Sunday, August 19, 2018

Things to thank GOD for

Today , I am going to start a note to thank God for his working in my life
1. I am going to IJN tomorrow for heart check up. Thank God for the GL that I needed.

Sunday, May 8, 2016

Sunday, December 20, 2015

Bab 28: Kio-bito (lovers, lifelong partners, kekasih)

Bab 28: Koi-bito (kekasih)- lovers, lifelong partners

            Cerita bermula dengan Nek Kiah menyusun sirih di atas cembul. Dahlia bertanya kepada Nek Kiah tentang adat pertunangan, cara menyusun tepak sirih, isi yang perlu ada seperti gambir, kapur, tembakau, cengkih, sirih dan kacip. Nek Kiah memberitahu bahawa kalau beradat, biar betul-betul, semasa majlis perkahwinan anak Iman Deraman, bukan sahaja cara meletak salah malah isi tepak sirih tidak lengkap. Nek Kiah mahu buat betul-betul untuk cucunya. Perkataan ‘cucu’ yang diujarkan oleh Nek Kiah membuat Lia terharu, Tuhan telah kembalikan neneknya, jika dulu hendak ke rumah nenek sangat susah, tetapi sekarang sehari, sampai 2 kali nenek datang ke rumah , malah kadang-kadang tidur di rumahnya. Dahlia berasa amat bahagia. Nek Kiah juga menerangkan makna setiap benda yang diletakkan dalam tepak sirih kepada Lia. Lia gelak ketawa bersama neneknya. Aminah (adik emaknya) dari Melaka menegur Lia yang ketawa dengan membuka lebar mulutnya. Kata Aminah, nanti bakal suami Lia lari.
            Lia berasa sedih kerana pada petang itu dia akan ke Kuala Lumpur dan esok memulakan hidup baharu selama 6 bulan sebagai warga kota. Sudah sejam Lia bersiap, sekadar bersolek dan bertudung serta baju kurung merah jambu daripada kain satin, bukan susah untuk bersiap tidak perlu bantuan orang lain. Nek Kiah memberitahu bahawa tetamu sudah ramai tetapi Azhari masih tidak sampai lagi.Nek Kiah menutup pintu bilik, menyeluk kocek bajunya, dikeluarkan gumpalan kain. Nek Kiah berkata Lia akan pergi jauh, dia tidak ada apa-apa untuk diberikan kepada Lia, Lia bersyukur kerana Nek Kiah sudi datang ke majlisnya, itu sudah cukup. Nek Kiah memberikan Lia gelang pusaka, disuruh simpan sebagai bekal jika berlaku kesempitan wang. Lia menggeleng, Nek Kiah memberitahu gelang itu sudah dipakainya sekian lama, harganya mungkin lebih RM 2000.00. Nek Kiah menyuruhnya mengambil gelang itu dan jangan memberitahu sesiapa tentangnya. Nek Kiah mengatakan bahawa Lia satu-satu cucunya yang sebenar-benarnya. Lia terharu mendengar kata neneknya. Memikirkan tidak mahu mengecilkan hati neneknya, Lia mengambil gelang itu. Nek Kiah tersenyum lalu keluar.
            Lia terkenang pula peristiwa membeli cincin dengan Az. Cincin yang hendak dibeli oleh Az terlalu mahal, Lia meminta Az membeli cincin yang harganya seratus dua, Az memberitahu bahwa tidak salah kalau membeli cincin berharga seribu lebih kerana duit sudah disediakan, jika kahwin, dia akan belikan Lia rantai. Lia takut dikatakan orang , jika ada duit, lebih baik melabur di ASB. Az mengakui kata-kata Lia itu betul, calon isterinya tahu berjimat, tetapi cincin mahal ini akan dibeli juga kerana merupakan hajat emaknya.
            Mawar menolak pintu dan memberitahu Lia kawannya datang. Lia teringat akan Kavita dan Siti Wangi yang dikhabarkannya melaui kad. Kavita memberitahu bahawa dia datang bersama cikgu Hisyam dan mengucapkan tahniah kepada Lia kerana terpilih ke Jepun, malah cikgu Hisyam pun sudah tahu hal itu. Mereka gelak ketawa, Nek Kiah mengetuk dinding meminta anak dara di dalam bilik senyap kerana tetamu sudah ramai, tetapi rombongan yang ditunggu masih tidak sampai. Bas Lia akan bertolak pada pukul 5pm, sekarang sudah pukul 3. 