Sunday, October 20, 2013

Tajuk 1 Karangan Umum Percubaan Negeri-negeri lain 2013

Tajuk 1 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
Kedah
Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
Kelantan
Sekolah anda menganjurkan “ Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”. Berikan pendapat anda tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut
Melaka
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap anak mesti melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa. Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
MRSM
Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
Negeri Sembilan
Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.
Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru.
Pahang
Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda
Perak
Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian.
Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian
Pulau Pinang
Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dillaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan di Malaysia lebih menarik.
SBP
Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila
menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.
Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut
Selangor
Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional warisan nenek moyang mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan pelestarian kebudayaan tersebut.
Terengganu
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Hari Kokurikulum yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya.


Tuesday, October 8, 2013

Koleksi Soalan Tatabahasa Percubaan SPM Bahasa Melayu 2013

Soalan Tatabahasa Percubaan SPM BM Negeri-Negeri lain 2013
Johor -2013
Pendapat – bersependapat
Prihatin –keprihatinan
Sejuk – kesejukan
 SBP-2013
Mengupas –mengelupas
Bercanggah – berceranggah
Menjajah - menjelajah

Kedah-2013
Menahan
Menuntut
Menarik
(setiap kata bina 2 ayat)                                                   
N9-2013
(i) ambil alih
(ii) daya usaha
(iii) campur tangan
(iv) lipat ganda
(v) ramah mesra
(vi) luar biasa
 Terengganu-2013
Tunjuk
Penunjuk
Petunjuk
Jelas
Menjelaskan
Penjelasan
MRSM-2013
(i) abadi
(ii) akhlak
(iii) iltizam
(iv) istirahat
(v) syumul
(vi) zuriat
Pulau Pinang-2013
Kehampaan
Kepincangan
Kemaslahatan
Kebejatan
Kesukaran
Kelalaian

Soalan 3b
Terengganu
Cakap Pindah ke Cakap Ajuk
Mashitah memberitahu Mauzah bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus pemiagaan yang dianjurkan oleh kerajaan pada bulan itu. Mauzah menyokong rancangan Mashitah itu. Seterusnya, Mauzah menyatakan bahawa" Mashitah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Mashitah meJahirkan hasratnya untuk menjadi peniaga yang terkenal pada suatu hari nanti. Mauzah menyatakan keyakinannya bahawa Mashitah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Mashitah mengucapkan terima kasih kepada Mauzab.

Pulau Pinang
Kenal pasti jenis ayat
(i) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.
(ii) Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
(iii) “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya.
(iv) “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.
(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.
(vi) Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.

SBP – bina ayat berdasarkan pola ayat
(i) FN + FK
(ii) FN + FA
(iii) FN + FS

Kedah –Ajuk ke Pindah
Aiman          :   Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?
Kok Seong   :   Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Aiman          :   Kalau  begitu,  saya  cadangkan  awak  mengikut  saya pulang ke kampung saya                  
Kok Seong   :   Apakah yang menarik di kampung awak?
Aiman          :   Di  kampung  saya  ada  sungai,  kita  boleh  memancing di sana. 
                          Sekarang juga musim buah-buahan.

Johor –Ajuk ke Pindah
Cikgu Azlan: Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?
Rajesh: Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya ke sekolahnya dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu Azlan: Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah?
Rajesh: Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.
Cikgu Azlan: Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil mengangguk- anggukkan kepalanya)
Rajesh: Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.

MRSM- kenal pasti subjek dan predikat dalam petikan
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada peIjalanan itu jauh atau dekat.

Selangor- Jenis ayat perintah
i.           Siapkan tugasan itu sekarang juga.
ii.         Usah dikenang lagi kisah yang lama
iii.        Sila datang ke rumah saya malam ini
iv.       Jagalah adik kamu dengan baik.
v.         Jemputlah makan kuih-muih yang dihidangkan itu.
vi.       Tolong buang sampah ini

N9- Ajuk ke Pindah
“Maria, tolong ambil bubur kacang di dapur,” pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak?” tanya Maria. “Kakak kau masak tengah hari tadi,” balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama ayah,” tambah mak lagi. “Baiklah mak, tentu sedap bubur kakak buat, Maria pun dah lapar ni,” jawab Maria. “Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli semalam,” terang mak. “Ayah, mak, marilah makan, Maria dah hidang di meja ni,” Maria memanggil ayah dan maknya minum petang.

