwan dan Nuryani menjadi srikandi bangsa yg bertakwa dan menjadi anak-anak yg soleh.
Tuk Mat muncul ketika itu, dan menanya Pak Itam hendak mempamerkan keratan khabar, Tuk Mat sudah siapkan tempat pameran, buku dan makalah Pak Itam sudah Tuk Mat kumpulkan tunggu Jali menguruskannya.
Tuk Mat sudah menjemput wartawan, pelajar UM, UKM dan UPM dan orang kampung, Si Jabal cendol, Mak Munah rojak, Si Kamsi soya bean. Semuanya diuruskan oleh Tuk Mat, Pak Itam mengeluh orang muda sekarang tidak boleh diharapkan.
Kira-kira 7 8 khemah didirikan dengan gerai makanan yang pelbagai, Kumpulan Kopratasa juga menyumbangkan lagu-lagu puisi mereka. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput menyanyikan lagu Ulek Mayang dan lain-lain(m/s114). Bagi Pak Itam, makanan fizikal mesti diselaraskan dengan makanan kerohanian.
Pak Itam menanyakan keadaan tempat letak kereta, tidak mahu kereta dan bas mengganggu lalu lintas kerana jalan sempit. Dia menghormati undang-undang kerana dia majistret pertama di Malaya, yg ikut membubar dan mengubah suai undang-undang negara selepas Inggeris pergi.
Pak Itam tidak memberitahu Sidah, satu-satu anak angkatnya yg mengikut suami membuat PHD di UK. Pak Itam diamanahkan menjaga Sidah selepas ibu bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya kalau tidak kerana Tuk Mat, tidak mungkin hajat dan niat Pak Itam tercapai.
Tuk Mat sekeluarga yg menguruskan segala-galanya, Rogayah menjaganya, Halimah dan Rokiah selang berganti menghantar nasi dan mengambil baju Pak Itam untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam apabila memberi wang, semuanya menolak, hanya Tuhan yg boleh membalas budi Tuk Mat sekeluarga.
Selepas sembahyang asar, Pak Itam menjenguk di luar tingkap, dilihatnya Isa, Latif dan Jali menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran. Jali budak ITM yg mengambil kursus komunikasi dan pengiklanan malas makan gaji dan membuka sebuah galeri kecil di Arked MARA Kajang bertanya kepada Pak Itam sama ada susun atur yg dibuat mereka cantik. Rokiah, adik Halimah membawa makan malam Pak Itam sebab nak pergi mendengar ceramah di masjid, kakaknya Halimah pergi ke KL dan bapanya TUk Mat akan datang selepas sembahyang isyak
Malam itu bulan cerah, Tuk Mat datang sekejap untuk memberi laporan bahawa semuanya sudah beres dan menyuruh Pak Itam berehat kerana esok ramai orang akan hadir. Kalau ditanya oleh wartawan sebab Pak Itam merayakan hari jadi di kampung, di tengah pokok-pokok pisang, rambutan, langsat, duku, bukan di hotel besar, selain tidak berkemampuan, kalau buat di hotel, orang kampung tidak dapat merasa. Kalau Pak Itam hendak menjadi kaya sudah lama dia jadi jutawan, belajar di luar negara, anak Melayu pertama jadi majistret di Malaya. Pak Itam tidak mahu kalau dia mati, matanya tidak akan tertutup rapat kerana memijak kepala anak bangsanya untuk mencari kepentingan diri.
Bagi Pak Itam, orang perjuangan tidak mudah berputus asa, kesabaran dan keyakinan adalah inti meraih satu-satu kejayaan. Pak Itam teringat kembali Siti Nurhidayah, Izwan dan Nuryani Iman, rindu kepada mereka tidak pernah hilang, malam itu Pak Itam mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Telegram Sidah yg tiba dr UK semalam dibaca, Pak Itam sekali lagi kemudian Pak Itam ternampak sekeping gambar kuning berbintik-bintik, masa muda Pak Itam handsome, di sebelahnya Pak Berahim yg sama-sama memimpin PKMM di Singapura. Siang malam mereka bersama, lepas itu duduk di gerak mamak serbat di Cecil Street di depan pejabat Utusan Melayu. Ingatan Pak Itam masih baik walaupun berusia 85 tahun, Si Mamat, Pak Rahim, Hj Badarudin, Si Melan, Si Osman, Kamaludin, Awang dan teman-teman sasterawan yg menggunakan pena mereka menerusi puisi, cerita pendek dan novel mengutuk Inggeris dan menerapkan semangat kebangsaan ke dalam orang-orang lain.
Bagi Pak Itam, apa yg telah berlaku perlu dijadikan peringatan kepada cucu cicitnya. Hak dan tanah air, maruah bangsa dan agama tidak ternilai harganya. Hanya nyawalah taruhannya. Pak Itam cuma bimbang akan perpecahan dalam kalangan Melayu mesti diselesaikan segera. Esok, tanah Langat akan menjadi Padang Kelab Selangor, ketika orang Melayu menunggu detik 12.00 malam pengisytiharan Hari Kemerdekaan.
Pada Pak Itam, malam ialah masa yg paling syahdu untuk dia mencurahkan segala rindu dan cintanya kepada Tuhan, orang yg bertakwa sedikit sekali tidurnya pada waktu malam dan waktu menjelangnya fajar pagi.
