Prosa Tradisional 2: Merah Silu
Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong, tidak berapa lama, Puteri Betong hamil melahirkan seorang anak lelaki diberi nama Merah Silu. Kemudian Puteri Betong hamil lagi lahir seorang anak lelaki diberi nama Merah Hasum.
Puteri ada sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tidak diketahui oleh suaminya sehingga satu hari, terlihat oleh suaminya ketika puteri menyikat rambut. Merah Gajah ingin membantun(mencabut) rambut sehelai itu
Jawab puteri, jika rambut itu dicabut tentu dia akan bercerai dengan suaminya.
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambutnya, tidak dibenarkan oleh puteri. Suatu hari, semasa puteri sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang keemasan itu. Baginda meyangkat tidak ada apa-apa akan berlaku, apabila rambut dicabut, keluarlah darah dari liang rambut, sebaik sahaja darah berhenti mengalir, Puteri Betong pun hilang
Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad bahawa puterinya telah hilang kerana dicabut sehelai rambut di tengah kepala oleh Merah Gajah. Setelah Raja Muhammad mendengar khabar hamba itu baginda berasa amat marah.Baginda menghimpunkan semua askar pergi mendapatkan Merah Gajah dan membunuhnya.
Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad bahawa anaknya mati dibunuh oleh bapa mentuanya kerana mencabut sehelai rambut di tengah kepala Puteri Betong, pada Merah Gajah tidak akan mati Puteri Betong disebabkan rambut yang berwarna keemasan itu dicabut.
Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad terlalu marah, dengan serta mereta baginda menghimpunkan semua askar lengkap dengan segala senjata
Pada masa yg sesuai, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Bunyinya sangat kuat dan didengar oleh rakyat. Askar kedua-dua pihak banyak yg mati dan luka kerana beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, Rajah Muhammada dan Raja Ahmad mati.
Tinggal Merah Silu dan Merah Husam berdua dan saki baki rakyat yg hidup. Mereka menyembah akan taat setia kepada kedua-dua anak raja itu untuk terus tinggal di negeri itu.
Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu memberitahu Merah Hasum bahwa tidak ada makna mereka tinggal di negeri itu kerana nenek dan ibu bapa mereka telah hilang dalam negeri Semerlanga ini. Kalau mereka tinggal di negeri ini tidak akan memberi manfaat, lebih baik mereka berpindah dari negeri ni dan mencari tempat yang boleh diduduki.
Setelah sepakat, pada masa yg sesuai, mereka pun keluar dari negeri Semerlangga ikut arah matahari terbenam. Mereka berhenti di sebuah tempat, kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Tuhan mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.
Pada suatu hari, Merah Silu bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orang membuat bubu. Setelah siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai utnuk menahan bubunya.
Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya, didapati bubunya dipenuhi oleh cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing dan memasang bubunya semula. Pada keesokan harinya dia pergi melihat bubunya, begitu juga, bubu itu penuh dengan cacing. Dibuang cacing, dan dipasang bubu itu lagi. Keesokan hari, bubunya masih dipenuhi oleh cacing.
Merah Silu berfikir dalam hatinya, cacing itu mungkin kurniaan Tuhan kepadanya.
Cacing itu dibawa pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Direbus semua cacing itu. Dengan takdir Tuhan, semua cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak
Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurniakan Tuhan emas dan perak. Mereka memberitahu bahawa Merah Silu membawa pulang cacing gelang-gelang yg masuk ke bubunya dan direbus cacing itu, Merah Hasum diam tidak berkata apa-apa.
Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya supaya mencari muslihat menangkap kerbau jalang yg tidak berguna kepada mereka. Merah Silu mau kerbau itu.
Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak supaya membuat anderak(lubang) besar. Besarnya lubang itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah mulut lubang itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut lubang itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk atau keluar. Pintu lubang itu disumbat dengan segumpal tanah.. pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yg di dalam anderak itu dijinakkan dnegan mencucuk hidungnya.
Sampailah berita itu kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yg tidak disukai oelh orang ramai. Tempat itu dinamakan Kerbau Kampung.Merah Hasum memanggil seorang hamba suruh pergi memberitahu Merah Silu mengapa Merah Silu bermain binatang yg tidak berguna kepada orang yang banyak itu, membawa malu saja, kalau Merah Silu tidak mendengar kata Merah Hasum, hilanglah dia dari negeri ini, jangan Merah Silu duduk bersama-samanya.
Hamba Merah Hasum menyampaikan nasihat itu kepada Merah Silu, setelah mendengar, dan menimbangkan kata-kata Merah Hasum, Merah Silu berfikir dalam hatinya Kalau begitu kata Merah Hasum, baiklah dia akan mencari tempat tinggal.
