Tuesday, April 5, 2011

Drama 1 : Gelanggang Tuk Wali

Drama 1: Gelanggang Tuk Wali
Ripin yg berpakaian lawa hendak ke rumah Leman mengambil bengkung(kain lebar membebat/membalut perut) kerana petang nanti ada jemputan main silat di darat, anak perempuan Hj Kodri kahwin, Mak Umi memberitahu Ripin bahawa Wak demam sejak petang semalam, Ripin memberitahu bila balik kenduri nanti dia akan datang ziarah Wak.
Wak tiba-tiba muncul di muka pintu hendak mengikut Ripin, demam Wak akan hilang apabila bersilat tidak seperti orang biasa yg akan sakit, tempang, demam apabila keluar dari gelanggang silat. Ripin mengingatkan Wak pemberita majalah datang mala mini.
Tiba-tiba bau hangit, ikan goreng Mak Umi habis, Mak Umi melatah memukul Tuk Wali dengan sudipnya, Ripin ketawa melihat gelagat Tuk Wali, kalau keris, lembing, semuanya dapat ditepis oleh Tuk Wali, tetapi Mak Umi ketuk dengan senduk, Tuk Wali tunggang-langgang.
Ripin melihat longgokan akar kayu di hujung beranda dan bertanya Tuk Wali masuk hutan minggu lepas? Tuk Wali hanya mendapat sedikit akar kayu. Tuk Wali memberitahu bahawa masuk hutan perlu ikut petua dan pantang-larang (m/s190), tetapi yg melanggar pantang larang itu cucunya Si Berahim, anak tirinya, anak murid Si Guan (kedai singse), Si Berahim masuk hutan bawa tali sigai dengan kayu umpil tetapi Si Guan masuk hutan bawa traktor, bawa dua tiga orang buruh lagi, habis dicabut pokok kecil atau besar.
Tuk Wali memberitahu dahulu, rancang besi siap racik, bersih –RM 18 sekilo, Tongkat Ali RM 20. Si Guan ambil tongkat ali-RM9, rancang besi RM6 sahaja. Mak Umi mengingatkan Ripin dan Tuk Wali yg hendak ke darat, sudah pukul 10pg. Tuk Wali menanyakan orang yg turun gelanggang malam nanti, sebab malu kalau pemberita datang, gelanggang kosong. Ripin memberitahu budak-budak tidak ada sebab malam minggu. Tuk Wali memberitahu Mariam ada, Ripin tidak mahu bersilat dengan Mariam kerana kalau Ripin menang, orang kata Ripin tak jantan kalahkan perempuan, tapi kalau Ripin kalah, tiga bulan dia akan dikutuk. Ripin memberitahu Tuk Wali dia akan kumpulkan budak-budak
Babak Kedua:
Mak Umi memanggil Tuk Wali yang sedang bersiap, sudah pukul 3 petang, Tuk Wali bersiap lebih lama daripada orang perempuan bersiap. Semakin tua Tuk Wali semakin lama bersolek, apabila Wak keluar berbaju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok miring. Mak Umi memerli Tuk Wali hendak pergi bersilat atau pergi bernikah? Mak Umi dan Tuk Wali masing-masing memperkatakan cara bersilat masing-masing untuk mengalahkan musuh. Ripin yang datang dengan motosikal mengusik Tuk wali nampak hebat, iman janda-janda kampung akan gugur. Tuk Wali mengatakan bahawa dia sudah tua.
Selepas Ripin dan Tuk Wali beredar, datang Imam dan Siak. Imam memberitahu hajatnya datang demi masa depan anak muda, Siak memberitahu bahawa adalah tidak elok Wak yg sudah tua masih bersilat di gelanggang, bersepak teranjang, kadang kala sampai bergumpal-gumpal(berpeluk-peluk ,berguling-guling), tak manis dipandang orang. Mak Umi cuba menerangkan bahawa Tuk Wali dijemput main silat di majlis kahwin itu saja, Siak pula mengatakan Wak sudah tua elok kalau habiskan masa di masjid, beramal saja. Mak Umi mengatakan bahawa Tuk Wali hanya penuhkan hajat orang, meriahkan majlis, tak langgar pun batas adat, jauh sekali syariat, Wak tidak pernah meninggalkan solat malah sampai berpuluh-puluh rakaat(ucapan peng¬hormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya semasa duduk dlm solat) satu malam.