45pm. Az berjanji datang selepas Zuhur, paling lewat pukul 2pm. Asar sudah pun hampir tetapi yang ditunggu belum tiba juga. Cadangan diawalkan sehari hari pertunangan ditolak kerana kedua-dua pihak sudah memberitahu saudara mara. Kalau tidak sempat, Lia akan meninggalkan majlis, tanpanya majlis boleh dijalankan walaupun kurang manis. Upacara menyarungkan cincin hanyalah adat, tidak menjadi kesalahan jika dia tidak ada. Embong meminta Lia bersiap kerana risau Lia akan ketinggalan bas begitu juga Haji Sulaiman. Untunglah Lia sudah bersiap awal tidak terkial-kial lagi. Lia ke bawah, dia sedih kerana yang ditunggu tidak sampai. Lia bersalam dengan adik-adiknya dan ibu bapanya. Tauke Lim pula berpesan agar Lia rajin belajar, jangan lupa balik kampung setelah pandai. Cikgu Hisyam mengucapkan tahniah dan memberitahu Lia bahawa kebanggaan yang tidak akan dilupakannya. Embong mengingatkan Lia jangan lupa akan Tuhan, dan di mana-mana Lia berada, ingat bahawa dia orang Melayu. Lia meminta Bakar menjaga rumah. Setelah melambai, Dahlia dan Hj Sulaiman dihantar ke jalan kampung tempat keretanya diletakkan. Dahlia masuk ke kereta Haji Sulaiman, tanpa berbicara, kepiluan menghiris kalbunya. Haji Sulaiam menyerahkan satu sampul surat di dalamnya ada RM 500.00, sumbangan orang kampung, Tauke Lim sendiri memberi RM 300.00. Haji Sulaiman mengatakan bahawa pungutan derma memang dah lama diamalkan. Kereta bergerak lambat, tetapi Lia terasa begitu cepat. Dia mahu menunduk tetapi dia juga mahu tahu kalau-kalau berselisih dengan rombongan yang dinantinya.
            Akhirnya, Lia sampai ke stesen bas Bandar Penggaram setelah bergerak 17km dari kampung halaman. 2 beg dijinjitnya untuk dibawa masuk ke bas yang sedang menanti. Dilihatnya jam, tepat masanya.
“Dahlia”, Lia mencari suara itu, “Dahlia”, Lia menoleh ke kiri, Azhari, lelaki itu segera keluar dari kereta dan bergegas menuju ke arah Lia. Haji Sulaiman hanya melihat. Lia bertanyakan sebab Az lambat, Az memberitahu bahawa pakcik yang menjadi jurucakap lambat sampai, Az minta ditinggalkan sahaja, tetapi mereka hendak menunggu. Lia bergerak menaiki bas apabila dipanggil oleh lelaki berbaju biru. Az membantu mengangkat sebuah beg ke bas Satria. Tiket diperiksa dan Dahlia melangkah masuk. Azhari mengingatkan Lia untuk menulis surat. Lia mengangguk, kesebakan tidak berbendung. Az luahkan “Koi-bito”, kemudian melangkah turun. Apakah maksud kalimat itu, bunyi seperti bahasa Jepun, Lia berasa semakin pilu menghadapi perpisahan. Dahlia melambai Azhari yang tercegat di kereta dan Haji Sulaiman. Bas terus bergerak, tiba-tiba Lia terlihat sekeping kad daripada Najib yang disampaikan oleh Kavita. Kad itu diselitkan di kocek beg. Diambil kad itu lalu dibacanya. Najib mengucapkan tahniah dan menumpang bahagia yang dikecapi Dahlia. Kad dimasukkan semula ke dalam kocek beg. Wajah Azhari pula terbayang, teringat hadiah daripada Az sempena keberangkatannya. Az membelikan Lia songket, hadiah kejayaan Lia terpilih mengikuti krusus. Apabila ditanya sebab Az membeli songket untuknya, Az memberitahu bahwa mereka tetap Melayu, selebihnya Lia fikirkan sendiri. Lia membuka zip beg lalu mengeluarkan songket merah berbenang emas. Ditenung benang emas yang halus, dipandang kampung halaman yang dilalui, terbayang wajah ibu bapanya, adik-adik. Lia mengucapkan terima kasih atas pengertiaan Azhari. Diri Lia seperti terapung, dia menahan sesuatu, kepiluan kian menggunung. Tidak semena-mena air matanya mengalir di pipi jatuh ke songket berbenang emas. Dahlia mengatakan bahawa dia tetap orang Melayu, tetap orang Malaysia.


Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

            Cerita bermula dengan Lia menunggu Az yang berjanji membawanya membeli cincin. Dahlia tidak kisah cincin jenis apa yang dibeli. Saleha setuju dengan kata-kata anaknya. Saleha memuji anaknya yang tidak memilih. Kata Saleha, lelaki sekarang mudah menilai hati perempuan, kalau pandai memilih, lelaki akan menganggap mereka bersikap kebendaan. Dahlia memikirkan pertunangannya. Mengikut rancangan, selepas berjaya dalam pelajaran, dia mahu bekerja bagi memastikan adik-adiknya berjaya, baru mencari teman hidup. Saleha menyuruh Lia bersiap, tetapi Dahlia mengatakan bahwa dia sudah bersiap. Saleha teringat masa dia muda-muda dulu, ketika hendak menemui Embong, dia mengambil masa berjam-jam kerana menyanggul rambutnya dan memilih baju tetapi anaknya tidak, cukup dengan baju kurung dan bertudung. Dahlia ingin berbincang sedikit dengan ibunya, ibunya ingin tahu sama ada Lia mahu mempercepat tarikh pertunangannya. Dahlia terkejut dan menafikannya. Kalau boleh hendak dilambatkan kerana Lia hendak bekerja dulu, baru berkahwin. Saleha memberitahu itu memang rancangan mereka tetapi Lia sudah bertunang sekarang. Kalau mengikut adat Melayu, tidak baik bertunang lama-lama, tetapi kalau itu permintaan pihak lelaki, ibunya tidak dapat berbuat apa-apa.
Setelah mendengar kata-kata ibunya, Lia ingin tahu sama ada perlu dipercepat pertunangannya. Saleha berkata terpulang kepada Lia, soal jodoh, dia dan Embong tidak boleh tentukan, tidak mahu dipersalahkan kalau terjadi apa-apa. Dahlia faham maksud ibunya tetapi adakah Azhari mengerti? Dahlia teringat kata-kata Az yang tidak menghalang Lia belajar walaupun sudah berkahwin ketika Az datang 2 minggu lalu menentukan hari ke kedai emas. Menurut Az, pertunangan sebagai mengeratkan hubungan kekeluargaan, jika mereka tidak setia, sekurang-kurannya ahli keluarga akan mengingatkan mereka. Yang penting, Azhari tidak mahu terlewat dan berputih mata.
Lamunan Dahlia terganggu apabila ibunya ingin tahu masa yang dijanjikan oleh Az kerana Az tidak sampai lagi. Saleha mengingatkan Dahlia agar bersopan ketika keluar dengan Az supaya tidak dikatakan orang. Dahlia mengangguk. Tiba-tiba ada orang memberi salam, Saleha mengagak itu Azhari. Dahlia kenal suara itu bukan Az tetapi Cikgu Daim. Dahlia menjemput Cikgu Daim naik ke rummah. Dahlia tertanya-tanya tujuan kedatangan Cikgu Daim bekas gurunya. Cikgu Daim tidak pernah mengajar Dahlia. Saleha berkata bahawa tentu Cikgu Daim membawa hajat yang besar datang ke rumahnya. Dahlia menghidangkan kuih yang sepatutnya untuk Az, lain yang ditunggu, yang pula yang datang. Cikgu Daim melihat jam di pergelangan tangan, Dahlia pula menghitung minit demi minit, bila Az akan datang. Cikgu Daim menerangkan bahawa mulai tahun depan