Soalan 3C
Terengganu
(i) Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronokan jika hasil tulisan mereka di hargai oleh masyarakat.
(ii) Penduduk Taman Haj; Paakan mengada kempen pencegahanjenayah untuk menggalakkan masyarakat bekerja sarna memerangi kegiatan jenayah.
(iii) Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu meuyerang penyakit jantung secara tiba-tiba.

Pulau Pinang
(i) Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan untuk mengubati penyakitnya.
(ii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem lagenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.
(iii) Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.

SBP
(i) Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh bertutur dalam dwi bahasa.
(ii) Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh setelah pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan memajukan syarikat.
(iii) Petani moden itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi.

Kedah
 Pembangunan  pesat  di  ibu  kota  menyebabkan  kesesakkan  jalan raya berlaku.             Keadaan  ini  menjadi  semakin  terok  kerana  pembinaan  jalan  raya  tidak dirancang           dengan teliti.   Selain  itu, sikap pengguna yang  tidak berdisplin dan kekurangan polis trafik  menjadikan  masaalah  ini  semakin  rumit.    Pengguna  pula  sering  meletakan kenderaan sesuka hati sehingga menganggu kelancaran lalu lintas.

Johor
(i)Kementerian Pelajaran Malaysia permainkan peranan yang signifiken ke arah memperkasakan bidang Sains Angkasa agar setanding dengan negara maju.
(ii)Pengerusi mengumunkan bahawa mesyuarat agong akan mengadakan secara dwitahunan mulai tahun hadapan.
(iii)Kerajaan digalakkan kemasukan pelancung dari luar negara untuk menjanakan ekonomi negara.

MRSM
i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini.
ii)   Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.
iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untukjaminan keamanan negeri.

Selangor
i. Gulungan yang pendapat kurang daripada RM2 000 layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia.
ii. Suasana dalam perhimpunan itu menjadi kelang-kabut apabila dengan tiba-tiba terdengar bunyi berdentum yang kuat di kawasan berhampiran.
iii. Murid india itu memberikan sepenuh perhatian terhadap pemelajaran di dalam kelas.



N9
(i) Pihak sekolah mengundang ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod kemajuan murid sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademi anak masing-masing.
(ii) Kerajaan digesa ambil tindakan terhadap laman web lucah yang semakin banyak seperti cendawan tumboh selepas hujan.
(iii) Kita perlu menggembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni.


Soalan 3d
Terengganu
(i) Warna jambu merah merupakan warna yang menjadi terma majlis perkahwinan Asbaida.
(ii) Usaha gigih Puan Sukatini untuk menjadi seorang peniaga selama ini telah tertunai apabila dia membuka dua biji kedai runcit di Terengganu.
(iii) Para petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman getah secara moden dengan bimbingan dari RISDA.

Pulau Pinang
(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu
merah kerana terlewat menghadiri temu janji.

SBP
(i) Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak membelinya kerana berasa curiga.
(ii) Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-kira 500 meter sahaja.
(iii) Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap siaga untuk menghadapi peperangan.

Kedah
i)     Kebanyakan pokok-pokok di tanah kepunyaan Pak Wan akan dipotong kerana     beliau bercadang untuk membina kandang kambing yang besar.
ii)   Syarikat  Mega Bintang mentafsirkan kerugian sebanyak dua ratus ribu ringgit    sebagai akibat kebakaran di kilang cili sos yang berlaku pada minggu lepas.
iii) Amalan saling ziarah-menziarahi merupakan antara cara untuk menepuk semangat kejiranan.

Johor
(i) Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.
(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.
(iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.

MRSM
(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.

Selangor
i. Kebakaran yang berlaku pada petang semalam telah melenyapkan deretan kedai yang terletak dalam bangunan itu hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
ii. Guru besar-guru besar yang hadir dalam majlis penyerahan anugerah cemerlang di dewan itu merupakan mereka yang terpilih dari sekolah luar bandar.
iii. Pengetua mengirimkan terima kasih untuk para penaja atas sumbangan berupa barangan mahupun wang ringgit bagi menjayakan acara sukaneka sekolah pada kali ini.