Imam mengatakan bukan niatnya hendak mencari gaduh pasal hokum dan betul salah, dia bukan ulama fatwa, yg Imam persoalkan adat, pandangan orang. Mak Umi menanyakan Imam mengapa tidak berjumpa dengan Tuk Wali sahaja memberitahu hal itu, kenapa pula Mak Umi yg menjadi sasaran. Mak Umi memberitahu sudah hendak masuk waktu Asar, lebih baik Imam pergi ke masjid, pastikan jemaah ada di masjid, tak manis kalau jemaah yg menunggu imam. Siak memberitahu bahawa niat mereka baik, Mak Umi pula mengatakan bahawa niat hati orang Cuma Tuhan yg tahu, dia tidak reti membaca niat hati orang, namun Mak Umi mengucapkan terima kasih kepada Imam dan Siak, nanti Mak Umi akan sampaikan kepada Tuk Wali. Imam memberitahu bahawa Mak Umi tidak perlu bercakap terus terang kepada Tuk Wali diminta supaya cakap berlapik, cara memujuk. Mak Umi pula mengatakan bahwa Tuk Wali bukan budak-budak perlu dipujuk.
Babak Ketiga.
Mak Umi dan Tuk Wali duduk di beranda rumah, Tuk Wali memberitahu bahwa Piee(anak Berahim) datang ke majlis Hj Kodri buat kacau, malu Tuk Wali dibuatnya, Tuk Wali sudah minta Berahim menghantar Pie eke Pahang, di sini, kawan Piee banyak macam lalat. Mak Umi memberitahu Tuk Wali dia seorang bomoh, dialah mengubati Piee, Tuk Wali memberitahu bahwa orang merokok pun susah nak berhenti, inikan pula menagih dadah. Ibu bapanya perlu menjaga bila Piee dah baik, kalau tidak akan berulang lagi.
Kemudian, Mak Umi memberitahu Imam datang, tapi Tuk Wali tak pedulikan, masih bercakap tentang Piee yg mencuri duit RM 2 ribunya tambang ke Makkah, Tuk Wali menabung sikit demi sikit, senang diambil oleh Piee itu. Kemudian, Tuk Wali teringat kata Mak Umi tentang Imam. Mak Umi memberitahu Imam memberitahu nasihat seperti kepada Abang Ngah minggu lepas, Tuk Wali kata dia boleh berzikir, di masjid sampai mati, tetapi orang patah kaki, urat terkehel, budak kilang histeria siapa hendak berubat? Yang Imam beritahu tak manis Tuk Wali bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali tersinggung dan marah kerana sudah lebih setengah abad Tuk Wali bersilat, semua budak kampung anak muridnya. Zaman darurat, dia dilantik ketua mengawal kampung, lelaki perempuan datang bersilat dengan Tuk Wali, pada masa itu semuanya baik, semua yg dibuat manis, bila dah tua buat macam tu, tak manis dikatakan oleh Imam.
Tuk Wali ingat akan peristiwa di rumah Hj Kodri tadi, sebenarnya dia yang hendak dimalukan, dan Piee dijadikan kambing hitam. Dulu ramai yg datang melihat Wak bersilat, setiap pengunci, penangkis pukulannya dikagumi, dipuji dan dianggap hebat tapi sekarang setiap langkahnya dihina, dicemuh dan diketawakan. Apakah salahny besar, besar dosanya kalau terus bersilat? Tuk Wali berasa tidak adil, semua kerja dilakukannya hanya kerana dia masih bersilat dia dihina. Wak tidak pernah minta upah mengubati orang, tak sampai hatinya, tetapi mereka sampai hati menghina, menjatuhkan maruahnya, tergamak mereka menghina dan mempermainkan Tuk Wali di majlis orang, Tuk Wali berasa malu.
Mak Umi menyuruh Tuk Wali membiarkan Ripin anak muridnya yang bersilat, dia duduk melihat saja, tetapi Tuk Wali tidak dapat berbuat demikian, kerana lebih 50 tahun dia yang ditonton orang, kaki dan tangannya bergerak sendiri apabila gong dan gendang dipalu, tidak dapat dikawal, Mak Umi mengatakan bahawa Tuk Wali pernah memberitahu, hati yg mengawal segalanya.
