Sunday, January 23, 2011

cerpen 2: Pungut @Yap Siew Hong@Zahara

Sinopsis

Bermula dengan pengarang mengisahkan dan menggambarkan watak dan perangai seorang kanak-kanak yang berulang-ulang dan menyatakan bahawa sesiapa yang melihatnya pasti merasakan bermacam-macam kesan:

Kesan 1: terperanjat
Kesan 2: timbul rasa belas kasihan kerana melihat makhluk Tuhan yang cacat begini
Kesan 3: merasakan kekuasaan Tuhan menciptakan hambanya

Kemudian, tentang Mak Timah yang menguruskan Zaharah setiap hari, memandikan dan membersihkan najis dan air kencing serta menyuapkan Zaharah yang sudah berusia 24 tahun tetapi tidak tahu makan sendiri. Mak Timah menggelarnya Pungut. Pengarang menceritakan nasib Zahara semasa lahir, doktor mengatakan dia tidak akan hidup lama paling lama pun satu atau dua tahun sebab jantung kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi dengan kuasa Tuhan Zahara tak mati, Mak Timah menganggap sebab Tuhan ingin menguji kesabarannya menjaga Zahara. Setelah Pungut dimandikan, Mak Timah menyuapkan Pungut. Pada masa itulah Mak Timah membayangkan kisah yang berlaku 24 tahun yang lalu. Bibik, jiran rumah Mak Timah tergesa-gesa ke rumah Mak Timah memberitahu bahawa Siew Lan sudah melahirkan anak, Mak Timah menanyakan jantina anak itu, Bibik memberitahu anak perempuan tetapi mengatakan bahawa mereka tidak suka akan anak perempuan lebih-lebih lagi anak macam buah betik. Anak itu hanya dua paun setengah, macam buah betik ditahan di hospital selama 2 minggu. Bibik menceritakan kisah Siew Lan yang pergi berjumpa dengan datok, menurut datok anak kandungan Siew Lan itu tak guna, bawa sial. Bibik menceritakan kepercayaan orang Cina yang berjumpa dengan loktang untuk mengetahui nasib anak yang bakal lahir. Selepas 2 minggu, Siew Lan pulang ke rumah, Mak Timah menziarahinya dan betul apa yang dikatakan oleh Bibik anak Siew Lan itu macam sebiji buah betik, kecil dan halus. Selepas seminggu, Bibik datang ke rumah Mak Timah lagi memberitahu bahawa Siew Lan tidak suka akan anaknya yang baru dilahirkan, kata Siew Lan kalau tidak ada orang mahu anak itu, dia akan buang anak itu. Anak Mak Timah, Munah dan Khatijah merengek dan menyuruh Mak Timah mengambil budak itu tambahan pula Mak Timah berasa kasihan terhadap budak itu dan memikirkan pahala yang diperoleh jika dia bela budak itu, anggapannya kalau budak itu dibela dengan baik akan besar juga nanti budak itu. Bibik berjanji kalau Mak Timah mengambil anak Siew Lan, mereka akan bayar duit angkat sumpah dan memberi duit seratus lima puluh ringgit kepada Mak Timah. Akibat hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Suami Mak Timah juga bersetuju, lalu mereka ke mahkamah membuat surat sumpah, rasmilah anak Siew Lan menjadi anak angkat Mak Timah, namanya Zahara bt Muhamad alias Yap Siew Hong, gelarannya Pungut sahaja. MakTimah tidak menyangka Pungut akan dewasa seperti sekarang, Mak Timah ingat Pungut akan membesar seperti manusia biasa seperti gadis-gadis lain walaupun dilahirkan tidak cukup bulan tetapi Pungut cacat segala-galanya. Harapan Mak Timah supaya Pungut besar dan bekerja untuk membantunya, menjaganya, apabila dia tua hampa. Sebaliknya Mak Timah yang perlu menjaga Pungut. Mak Timah pernah membawa Pungut berjuma dengan Bomoh Dollah kira-kira 20 tahun lalu, kata Bomoh Dollah, Pungut terkena patung, cerita sama dengan cerita Bibik yang mengatakan Siew Lan pergi tengok wayang patung selepas berjumpa dengan loktang semasa mengandungkan Pungut, bentuk tubuh Pungut macam patung, dan kelakuannya sama macam loktang. Kemudian, Mak Timah menyuap Pungut yang lapar dengan secawan teh susu dicecah roti, Pungut menelan macam ular sawa, Mak Timah berdoa saban hari agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dulu, baru nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapa yang sanggup menjaga Pungut, tidak ada sesiapa yang sanggup membersihkan najis dan kencing Pungut. Anak-anaknya sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri tambahan pula mereka berasa geli untuk mendekati Pungut. Mak Timah akan berleter dan menyeranah, dan memaki Pungut apabila dia sakit kerana masih terpaksa bangun untuk membersihkan Pungut dan memberi makan Pungut. Disebabkan Pungut, Mak Timah tidak dapat ke mana-mana walaupun ke rumah anak-anaknya. Mak Timah duduk bersama anak lelakinya, mereka selalu bertengkar disebabkan Pungut, anak lelaki mahu Pungut dihantar ke rumah orang-orang cacat kerana tidak ada guna bela Pungut yang menyusahkan kerana tidak boleh bekerja untuk membantu keluarga tetapi Mak Timah enggan kerana pada pendapat Mak Timah orang zaman sekarang pentingkan duit saja, tidak ikhlas memelihara anak, inginkan balasan daripada anak. Setiap kali anak lelaki mencadangkan Pungut dihantar ke rumah orang cacat, Mak Timah akan membantah kalau anaknya hendak hantar perlu tunggu Mak Timah mati dulu, selagi Mak Timah larat dia akan pelihara Pungut kerana sudah 24 tahun Mak Timah berbuat begitu, kata Mak Timah, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Mak Timah memandang wajah Pungut akan banyak persoalan timbul dalam pemikirannya:
1. Mengapakah Tuhan mencipta manusia seperti Pungut di dunia ini?
2. Mengapakah Tuhan membiarkan manusia secacat ini di dunia?
3. Mengapakah Tuhan membiarkan manusia secacat Pungut ini hidup lebih lama?
4. Mengapakah Tuhan mengambil nyawa orang-orang yang tidak cacat?
5. Mengapakah Tuhan mencabut nyawa orang-orang yang seharusnya hidup lama kerana mereka berguna kepada bangsa dan negara?
6. Mengapakah manusia-manusia yang begini mati cepat?tetapi manusia secacat Pungut ini dibiarkan hidup lama menderita di dunia?
7. Mengapakah manusia pekak, bisu, tidak tahu makan sendiri, berak dan kencing dalam seluar sendiri, tidak tahu apa-apa pun tentang dunia ini dibiarkan hidup selama 24 tahun di dunia ini?
8. Mengapakah ini tejadi?
9. Apakah di sebalik semua kejadian manusia cacat seperti Pungut ini?
Puas Mak Timah memikirkannya tetapi tidak mendapat jawapan, kemudian Mak Timah meletakkan mulut gelas ke bibir Pungut. Pungut tidak berbuat apa-apa.Air teh meleleh tumpah daripada mulut Pungut membasahi bajunya. Pungut mengulangi kelakuannya…melihatkan keadaan Pungut, Mak Timah berdoa kepada Tuhan supaya mengambil nyawa Pungut sebelum mengambil nyawanya supaya Pungut tidak menderita.