Kementerian memperkenalkan skim baharu iaitu peluang pelajar melanjutkan pelajaran. Dahlia bertanya kepada Cikgu Daim tempatnya. Cikgu Daim meminta Dahlia membenarkannya membuat penerangan dulu. Kata Cikgu Daim, sejak kerajaan melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur, usaha-usaha dibuat agar budaya kerja orang-orang timur diteladani, sebab itu, ratusan pelajar dan tenaga separuh mahir dihantar ke Jepun setiap tahun. Setelah meneguk air teh, Cikgu Daim menyambung lagi dengan berkata bahawa dulu, pelajar SPM dihantar ke Jepun tetapi usia mereka masih muda dan belum mengenali budaya hidup masyarakat sendiri. Mulai tahun depan, lepasan STPM pula diambil, untuk peringkat permulaan, seramai 120 orang pelajar akan dihantar untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah selama 4 tahun. Cikgu Daim menerangkan para pelajar yang dipilih terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam pelajaran dan berasal daripada keluarga yang kurang berada dari segi kewangan. Di Parlimen Sri Gading, hanya seorang yang dipilih. Dahlia mengatakan bahawa tentu seronok jika dia dipilih. Cikgu Daim memberitah bahawa memang Lia yang terpilih. Lia dan ibunya berpandangan. Cikgu Daim menerangkan bahawa pemilihan adalah berdasarkan keputusan SPM, ujian semester Tingkatan 6 rendah dan atas, terakhir sekali barulah STPM. Kalau Lia bersetuju, dia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun selama 4 bulan. Dahlia menanyakan bila kursus itu diadakan. Cikgu Daim memberitahu Dahlia pada bulan depan tetapi Lia perlu mendaftar dulu pada 31 Disember ini. Kursus diadakan di Universiti Malaya. Hari itu juga diadakan minggu suai kenal, kursus sepenuhnya bermula pada 2 Januari. Dahlia ingin tahu tentu dia akan balik ke kampung jika gagal STPM. Cikgu Daim tidak percaya bahawa Lia akan gagal dalam STPM kerana pengetua Lia sendiri yakin Lia akan mendapat keputusan cemerlang. Cikgu Daim memberitahu Lia bahawa bukan dia yang memilih nama Lia tetapi Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Cikgu Daim berasa gembira kerana nama yang dipilih, dikenalinya. Embong menjemput Az naik ke rumah apabila melihat Az tercegat di pintu. Dahlia ke pintu, Az tercegat di situ dengan wajah yang sayu. Dahlia menanyakan sebab Az terlambat, Az pula menjawab dia tidak lewat sampai 4 tahun. Az mengucapkan tahniah kepada Lia, walaupun lama, mereka telah berjanji, Az rela.
Dahlia menjerit memanggil bapanya kerana mahu menyampaikan berita gembira itu. Embong kehairanan , Saleha tersenyum bangga. Saleha memberitahu Embong bahawa Cikgu Daim ada di rumah. Embong cepat-cepat mencedok air membasuh tangannya. Kebanggaan menyelinap di hati, apa berita yang bakar didengarnya. Az bertanya kepada Lia sama ada dia lupa sehari sebelum 31 Disember itu tarikh apa?


Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

            Cerita bermula dengan Dahlia membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang tinggal seminggu lagi. Emaknya tidak membenarkan Dahlia membuat kerja rumah, katanya kalau Dahlia hendak membantu, tunggu selepas habis peperiksaannya. Sepanjang bulan Oktober, Dahlia membentuk semula kumpulan lamanya, belajar secara berkumpulan lebih baik berbanding bersendirian. Teman-temannya begitu senang hati menunjuk ajar sesuatu yang tidak difahami terutamnya mata pelajaran Ekonomi. Hari demi hari keyakinannya untuk meraih kejayaan tergambar di ruang mata. Dahlia juga meminta untuk masuk semula ke asrama walaupun berasa agak malu tetapi memikirkan jika terlewat bas kelak akan mengganggu tumpuannya menghadapi peperiksaan. Cikgu Salwani meminta Dahia masuk secepat mungkin, Dahlia tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik gurunya itu. Lusa, hari Isnin 29 Oktober akan diadakan peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1. Dahlia perlu bersiap sekarang untuk ke asrama. Sepanjang hari esok bolehlah dia menenangkan fikiran sebelum menghadapi peperiksaan. Sebelum kakinya melangkah, sebuah kereta muncul di depan rumah, Azhari bersama dengan ibunya, Azhari tahu Dahlia ada di sebalik pintu, kali ini Dahlia tidak boleh menolak dengan pelbagai alasan lagi. Saleha tidak kenal Cikgu Zalina, ibu Azhari tetapi Embong pernah bercerita tentangnya. Saleha menjemput mereka ke rumah. Jam menunjukkan 4.10pm. Kalau sejam lagi, mereka bersembang, entah bila Dahlia akan sampai ke asrama. Melati memberitahu kakaknya tentu Az datang bercakap tentang pertunangan ketika membantu Dahlia menggoreng keledek. Dahlia mencubit pinggang Melati kerana asyik mengusiknya. Melati menjerit, ibunya Saleha muncul dan bertanyakan tarikh akhir peperiksaan Dahlia. Dahlia memberitahu pada 13 November. Saleha ke depan semula. Dahlia sudah meletakkan 4 cawan yang berisi air kopi, keledek goreng. Sebelum dibawa keluar, dia melafazkan bismilah kerana tiba-tiba kakinya menggigil. 8 biji mata memandang ke arahnya, kakinya melangkah dalam debaran yang kian melimpah. Dahlia meletakkan cawan di depan kedua-dua tetamunya, ibu dan bapanya. Embong bertanya sama ada Dahlia bersetuju pada hari Ahad, 30 Disember? Dahi Dahlia berkerut dan menanyakan persetujuan apa? Cikgu Zalina memberitahu bahawa pada masa itu, peperiksaan Dahlia sudah habis, sempat untuk membuat persiapan. Barulah Dahlia faham tetapi tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Dahlia tersenyum nipis lalu bergegas ke dapur apabila Embong bertanya sekali lagi sama ada dia setuju dengan tarikh tersebut. Embong ketawa lalu mengatakan bahawa perempuan kalau senyum tanda bersetuju.
            Selepas 3 minggu berperang, akhir Dahlia berasa dirinya sudah merdeka. Mujur dia mendengar kata bapanya, jika dia bekerja di kilang tentu dia tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan sempurna. Dahlia berasa berat hati untuk meninggalkan kawan-kawannya. Pesan Siti Wang kepada Dahlia pada hari terakhir di sekolah untuk memulangkan buku teks agar jangan melupakan mereka jika dia berkahwin. Dahlia berkata mungkin Kavita yang berkahwin dulu, Kavita memberitahu bahawa dia tidak akan kahwin kalau tidak masuk ke univerisiti. Dahlia pula mengatakan dia tidak akan kahwin selagi tidak membantu keluarganya. Janji yang sudah termeterai dengan Azhari tidak diingati langsung oleh Dahlia. Kavita meminta Dahlia menunggunya, Siti Wangi ingin tahu apa yang akan dilakukan oleh Lia sementara menunggu keputusan STPM. Kemungkinan Dahlia akan bekerja di kilang, Siti Wangi pula mungkin mengambil kelas komputer, mungkin ke rumah kakaknya di Shah Alam menjaga anak kakaknya. Dahlia berkata bahawa itu pengalaman juga sebelum menjaga anak sendiri. Mereka ketawa, tiba-tiba Kavita muncul dan memberitahu  bahawa Cikgu Hisyam hendak kahwin. Mereka berbincang tentang calon isteri Cikgu Hisyam. Menurut Kavita, cikgu Hisyam berkata bahawa jika mereka bertiga mendapat 5 prinsipal , dia akan kahwin. Menurut Dahlia, Cikgu Hisyam akan memberikan pelbagai alasan yang lain pula. Mereka bertiga ke kantin tetapi terlupa pada waktu cuti sekolah, kantin ditutup. Kavita mencari kesempatan bercakapa sendirian dengan Dahlia tetapi disebabkan hari itu hari terakhir, Kavita berasa tidak wajar dia meminta Siti Wangi ke tepi.Kavita bertanya kepada Lia sama ada dia bersetuju dengan pelawaan itu, Siti Wangi pula tidak tahu apa yang dikatakan oleh Kavita. Dahlia memberitahu bahwa hujung bulan depan kalau diizinkan Tuhan, Kavita akan menerima kad, itu jawapan pastinya kepada Kavita. Siti Wangi ingin tahu apa hal yang dikatakan oleh Dahlia. Dahlia menutup mulut Kavita tidak membenarkannya membocorkan rahsia. 