Keadaan menjadi melankolik sekali, Tuk Wali mengambil bengkung silatnya lalu mengikat di pinggang, Tuk Wali kea rah beg pasir yg tergantung, ditumbuk dan ditendang sekuat hati. Tuk Wali mengambil kayu tembung, sedang asyik menarikan jurus tembung itu, Ripin dan Mariam muncul, tiba-tiba dulang yg berisi gelas plastik yg dibawa oleh Mariam terjatuh, bunyi gelas jatuh menyebabkan Tuk Wali terkejut dan menyerang Ripin dan Mariam. Akhirnya Tuk Wali berhenti menyerang, masing-masing keletihan. Ripin dan Marim memberitahu ada 4 orang murid baru nak belajar silat sebab itu mereka membawa kuih dan semua keperluan untuk ijazahkan murid baharu. Tuk Wali memberitahu bahawa dia sudah tua, Ripin dan Mariam memberitahu bahawa mereka boleh mengajar tetapi Tuk Wali mesti berada di sisi gelanggang kerana mereka masih perlukan tunjuk ajar Tuk Wali. Tuk Wali mahu mereka mengambil alih tempat Tuk Wali, Ripin tidak sanggup kerana masih belum bersedia, Mariam juga belum bersedia. Mereka hairan kenapa tiba-tiba Wak tidak mau mengajar lagi dan meminta maaf kalau mereka ada buat silap. Tuk Wali menjelaskan bahawa Ripin dan Mariam anak murid terbaiknya, dia sudah tua tidak larat lagi nak mengajar, sudah lebih 50 Wak mengajar tanpa rehat.
Ripin dan Mariam berharap Tuk Wali mempertimbangkan keputusannya sebab mereka perlukan bimbingan Wak, orang lain dalam kampung sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau mengajar pun mereka kenakan bayaran, tidak ada yg sanggup mengajar dengan ikhlas kerana anak bangsanya.
Kemudian Tuk Wali mengambil keris istimewa Keris Ganja Seiras Naga Berjuang dan menceritakan asal usul keris itu. Tuk Wali sudah setengah abad mewarisi keris itu dan sudah sampai masa Ripin menjadi pewaris keris itu. Walaupun keris itu keris tua tetapi lambang kegagahan para pendekar zaman silam yg telah rela mengorbankan diri. Minta Ripin adakan majlis di masjid lama, dalam majlis itu nanti Wak anak serahkan keris itu kepada Ripin. Ripin enggan menerimanya kerana merasakan dirinya kecil dan lemah, keris itu terlalu besar dan berat. Kemudian, Wak menceritakan hasil pembuatan keris itu, Ripin masih tidak sanggup menerimanya dan Mariam pula memberitahu bahawa keris itu bukan milik generasi mereka, keris itu masih menjadi milik wak dan generasi orang tua mereka bahawa mereka belum bersedia. Perbualan mereka tergantung dengan kedatangan dua orang pemuda memberi salam.
Halim wartawan majalah Pejuang memberi salam, sudah lama dia berhajat untuk bertemu Wak, Jamil juga memberi salam dan dapat merasakan tangan Wak yg keras macam hendak patah jarinya. Tuk Wali berkata bahawa nama Halim bermaksud “tahu”, Jamil pulak dalam bahasa Arab bermakna cantik, bagus.
Jamil mengambil gambar Wak, Halim menanya mengapa Ripin memanggil Tuk Wali, wak orang lain panggil Tuk Wali. Ripin menjelaskan bahawa Tuk Wali panggilan biasa orang kampung ringkasan daripada Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam. Semua murid atau bekas murid panggil Wak Raja, atau wak saja.