Kelakuan Zahara:
Berputar-putar, berpusing-pusing , menggoyang-goyangkan kepala, mengeluarkan bunyi macam nyamuk, kemudian meluru masuk di biliknya, duduk di bangku yang disediakan oleh Mak timah, bermain-main dengan jarinya sendiri, bangun keluar bilik dan masuk.

Persoalan:
Kepercayaan karut: Siew Lan yang pergi menilik nasib anaknya yang bakal lahir sama ada baik atau tidak

Watak: Yap Siew Hong / Zahara bt Muhamad
Tubuh kecil macam lidi
Tinggi kira-kira 0.6 meter.
Usia 24 tahun, dilahirkan pada 1957
Sudah anak dara jika tidak cacat
Pekak, bisu, dan tidak mengerti apa-apa
Tak tahu makan sendiri
Berak, kencing di situ
Tidak diberi makan pun, tak tahu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sendiri
Mak Timah memberi gelaran Pungut kepadanya
Nama sebenarnya : Zahara
Nama asalnya: yap siew hong
Dipanggil Pungut oleh Mak Timah dan anak-anak

Watak :

Mak Timah: emak angkat Zahara atau yap siew hong
Ada tiga orang anak, iaitu Khatijah, Munah dan seorang anak lelaki yang tinggal bersamanya
Penyayang: menjaga Zahara walaupun cacat dan terencat akal
Sabar dan tabah: membersihkan dan memandikan Zahara yang buang air kecil dan buang air besar walaupun dia sakit, menyuapkan Zahara
Kuat agama: selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Zahara dulu kerana takut tidak ada orang akan menjaganya
Penyayang: tidak mahu menghantar Zahara ke rumah orang-orang cacat walaupun didesak oleh anak lelakinya
Belas kasihan: Mak Timah berasa kasihan apabila mendapat tahu Siew Lan ingin membuang anaknya yang cacat.

Bibik
Tauke rumah sewa Mak Timah, berketurunan Cina peranakan pandai berbahasa Melayu

Suami Mak Timah: bersetuju mengambil Yap Siew Hong sebagai anak angkat


Siew Lan: anak Bibik yang tua, ada 6 orang anak, 5 sihat, seorang cacat, tidak suka akan anaknya yang cacat dan kalau tidak ada orang mahu anak itu, anak itu akan dibuang

Munah dan Khatijah
-anak Mak Timah yang mahu Yap Siew Hong diambil sebagai anak angkat oleh Mak Timah
-sudah berkeluarga dan tidak tinggal bersama Mak Timah

Gaya bahasa
Pengaruh bahasa Hokkien : sueh (m/s 139), loktang
Simile: macam anak patung (m/s 140)

No comments:

Post a Comment