I)Cerita bermula dengan pentas kosong, penonton meniggalkan panggung dan penjaga panggung membersihkan dan menyusun ratusan kerusi yang tidak teratur selepas penonton meninggalkan panggung. Semasa menyusun kerusi, si penjaga panggung teringat akan persembahan si hero dalam cerita yang dipersembahkan yang sememangnya hebat. Kemudian, dia teringat akan isteri dan 10 orang putera dan puterinya, teringat akan tempat tinggalnya di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk. Hinggakan penjaga panggung bercakap dengan kerusi yang disusunnya bahawa setiap malam dia menyusun kerusi seperti dia menyusun mimpinya agar dapat menjadi hero, sudah tentu isteri dan anak-anaknya akan bahagia dan dia merasakan kerusi-kerusi itu mengejeknya yang mimpi siang.
II) suatu pagi isteri penjaga panggung menanyakan sampai bila penjaga panggung akan menjadi penjaga panggung, jawabnya hingga hero mati, kalau hero tak mati-mati, panggung tempat dia bekerja dirobohkan, penjaga panggung akan mencari panggung lain, isterinya mengatakan bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan yang sebenar. Si penjaga panggung memberitahu isterinya bahawa sebenarnya dia mencari sesuatu di panggung itu, kemudian dia melihat anaknya bermain gasing kemudian memandang ke arah jam dinding, jam itu masih berkilat,masih liat jarum minit dan saatnya, masih setia mengharungi siang yang resah, malam yang gelisah. Masih,………..
III) Suatu petang, ke panggung walaupun tidak bertugas kerana keinginan untuk bertemu dengan hero, nasib baik ketika itu para pelakon sudah habis latihan dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero dan berjabat tangan dengannya. Si penjaga panggung memuji kehebatan hero tetapi hero mengatakan bahawa dia hanya hebat berlakon sahaja tidak dalam kehidupan sebenar. Sudah menjadi tanggungjawab hero sebagai pelakon untuk berlakon dengan kerana amanah sutradara(pengarah) dan harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara.Penjaga panggung merasakan hero tidak suka dipuji, pada hero pujian itu kadangkala merupakan racun paling berbisa, setiap pujian yang diterima, bermakna hero harus bersiap sedia untuk berperang dengan dirinya sendiri.Hero mengatakan bahawa dia harus melembutkan sukmanya yang ada kalanya serakah untuk meleburkan diri ke kawah lupa diri, si penjaga panggung tidak faham, tetapi hero enggan menjelaskannya dengan lebih lanjut dan ingin pulang, sebelum itu, si penjaga panggung mengatakan bahawa sebenarnya dia ada satu perkara yang ingin diajukan iaitu sama ada hero memang berminat untuk menjadi hero. Jawapan hero ya, tetapi tidak semestinya menjadi hero. Si penjaga panggung kurang faham akan maksud hero, hero menerangkan bahawa kalau si penjaga panggung berminat untuk memancing atau menangkap ikan, apakah kerana minat itu si penjaga panggung harus menjadi nelayan? Si penjaga panggung mengatakan kenyataan hero memeningkannya, Hero menyuruh SPP (Si penjaga panggung) berhenti memujinya sebaliknya memuji dirinya sendiri. Hero mengatakan bahawa sebenarnya kita selalu lupa akan kenyataan yg membeliti hidup kita sebenarnya, kita lebih terkesima akan sesuatu yg lahirnya tampak cemerlang , walhal sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak lalu menyuruh SPP jangan menjadi lalat dan gagak. SPP bertambah bingung. Hero mengatakan bahawa kehidupan ini seperti sandiwara meminta SPP kembali kepada dirinya sendiri dan bahawa kehidupan di luar panggung lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. Hero menanyakan SPP sama ada dia ingin menjadi hero seperti hero yg diberi kepercayaan memegang watak hero, pada mulanya SPP mengatakan tidak kemudian apabila diminta bercakap benar, SPP mengaku. Hero menasihati SPP agar berhenti mengaguminya dan menjadi penonton yang tahu tempat sebenarnya dia berpijak, kemudian hero meninggalkan panggung.
IV) malam itu, setelah sandiwara tamat, SPP duduk di kerusi, tidak seperti biasa dia langsung tidak bernafsu untuk menyusun kerusi sebaliknya kata-kata si Hero masih terngiang-ngiang di telinganya. Jam di belakang pentas menunjukkan 12 tengah malam, lalu SPP bangun mengibaratkan dirinya seperti gunung berapi yang sudah lama seperti dungu dan diam sahaja menerima segala macam cuaca di sekelilingnya, inilah masanya gunung berapi ini memuntahkan laharnya, lalu SPP pun mencapai sebuah kerusi lalu dilemparnya ke dinding, satu demi satu. Tiada sesiapa yang tahu, jam di belakang pentas berdentang lagi, SPP tidak ambil peduli ketika gunung berapi miliknya itu benar-benar meletus sekarang.
Watak :
Si Hero
Si Penjaga Panggung:
Isteri Penjaga Panggung:
Rumah Penjaga Panggung
-rumah kecil
No comments:
Post a Comment