Cerpen 6 : Tanggar Amanat
Cerita tentang Hawa yang enggan mendengar nasihat suaminya untuk berpindah . Hawa enggan berpindah kerana memikul tanggar amanat warisan menjejak waris Ahmad Abdullah di Yellowstone. Suaminya Adam memujuk Hawa untuk berpindah kerana Yellowstone sudah tidak selamat akan memuntahkan lava pada bila-bila masa.Adam mencadangkan Hawa berpindah untuk memulakan sesuatu yg baru dan lebih mencabar. Suaminya Adam gagal memujuk Hawa lalu keluar dari rumah.Kemudian Hawa mendengar ada suara bayi memberikan salam kepadanya memanggilnya bonda, suara itu amat perlahan, mendesis telinganya,Hawa berpaling tidak ada sesiapa melainkan objek 12cm. Hawa mendekati seketul objek 12cm itu yang terapung sepertinya, ada tangan, ada jari ada kaki, uratnya jelas dan berambut sedikit, rupa anak manusia. Bonda, Hawa mendengar panggilan itu lagi, sudah lapan tahun Hawa menunggu panggilan keramat itu dengan kesabaran. Sekian lama, Hawa berharap dapat mengembangkan waris Ahamd Abdullah daripada rahimnya sendiri. Baru kali ini dia hamil dan berharap hampir 5 bulan lagi, zuriatnya selamat dilahirkan.
Keistimewaan pertalian anak dengan emak boleh mendengar suara hati dan suara akal anak dan sebaliknya. Zuriat Hawa ini merupakan generasi kelapan Ahmad Abdullah. Hawa kagum melihat janin dalam rahimnya. Anakandanya menerangkan perjuangan anaknya bermula dari ovum meredah ovary yang tertutup rapat, memecahkan kulit ovum, menarik perhatian spermatozoa, dan akan terus berjuang untuk hidup mememuhi hasrat ibunya mengembangkan empayar Ahmad Abdullah. Anak dalam kandungan Hawa memberitahu bahawa dia akan bersama-sama dengan ibunya berjuang tetapi bukan di Yellowstone, di tempat lain tetapi Hawa menyatakan kasihnya di Yellowstone, anaknya mengatakan bahawa Yellowstone akan ditimpa musibah, Hawa mengatakan bahawa itu cuma khabar angin. Anaknya meminta Hawa mendengar kalimah mulia dalam tubuh dirinya kalimah itu dari jantung Hawa yang sentiasa mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan akui bahawa Tuhan mampu melakukan apa-apa saja. Warganegara AS berbondong-bondong meninggalkan AS, yang miskin pula merompak dan menyamun kerana perlukan duit untuk keluar dari AS. Anaknya menanya kenapa Hawa tidak ikut? Hawa bertanya kepada anaknya bagaimana dia tahu, anaknya memberitahu bahawa apa yang difikirkan oleh ibunya, anakandanya akan tahu.
Hawa menjelaskan bahawa nendanya berpesan tinggal di Yellowstone untuk menjaga sayap niaga warisan berzaman. Akauntabiliti Hawa di Yellowstone, nenek moyang anaknya Ahmad Abdullah dan Maria de Cruz Abdullah bermula dengan chalet di pinggir jalan menuju Gibbon Waterfall, kemudian merebut ruang di Canyon Village, Mammoth Hot Springs, Jackson City, Hayden Valley. Hawa merebut ruang di Devils Tower. Hawa memberikan kursus motivasi kepada rata-rata orang putih, cukup membanggakan kerana orang putih dimotivasikan oleh keturunan Melayu Ahmad Abdullah.
Anaknya meminta Hawa patuhi pujukan Adam kembali ke Malaysia. Hawa mengatakan bahawa perusahaan turun-temurun di Yellowstone. Anaknya memberitahu bahaw bondanya boleh usahakan bidang lain, di tempat lain meski cabaran dan tentangannya berbeza. Mempersoalan tindakan bondanya yang masih mahu alirkan keuntungan ke dalam peti negara yang angkuh dan membiayai Israel yang memusnahkan negara-negara Islam. Anaknya mengatakan Hawa membiayai penumpasan saudara seagama sendiri, Hawa terdiam. Anakandanya mengatakan Yellowstone akan meledakkan kemarahannya.
Hawa mengatakan bahawa lari dari Yellowstone belum tentu selamat kerana jangkaan geologis bahawa letupan itu akan menyebabkan suhu dunia tidak menentu, awan tebal menghalang pancaran matahari ke bumi dan hujan asid akan melanda. Anaknya mengatakan bahawa mungkin mereka antara yang akan terselamat dan memberitahu bahawa kata bapanya Adam adalah benar bahawa lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain adalah satu usaha. Allah menggesa umatnya berikhtiar, kalau Ahmad Abdullah masih hidup, dia akan menyuruh bonda menyelamatkan keturunannya kerana zuriat Hawa ialah harta warisan yg paling berharga. Anaknya telah berjuang untuk membentuk diri manusia, minta Hawa memberi peluang kepadanya untuk menjadi insan. Tiba-tiba air berkocak, Hawa mendengar namanya di panggil, itu suara Adam suaminya. Hawa berjanji akan menjadi isteri yang taat setia dan ingin memberitahu Adam bahawa anak mereka seorang awang rupa-rupanya
No comments:
Post a Comment