Koleksi Soalan Novel Percubaan SPM Bahasa Melayu 2013

Soalan Novel Percubaan BM Negeri-Negeri Lain
SBP
(a) Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.  [8 markah]

MRSM
(a) Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]

KEDAH
a)    Watak sampingan turut memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai kerjasama pada watak sampingan dengan memberikan contoh peristiwa yang dapat menggambarkan nilai tersebut (7m)

b)   Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang dikemukakan oleh pengarang. (8m)

TERENGGANU
(a) Bahagian peleraian yang menarik dalam sesebuah .novel memberi kepuasan kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik pada bahagian peleraian novel tersebut. [7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang prihatin dalam setiap novel. [8 markah]

PULAU PINANG
(a) Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan.  [7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut. [8 markah]

SELANGOR
(a) Selain isu utama, setiap pengarang juga mengutarakan beberapa persoalan dalam karya mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel berkenaan. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan kepentingan watak sampingan dalam setiap novel tersebut.  [8 markah]

JOHOR
(a)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut [7 markah]
(b)Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut? [8 markah]

N9
(a) Berbagai-bagai peristiwa negatif yang boleh dijadikan teladan dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa negatif yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan kita.  [7 markah]

(b) Watak sampingan berperanan membantu watak utama dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu watak sampingan dalam setiap novel.  [8markah]


Sunday, August 11, 2013

Isi Karangan untuk Kelas 4PE

Terdapat 5 orang yang tidak menghantar buku latihan RUMUSAN iaitu Briona, Kang CY, Chai CY, Mak HY, Liew JE.
Karangan : Mereka yang tidak menghantar buku karangan adalah seperti berikut:
Chan SQ, Chai PY, Briona, Annie(hantar kertas), Alice, Wong XQ, Liew JE.
Tatabahasa: terlalu banyak untuk disenaraikan.

halaman 2:

Pendahuluan: masalah kebejatan sosial semakin membimbangkan --situasi ini akan memporak-perandakan masayarakat--apakah langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini?

ISI 1:            huraian : ibu bapa memberikan perhatian kepada tingkah laku anak-anak
                    contoh: menegur anak-anak atau remaja yang berkelakuan kurang sopan, melanggar
                                 peraturan
                    kesimpulan: hubungan akrab antara ibu bapa/masyarakat dengan anak-anak/remaja
                               dapat mengatasi masalah ini

ISI 2:            Huraian: penerapan nilai-nilai murni perlu merentasi kurikulum--melibatkan
                                   semua aktiviti di sekolah, di rumah.
                    Contoh: aktiviti kokurikulum dijadikan pemangkin ke arah pemantapan sahsiah remaja

                    Kesimpulan: pihak sekolah tidak wajar memberikan fokus terhadap kecemerlangan
          akademik sehingga meminggirkan usaha penerapan nilai murni

ISI 3:           Huraian: sikap endah tak endah akan mendorong pelajar terlibat dalam pebagai masalah
                                    moral
                    Contoh: pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi kesalahan yang dilakukan oleh
                                  pelajar
                    Kesimpulan: peribahasa "mencegah lebih baik daripada mengubati" menggambarkan
                     betapa pentingnya mendidik remaja melalui peraturan disiplin.

Penutup: remaja merupakan pemimpin negara pada masa depan --golongan ini perlu dibimbing agar dapat membangunkan negara dan menjadi pemimpin yang berkaliber

halaman 4


Pendahuluan: invoasi ciptaan sains telah mengubah kehidupan manusia--menjadi lebih canggih, selesa dan sempurna--bioteknologi merupakan sumbangan bidang sains yang amat penting kepada manusia.

ISI 1:    Huraian: bioteknologi memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perubatan
            Contoh: bioteknologi memudahkan usaha mencari penawar penyakit, mengelak penyakit tertentu.
            Kesimpulan: bioteknologi membantu manusia memperoleh kehidupan yang lebih bahagia

ISI 2:    Huraian: bioteknologi membantu mengembangkan bidang pertanian melalui penemuan baharu
            Contoh: baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan--melalui kaedah kultur tisu dan
                         pengklonan.
            Kesimpulan: penggunaan bioteknologi dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian

ISI 3:   Huraian: industri pengeluaran makanan banyak menerima manfaat bioteknologi
            Contoh: dapat meningkatkan hasil pengeluaran makana--menjadikan makanan tahan lebih lama
            Kesimpulan: bioteknologi dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan di samping
                                 meningkatkan ketahanan produk makanan.