Pada hari yg baik, Merah Silu pun berjalan meninggalkan kampung itu, dibawanya segala harta dan kerbaunya. Kira-kira 7 orang yg membawa senawat(cemeti daripada rotan untuk menyebat kerbau). Bukit yg dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan. Tidak berapa lama berjalan, Merah Silu sampai di hulu Sungai Pasangan, lalu di simpang di hulu Karang. Merah Silu pun tinggal di negeri itu.
Setelah tinggal beberapa lama di dalam negeri itu , padang di situ habis dimakan oleh kerbau, demikian juga pisang orang di situ. Orang di dalam negeri menanya binatang apa yang dibawa Merah Silu, habislah tanaman mereka musnah dimakan oleh binatang itu. Kalau demikian, Merah Silu jangan tinggal bersama mereka.
Merah Silu menyuruh mereka bersabar sementara dia mencari tempat tinggal yg lain
Merah Silu pergi mencari tempat yg lain, dia berjalan ke mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Kata Megat Iskandar kepada Merah Silu apa permintaan Merah Silu kepada Megat Iskandar.
Merah Silu memberitahu bahawa dia tidak ada tempat tinggal, oleh itu dia meminta Megat Iskandar memberinya tempat tinggal
Megat Iskandar mengajak Merah Silu tinggal bersamanya ,ladang di sini luas, dan banyak tempat untuk kerbau makan.
Merah Silu memberitahu jika Megat Iskandar sayang akan dirinya apa salah kalau Megat Iskandar menjadi bapanya.
Merah Silu pun mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya dibawa ke Buluh Telang. Merah Silu tinggal di situ
Merah Silu sangat suka menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yg kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka balik, Merah Silu memberi mereka seekor kerbau. Orang yg datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah ialah kakanda kepada Sultan Maliku’I-Nasar di Rimba Jerun. Semua rakyat serta kedua raja itu sayang akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh semua rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskanar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar apa pandangan mereka terhadap Merah Silu. Pada pandangan Megat Iskandar adalah baik jika mereka jadikan Merah Silu raja kerana memang pun asalnya Merah Silu raja, lagipun Merah Silu hartawan, dapat mereka menumpang bersuka kepada Merah Silu
Antara yg hadir, ada seorang bernama Tun Aria Benong, dia tak mau Merah Silu dijadikan raja katanya jikalau Merah Silu menjadi raja, tentu anak cucu mereka diperintah oleh Merah Silu
Megat Iskandar bermuafakat dengan semua orang dan baginda tetap hendak merajakan Merah Silu, lalu Merah Silu diangkat menjadi raja.
Setelah Merah Silu menjadi raja, datang Sultan Malaiku’I-Nasar ke Rimba Jerun, maka Merah Silu berperang dengannya. Sultan Maliku berundur ke sebuah negeri bernama Benua lalu dia bertahan dan berbuat istana. Beberapa lama Sultan Maliku tinggal di situ, pada suatu hari, datang Merah Silu memerangi Sultan Malaiku lalu Sultan Malaiku berundur ke rimbanya. Merah Silu menamakan tempat itu Pertama Terjun. Sultan Maliku berundur lagi dan sampailah di sebuah negeri, dan membuat istana di negeri itu.
Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu mengetahui bahawa Sultan Malaiku berhenti di suatu tempat dengan semua hulubalangnya dan rakyat. Merah Silu memerangi Sultan Malaiku, ramai orang mati dan luka. Sultan Maliku berundur dan melepaskan diri ke Gunung Telawas lalu dikepung oleh Merah Silu. Sultan Malaiku dapat melepaskan diri daripada kepungan itu. Tempat itu dinamakan Kubu dan kekal hingga sekarang. Sultannya pun berpindah ke suatu negeri, sampailah di suatu jurang yg picik (tidak luas) lagi dalam dan kersang(kering). Dinamakan negeri tu Pekersang. Sultan Malaiku terus berundur ke Kumat.
Beberapa lama Sultan Malaiku duduk di Kumat dengan segala hulubalang dan rakyat, lalu mereka membuat kota. Setelah kota siap diperbuat, sampai khabar kepada Megat Iskandar. Megat Iskandar pergi ke Kumat lalu berperang. Banyak hulubalang yg telah mati dalam peperangan itu. Sultan Maliku kalah dan segala rakyat serta askar tidak diketahui mana perginya. Antara hulubalang itu ada seorang bernama Tun Arian Benong yg lari ke negeri Barus. Apabila tiba di Barus, dia ditangkap oleh Raja Barus.
Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.
No comments:
Post a Comment