Halim ingin tahu cerita empat perompak kedai emas itu daripada mulut Tuk Wali sendiri. Kisah itu berlaku secara tak sengaja, masa itu wak baru balik dari klinik, demam, singgah sekejap kerana letih kebetulan ada kerusi kosong di kedai emas itu, Wak tumpang duduk, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depan kedai, 4 orang pemuda lari masuk ke dalam, satu orang pakai pistol, ugut pengurus kedai, 2 orang lagi pakai kapak, habis diketuk cermin barang kemas, dikaut semua barang kemas masuk ke kantung. Seorang datang ke arah Wak ajukan parang kontot dekat leher, tanya di mana senapang, wak beritahu senapang ada di rumah, senapang untuk tembak tupai aje, perompak itu tak percaya dan marah, perompak letak parang dekat leher, wak elak dan elak, suatu tika dia terlewat sikit, tuk tendang sekuat hati celah kelangkang, jatuh ke dalam longkang, pengsan, yg pegang pistol keluar tengok , tuk ayun bangku bulat tepat kena mukanya, menjerit, mukanya berdarah, pistolnya jatuh entah ke mana, dua orang menyerang tuk dengan kapak, tuk elak, serangan bertubi-tubi, tuk terlanggar kerusi jatuh terlentang. Dua orang itu ayun kapak nak bunuh, tuk sudah tak berdaya nak melawan, hanya berdoa, tetapi Tuk terpegang pistol lalu mengacu pistol ke arah perompak, mereka buang kapak, melutut dan menangis merayu-rayu.
Jamil bertanya kepada Wak kalau perompak melawan adakah dia akan tembak, wak beritahu bahawa dia tak tau guna pistol, senapang patah tau. Tuk memberitahu semua yg berlaku kebetulan saja kalau disuruh ulang sekali lagi, dia tak berani.
Ripin mengatakan kisah wak menewaskan 4 perompak itu tidak sehebat kisah Wak mempertahankan kampung daripada serangan komunis. Ramai yg dibunuh oleh Wak. Kemudian, Jamil ingin belajar bersilat, Halim mintak Wak tunjukkan dua tiga jurus. Wak pun mengajar Jamil cara menggenggam penumbuk dengan betul dan cara menepis, Halim ikut.
Kemudian, Mak Umi keluar dari rumah membawa bekas sirih, Wak perkenalkan Mak Umi isteri ketiganya, dua lagi sudah meninggal,
Mak Umi bertemu jodoh dengan Tuk Wali di gelanggang juga, Mak Umi juga guru silat, ramai yang kalah di tangannya. , muncul Piee yg baru keluar dari pusat pemulihan, Wak jadi tidak senang dengan kehadiran Piee. Jamil bertanyakan siapa Piee, Ripin memberitahu Syafiee itu cucu tiri Wak, salah seorang murid handal Wak, kalau dia bersilat, macam tengok filem. Mariam mengatakan kalau Syafiee bersilat lagi mungkin dapat menggantikan Wak.\
Halimd an Jamil meminta diri kerana hari sudah lewat, mereka terlewat kerana sesat, mereka akan datang untuk mencungkil banyak lagi kisah Wak. Ripin dan Mariam pergi mencari budak yg hendak belajar silat sudah pukul 10 malam masih tidak muncul, di dalam rumah terdengar Wak mengherdik Piee sambil marah, Ripin dan Mariam yg mendengar bunyi bising kembali tetapi Mak Umi melambai tangan minta mereka beredar.
Wak marah kerana Piee masuk ke biliknya, Wak syak Piee hendak mencuri lagi, Piee bersumpah dia tidak mengambil apa-apa sambil membuka baju dan menari isi poket seluar, katanya dia cuma nak tumpang tidur lepas makan tadi.Tuk Wali dan Mak Umi bertegang leher pasal Piee, Piee diminta balik ke rumah, Tuk Wali masuk semula ke rumah memadamkan api.
Datang 4 orang pemuda ke halaman rumah Tuk Wali, satu bawa guitar yg lain berpakaian rugged. Melihatkan gelap sahaja rumah Wak, mereka duduk dan tunggu, sambil menyanyi lagu dan menari-nari. Tuk Wali keluar kerana mereka membuat bising, pemuda3 kena penampar Wak, dikatakan biadab, ditanya mengapa berada di halamannya, mereka memberitahu bahawa mereka hendak belajar silat, Tuk Wali minta mereka balik belajar berbahasa dengan orang tua dulu,
Ripin dan Mariam muncul, Wak minta Ripin suruh budak-budak itu balik kerana tak mau tengok muka mereka. Pemuda-pemuda itu mengatakan bahwa belajar gusti lebih baik, belajar main gitar dekat simpang empat sana itu, jauh dari rumah orang.Tuk Wali mendengar kata-kata budak-budak dan menanya Ripin adakah budak-budak itu nak dijadikan anak muridnya.Ripin menyuruh Wak berehat , hari sudah larut, hal budak-budak itu dia akan uruskan esok.