Penutup: Malaysia perlu memanfaatkan bioteknologi untuk meningkatkan ekonomi dan memajukan negara--kajian dan pembangunan bidang bioteknologi diberi keutamaan untuk memajukan pelbagai bidang di negara kita.


HALAMAN 17


Pendahuluan:  kes pembuangan bayi semakin meningkat--mengapakah jenayah kejam ini kian berleluasa?--apakah punca perlakuan zaman jahiliyah ini semakin menjadi-jadi? bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

ISI 1
huraian: wanita yang membuang bayi ialah remaja yang terlanjur dengan teman lelaki masing-masing --cetek iman.
contoh: mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan maksiat itu di kawasan rekreasi, di hotel
kesimpulan: ibu bapa dan pihak berkuasa perlu memastikan anak-anak dibekali ilmu agama secukupnya.

ISI 2
huraian: menjaga tepi kain sendiri--tidak mahu mengambil tahu hal ehwal orang lain
contoh: masyarakat alpa terhadap kelakuan sumbang remaja
kesimpulan: masyarakat seharusnya bekerjasama--menegur kesilapan remaja

ISI 3
huraian: remaja mudah terikut-ikut rakan yang mengajak ke arah keseronokan tanpa berfikir panjang
contoh: mudah menerima pelawaan rakan untuk melakukan seks bebas
kesimpulan: pemilihan rakan sangat penting--agar kehidupan tidak terpesong

ISI 4
huraian:kesedaran dalam diri remaja sepatutnya disemaikan oleh ibu bapa sejak mereka masih kecil
contoh: kaunseling dan kem-kem motivasi dapat menyedarkan remaja tentang peri pentingnya patuh pada ajaran agama.
kesimpulan: pihak kerajaan dan NGO perlu mengambil inisiatif bagi membentuk kesedaran kendiri dalam diri remaja

ISI 5
huraian: peraturan semasa hanya mengenakan hukuman kepada remaja perempuan yang membuang bayi
contoh: memastikan pelaku dan orang yang terlibat didakwa dan dihukum
kesimpulan:memastikan agar kedua-dua pesalah ini menerima hukuman yang setimpal

Penutup: peningkatan kes pembuangan bayi semakin meresahkan masyarakat--akan menjadi beban besar kepada negara dalam jangka masa panjang.


HALAMAN 19


Pendahuluan: laporan Bank Negara menunjukkan kad kredit menyebabkan banyak golongan muda muflis--gagal membayar hutang kad kredit--tokoh motivasi menyatakan bahawa amalan menggunakan kad kredit untuk menunjuk-nunjuk akan menjerat diri pemegang kad kredit.

ISI 1
huraian: fakta berdasarkan sumber daripada Bank Negara
contoh: hingga 2011 terdapat 9 juta pemegang kad kredit
kesimpulan: menunjukkan trend masyarakat yang gemar berhutang

ISI 2
huraian: menarik minat pelanggan tanpa memikirkan kesan jangka panjang
contoh: promosi tanpa yuran tahunan, hadiah semasa mendaftar, rebat bulanan/tahunan
kesimpulan: mencetuskan budaya gali lubang, tutup lubang

ISI 3
huraian: syarat seperti pendapatan tahunan sebanyak RM 20 ribu serta mempunyai pekerjaan yang stabil amat mudah dipenuhi
contoh: syarat perlu diketatkan --menaikkan kadar gaji minimum untuk memiliki kad kredit
kesimpulan: dapat mengelakkan golongan yang berpendapatan rendah memiliki kad kredit

ISI 4
huraian: beban hutang semakin hari semakin meningkat
contoh: hutang kad kredit telah mencecah RM 18.6 bilion
kesimpulan: banyak golongan mudah diisytiharkan muflis

ISI 5
huraian: membuat pembelian tanpa had dengan kemampuan kewangan
contoh: berlaku situasi hutang tambah hutang--nilai faedah yang bertapuk di atas margin hutang
kesimpulan: mencetuskan krisis kewangan peribadi yang serius.

Penutup: pemilikan kad kredit ada manfaatnya jika tidak disalahgunakan--kegagalan mengawal nafsu dengan cara berhutang melalui kad kredit bakal menimbulkan pelbagai masalah--hiduplah secara berwaspada, ukur baju di badan sendiri.