Drama 2: Forum Remaja 2020
Misi kedatangan MU1 dan MU2 (Makhluk Asing dari Planet Utopia) ke Malaysia didorong oleh rasa tanggungjawab moral yang kuat untuk memperingatkan makhluk bumi bahawa betapa situasi kini sudah mencapai tahap yg cukup kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia berjumpa dengan tiga orang pelajar yg bernama Salmah, Chandran dan Chong. Apabila ditanya mengapa Malaysia dipilih, makhluk Utopia memberitahu bahawa Malaysia mempunyai beberapa potensi yg boleh dimajukan untuk dijadikan sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Salmah, Chong dan Chandran berasa bahawa Malaysia sudah mencapai taraf yg boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun, tetapi MU berasa itu cuma perasaan mereka sahaja belum cukup memuaskan untuk dijaddiakn model kepada dunia. Salmah, Chandran dan Chong cuba mempertahankan pendapat mereka dgn mengatakan bahawa Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional. Satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenarkan untuk dipraktikkan. Satu kebudayaan nasional yg mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia, mereka hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah, makanan saja sudah cukup menjadi bukti, contohnya, kalau orang India makan roti canai, orang Cina dan orang Melayu pun makan roti canai. Kalau orang Cina makan kuetiau, orang Melayu dan orang India pun makan kuetiu, kalau orang Melayu makan sambal belacan, orang Cina dan orang India pun makan sambal belacan. Mereka ada etika kerja yg berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Mereka ada DEB(Dasar Ekonomi Baru) untuk menyusun semula masyarakat secara adil. Ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat Malaysia.
Walaupun begitu, MU mengatakan itu hanya impian sahaja, Salmah, Chandran, dan Chong bahawa itu bukan lagi impian tetapi telah dipraktikan, Buktinya Jambatan Pulau Pinang, salah satu jambatan yg terpanjang di dunia. Kereta Nasional: Proton, yg melambangkan identiti nasional. Lebuh raya nasional dalam pembinaan. MU mengatakan bahwa itu usaha generasi sebelum Salmah, Chong dan Chandran, generasi mereka (Salmah, Chong, Chandran) belum membuat apa-apa lagi.
Chong berasa membazirkan masa dan berasa ragu akan hujah MU. MUII meminta Chong bersabar, jangan terburu-buru, orang yg cepat emosional tidak matang dan berbahaya kepada bangsa dan negara, sambung MUI bahawa itu apa yg diucapkan sebentar tadi hanya ujian dan memuji Chong bahawa cintanya terhadap Malaysia sungguh mendalam, itu satu petanda yg baik tetapi perasaan cinta saja tidak mencukupi. MUII mengatakan bahawa sebagai orang muda, mereka perlu menghadapi dan menjalani banyak ujian, barulah ketahanan diri dapat dibina, akhirnya dapat menjamin ketahanan bangsa dan negara.
Apabila ditanya mengapa MU memilih mereka, kerana mereka mewakili generasi muda yg merupakan bahagian besar penduduk negara ini, Apabila ditanya mengapa mereka bertiga yg dipilih, kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara Malaysia. SCC, berasa bangga dan seronok tetapi ditegur oleh MU bahawa mereka belum menjadi pemimpin, sebagai pemimpin mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran, mengatakan bahawa generasi muda iaitu generasi SCC sedang mengalami suatu era kritikal baik dari segi moral, sosial mahupun mental. Salmah berasa MU menghina mereka, tetapi MU mengatakan bahawa itu kenyataan, kehidupan moden hari ni semakin menjadi materialistik yg sedang menyerang masyarakat manusia seluruh dunia, yg menjadi mangsanya generasi muda. Dari radio, tv, bacaan, tiap-tiap hari tersiar berita keruntuhan moral generasi muda. Generasi muda tidak tahu dan tidak mahu menghormati orang tua, tidak menghormati guru, tidak menghormati sesama manusia dan tidak menghormati diri sendiri, semuanya berpunca daripada kelonggaran kepercayaan keagamaan, punca utama kemerosotan moral dalam kalangan belia. Apabila sudah tidak takut kepada Tuhan, setiap yg dicipta tasa nama tamadun menjadi sia-sia belaka, kerana tidak ada sesiapa yg mahu menghormatinya.
Prestasi yg Malaysia capai itu, tidak bermakna lagi. Chandran berpendapat generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa yg berlaku pada generasi mereka hari ini, segala sesuatu yg negative yg berlaku atas generasi mereka ialah hasil asuhan golongan dewasa, merekalah yg harus dipersalahkan. MU mengatakan tidak boleh menyalahkan golongan dewasa semata-mata dan mengatakan perbuatan salah-menyalah ialah kerja sia-sia. Yang penting kita semua belajar daripada kesalahan, jangan sekali-kali mengulangi kesalahan.
MU mengucapkan selamat tinggal tetapi mengagumi semangat keberanian, semangat gigih dan kental SCC dan meminta mereka merenung dan praktikkan apa yg telah dikemukakan oleh MU.
Setelah MU beredar, SCC seperti mengalami mimpi aneh, tetapi tidak mungkin mereka bertiga bermimpi yg sama. Chong masih ragu, Chandran pula berasa pening dan Salmah yakin dengan apa yg telah berlaku. Chong berpendapat mungkin MU itu berlakon, sekarang ini macam-macam perkara boleh berlaku, banyak orang pandai berlakon, lakonan bukan di atas pentas sahaja, boleh berlaku di mana-mana. Salmah mempertikaikan keraguan Chong sebab Chong tidak suka dikritik oleh itu dia berasa ragu, Salmah mengatakan mereka harus sanggup dan berani menerima kritikan, bangsa yg maju ialah bangsa yg sanggup berdepan dengan kritikan, kita harus bijak mengkritik dan juga dikritik.
Chong minta dilupakan kerana mereka masih merupakan pelajar, tanggungjawab pelajar adalah untuk belajar, Salmah mengatakan bahawa apa yg dikatakan oleh MU ada kebenaran dan mengajak CC untuk merenung kembali peristiwa yg berlaku. Ada satu hujah yg menarik hati Salmah, mengenai keagamaan, ketuhanan, walaupun mereka beragama, tetapi agama hanya pada nama saja, tidak menjalani kehidupan beragama sepenuhnya, sebenarnya agama harus diutamakan.
Chong mengatakan bahwa agama juga boleh disalah gunakan,Chandran bersetuju dan mengatakan bahawa agama kalau disalahgunakan akan mengongkong dan menyempitkan fikiran serta berbahaya kepada umat manusia. Oleh itu, kata Salmah agama mestilah dipraktikkan dengan fikiran yg rasional, dan dengan niat yg ikhlas dan suci.
Chong mengatakan bahawa seseorang itu boleh memiliki ilmu setinggi-tingginya tapi tanpa pegagangan agam yg kukuh, kepandaian boleh memusnahkan segala-galanya. Salmah pula mengatakan bahawa kepandaian tanpa agama adalah kepandaian yg sia-sia, sombong, oportunis, hipokrit, korupdan lain-lain yg negatif.
Sebagai bakal pemimpin, mereka (SCC) harus merancang strategi kepimpinan dalam merealisasikan apa-apa yg disebutkan oleh dua makhluk Utopia itu: caranya ialah:
1. Mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda kita
2. Disiplin generasi muda harus diperkemas, tanpa disiplin yg kukuh, sesuatu yg dirancang tidak dapat digerakkan dengan berkesan
3. Perpaduan mesti dieratkan , bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, dan mereka perlu mulakan sekarang.
No comments:
Post a Comment