Babak Keempat:
Siak datang ke rumah Tuk Wali dengan cara yg agak kasar, mengajak Tuk Wali berlawan, bersilat. Wak menanyakan sebab Siak hendak berlawan dengannya? Siak memberitahu bahawa Wak menampar anak cucu orang ikut suka hatinya saja. Rupa-rupanya pemuda yang ditampar oleh Wak semalam adalah cucu Siak. Tuk Wali mengambil dua bilah sundang(keris yg bilahnya lebar spt bilah pedang.) Wak memberitahu itu cara dia berlawan, penumbuk kosong mainan budak-budak, Wak mencampak sebilah sundang dan tercacak di tanah, Wak minta Siak mengambil sundang itu dan mereka boleh mula berlawan.
Mak Umi keluar dan nampak Wak dan Siak siap berlawan, Siak beritahu walaupun mereka tidak pernah bertemu di gelanggang tetapi Siak tahu semua langkah Wak. Wak pun memberitahu Mak Umi bahawa bekas tunangnya memang benar, Mak Umi keluar menuju ke rumah Ripin.
Pertarungan terjadi antara Siak dengan Wak, Ripin muncul dengan tidak berpakaian lengkap berdiri di tengah-tengah antara Siak dengan Wak. Siak menyerang, Ripin berjaya merampas sundang dan mengunci pergerakan Siak, selepas beberapa ketika baru Ripin lepaskan Siak. Siak mengatakan Wak berlindung dengan kekuatan muridnya, Wak minta Ripin jangan masuk campur dan kembalikan sundang kepada Siak
Ripin memujuk Siak untuk balik, kalau ada masalah, mereka selesaikan secara berunding, Tuk Wali pun mengatakan bahawa Siak sudah lama berdendam dengan Wak, sejak Wak kahwin dengan Mak Umi, semua yg dibuat oleh Wak tidak disenangi oleh Siak, Siak mengumpat, fitnah dan menghasut orang masjid supaya pulaukan Wak. Mak Umi meminta Wak hentikan semuanya, malu, Mak Umi minta Ripin menghantarnya ke rumah Berahim sebab tidak mau melihat dua orang dungun bergaduh. Ripin serba salah, berfikir sejenak pun mengikut Mak Umi.
Tinggal Siak dan Wak di gelanggang, Wak lontarkan sundangnya , Siak yg tidak bersenjata berasa agak gusar pada awalnya, tetapi kemudian beredar dari halaman rumah Wak tanpa sepatah kata. Tuk Wali dgn wajah hampa menjerit sambil melepaskan penumbuk di awangan. Menyisip kembali sundangnya dan duduk di beranda, Tuk Wali tertidur lena hingga datang mimpi yg amat indah
Tuk Wali bermimpi gelanggang dipenuh dengan murid yg lengkap beruniform, murid-murid di tepi gelanggang mengibarkan panji-panji pelbagai warna, bunyi gendang dan gong bertalu-talu, di tengah gelanggang sekumpulan pemuda gagah sedang membuat jurus-jurus yg padu dan hebat, di tengah-tengahnya muncul Tuk Wali dengan tengkolok dan pakaian pahlawan yg cantik berkilauan. Langkah Tuk Wali langkah pendekar.
Babak Kelima:
Tuk Wali masih tidur di beranda, Piee masuk dengan cara mencurigakan, masuk ke rumah, beberapa ketika dia pun keluar melihat Wak masih tidur nyenyak. Piee ke arah dinding beranda, mengambil biola dan salah sebilah keris yg tersisip, lalu melangkah turun, semasa turun, dia terlanggar sesuatu, Tuk Wali terjaga daripada tidur, terus melompat ke bawah lalu menghalang langkah cucunya.