Pak Itam siap berpakaian, sepasang baju Melayu dan bersamping kain tenun warna biru laut yg dihadiahkan oleh Tuk Mat, isterinya yg menjahit, ketayap di atas kepalanya juga putih bersih direnjis sedikit minyak atar(bau-bauan yg harum). Walaupun sudah tua, dia mahu menjadi orang tua yg bersih dan menjaga kebersihan separuh daripada iman.
Melihat segala persiapan, Pak Itam berpuas hati, durian tanamannya banyak yg luruh, yg ditanam oleh Pak Itam tanam ikut sistem, jarak dan lubangnya untuk satu pokok. Tuk Mat juga sudah berada di tapak memeriksa setiap khemah lalu mengajak Pak Itam bersarapan pagi. Selepas bersarapan, Pak Itam dan Tuk Mat turun ke bangsal-bangsal, dilihat sudah dipenuhi. Rokiah dan Halimah terus berlari mendapatkan Pak Itam dan mengucapakn selamat panjang umur.
Aziz H.M. dan kumpulan Teater Malininya sudah sampai, Zubir dari Pusat Kebudayaan UM pun tiba dgn gitarnya. Cik Habsah dari Terengganu juga sudah sampai, kumpulan Kopratasa sudah ada di pentas menguji alat muzik masing-masing. Pak Itam berdiri di pintu pagar menyambut anak-anak Langat mula datang, kumpulan Kopratasa menujukan sebuah lagu khas buat Pak Itam, ketua kumpulannya Sani Sudin memberitahu bahawa lagu itu dicipta khas untuk hari jadi tokoh pejuang yg disanjungi. Pak Itam terharu anak muda yg baru setahun jagung, berambut panjang dan berpakaian comot yg dianggap sebagai seniman tidak berhaluan ,rupa-rupanya tahu menilai jasa dan pengorbanan orang tua-tua dan tidak mahu bayaran, semua datang secara percuma. Semua datang untuk memberi penghormatan kepada Pak Itam yg mereka tahu seorang tokoh yg telah banyak berkorban untuk membina masa depan bangsa dan tanah air.
Zubir juga menyanyikan sebuah lagu puisinya untuk Pak Itam. Zubir tidak dapat meneruskan lagi kerana air matanya mula jatuh ke pipinya. Hari sudah tinggi, tetamu yg dijemput masih tidak muncul, Pak Itam tetap berdiri di pintu pagar, tidak ada wartawan, stesen televisyen yg hadir, Pak Itam mulai sayu dan mulai menangis, Tuk Mat cepat terasa terus mendapatkan Pak Itam dan memberitahu bahawa dia telah menjemput semua wartawan, Pak Itam mengatakan bahawa dia tahu Tuk Mat telah membuat semua kerjanya, kalau mereka tidak datang biarkan sahaja kerana perjuangan tidak pernah mengharapkan apa-apa. Hari lahir ini dibuat sekadar menunaikan impiannya yg sudah lama tertanam dalam dirinya.
Matahari mulai redup, sorak-sorai di pentas tidak segalak tadi, khemah tempat pameran segala khazanah Pak Itam lengang tidak berorang. Ada keratan dan gambar terlondeh(tertanggal) dr papannya kerana ditiup angin dibetulkan oleh kedua-dua anak dara Tuk Mat.
Sudah masuk waktu Zuhur, Tuk Mat meminta Pak Itam berehat kerana sudah letih dan kelihatan lemah dan memapah Pak Itam ke rumah. Jali juruacara mengumumkan para artis ingin berehat makan tengah hari dan bersambung selepas waktu zuhur. Tuk Mat berpakaian Melayu berdiri di pintu pagar kalau-kalau ada tetamu yg datang, tetapi tidak. Muka Rokiah kelihatan cemas berlari ke arah Tuk Mat mengatakan Tuk Aki(Pak Itam), Tuk Mat tidak menunggu kata Rokiah berlari ke rumah Pak Itam dan menyuruh Rokiah mencari Jali suruh panggilkan doktor. Jali memecut motosikalnya ke arah pekan Langat. Semasa Doktor Kamsani tiba, tubuh Pak Itam sudah ditutupi sehelai kain batik Jawa dari hujung kaki hingga menutup kepala. Aziz H.M bersama kumpulan Teater Malininya, kumpulan Kopratasa, Zubir dr UM sudah bersila membaca surah yasin.
Dalam suasana yg memilukan, Si Isa bersama seorang perempuan bertudung memegang bunga ros di tangannya, perempuan tua itu tenang merenung wajah Pak Itam lalu melutut memegang kaki Pak Itam yg sudah tidak bergerak. Mulutnya kelihatan bergerak, tetapi tidak ada siapa yang mendengar biji butirnya. Dia meletakkan jambangan ros merah di kaki Pak Itam dan menyapu air mata. Kemudian, bangun berjalan menuruni tangga. Semua orang tercengang, siapakah wanita misteri itu? Hanya Tuk Mat yg tahu, sampai juga hajat Pak Itam
Watak
Tuk Mat
Berparut di sebelah pipi kanannya kerana peluru orang-orang Bintang Tiga dalam satu pertempuran dekat Gua Musang, zaman darurat
Pak Itam
Anak Pahang, berasal dari Kuala Semantan, tanah berdarah Datuk Bahaman yg menentang orang putih
Seorang tokoh Angkatan Pemuda Insaf, pemimpin PKMM, seorang pejuang nasionalis, yg masuk keluar penjara memperjuangkan nasib anak bangsanya
Penulis dan wartawan yg berani, bergadai nyawa bersama-sama orang Melayu
Berarak menentang penubuhan Malayan Union oleh Orang Putih.
Masa muda, Pak Itam handsome
No comments:
Post a Comment