Tuk Wali minta Piee letak balik keris pusaka itu, keris lambang perguruan. Piee pula mengatakan bahawa Tuk Wali melayan dia macam samaph depan orang lain, mengatakan bahawa dia ada maruah, Tuk Wali membalas mencuri keris pusaka ini dikatakan bermaruah? Piee mengatakan Wak sudah tua, tidak ada gunanya keris itu kepada Wak, kalau dijual boleh mendapat beratus ringgit.
Piee menghunuskan keris itu dan menikam Wak bertubi-tubi. Pertikaman hebat terjadi. Piee menjatuhakn biola yg dipegangnya, Tuk Wali mengutip biola itu. Tiba-tiba Piee menerkam dan menikam Tuk Wali, Tuk Wali cuba elak tetapi gagal terkena perutnya, Tuk Wali menyerang dgn cepat dan berjaya merampas keris dari Piee, keris terpacak di tanah, Piee bangkit lalu menyambar biola dan terus melarikan diri.
Tuk Wali mengambil kain dan mengeluarkan serbuk akar kayu dan mengikat perutnya yg luka. Tuk Wali mengambil keris yg terpacak di tanah dan dipegang erat. Tuk Wali menikam dan melibas keris , darah makin banyak keluar dari perutnya, Tuk Wali membuka ikatan, darah makin banyak mengalir, tenaga tuanya tidak mampu membawa dia balik ke beranda, Tuk Wali terbaring di tengah gelanggang.
Ripin sampai dan terkejut melihat keadaan Wak dan bawa Wak ke hospital, tetapi Wak tidak mahu ke hospital. Ripin mengambilkan Wak keris yg terpacak di tengah gelanggang, Tuk Wali memegang keris itu lalu menyerahkannya kepada Ripin menyuruh menjaga keris perguruan mereka lalau mengucap dua kalimah syahadat.
Ripin mendakap Wak sambil meraung, Wak menghembuskan nafas terakhir, Tuk Wali kecundang di tengah gelanggangnya sendiri. Ripin menghunus keris, dia melihat mata keris yg berlumuran darah, menangis dan marah kerana Tuk Wali telah banyak berjasa kepada kampungnya dan Ripin bersumpah akan menuntut bela atas kematian Wak, Ripin menganggap Siak yg membunuh Wak.
Siak dan Imam masuk terkejut melihat Ripin memegang keris dan Tuk Wali terlantar kaku, mereka menyangka Ripin membunuh Tuk Wali.
Imam menanyakan sebab Ripin membunuh Wak, Ripin tidak mempedulikan kata-kata Imam. Siak pula mengatakan bahwa Ripin murid terbaik Wak layak mendapat keris itu tetapi caranya salah. Ripin bangkit dan memandang wajah Siak dengan bengis dan penuh dendam.Ripin mengatakan bahwa Siak telah bunuh Wak. Imam pula meminta Ripin memberikan keris itu kepadanya, keris itu patut diletak di masjid selepas kematian Wak, Ripin tidak berhak atas keris itu.
Ripin curiga mengapa dengan tiba-tiba Imam dan Siak berminat dgn keris itu. Ripin mempersoalkan Siak dan Imam yg sepatutnya risaukan gelanggang Wak tidak berguru, risau siapa yang akan menggali liang kubur Wak, kenapa keris itu pula yg menjadi penting kepada mereka. Mak Umi dan dan Mariam sampai, dan menanyakan siapa membunuh Wak, Siak dan Ripin masing-masing mengatakan pihak lain yg membunuh Wak.
Mariam menanyakan siapa sebenarnya membunuh Wak, Siak mengatakan Ripin, Mak Umi menafikan kerana Ripin menghantar Mak Umi ke rumah Berahim ketika Siak sedang berlawan dgn Wak. Ripin meluru ke arah Siak yg mau melarikan diri, Imam cuba menghalang Ripin
Epilog: siapakah pembunuh Wak yg sebenarnya? Syafiee, si penagih dadah?, Ripin atau Siak atau anda semua? Ramai Tuk Wali yg telah gugur kecundang di bumi tercinta ini? Apakah kita masih mahu terus menjadi penonton kepada semua ini? Siapakah daripada generasi ini yg akan meneruskan gelanggang Tuk Wali?


1996 Perpustkaan Negara kajian- 2 buah buku
2010, secara purata rakyat Malaysia membaca 7-8 buah buku

No comments:

Post a Comment