Bab 25: Inilah Kampungku

Bab 25: Inilah Kampungku!

            Cerita bermula dengan Dahlia menelaah pelajaran dalam suasana jerit-pekik, tangisan dan hidup bersesak-sesak. Kadang-kadang dia terfikir untuk kembali ke asrama, mahu hidup seperti dulu, ada jadual belajar, kokurikulum, dan beristirahat. Mengenangkan adik-adik, emak, dan Nek Kiah, perasaan itu hilang. Di mana-mana pun boleh belajar, malah dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa. Nota-nota pelajarannya dapat diselamatkan, dalam keadaan sesak, dia berusaha untuk belajar, kalau orang mengatakannya menunjuk-nunjuk, Lia tidak kisah kerana hidup tidak ditentukan oleh orang yang mengata. Embong memberitahu rumah mereka roboh, air setinggi 2 meter. Ahli Parlimen Sri Gading ada menjenguk sesekali untuk menerima aduan mangsa. Pada waktu lain, wakil peribadinya datang bertanyakan khabar, salah seorang ialah En. Daim, bekas gurunya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, yang kini memegang jawatan Setiausaha Bahagian Sri Gading. Encik Daim mengatakan bahawa Dahlia boleh dijadikan contoh kerana dalam keadaan seperti itu masih bersemangat untuk belajar. Ketika mendengar kata-kata itu, Dahlia cepat-cepat menyimpan nota yang dibacanya. Encik Daim mengatakan bahawa Dahlia seorang anak yang baik, ramai yang membangkitkan masalah kewangan menjadi faktor kegagalan pelajaran, Dahlia ialah contoh salah seorang yang menolak anggapan itu.
            Sudah hari ke-4 mereka berada di situ, hujan tidak turun lagi, langitu sudah pun cerah . Nek Kiah memberitahu bahawa selepas itu, dia mahu tinggal di rumahnya. Alangkah gembiranya Dahlia melihat perubahan pada neneknya itu, malah nenek tidak pernah membangkitkan soal tanah yang sekangkang kera itu. Walaupun tidak lagi dibenarkan pulang, sudah ramai penduduk yang pulang sendiri. Haji Sulaiman tidak dapat berbuat apa-apa. Encik Daim memberitahu bahawa tebing Sungai Semberong yang pecah sudah dibaiki, jambatan yang dihanyutkan akan diganti dengan jambatan yang lebih kukuh dan besar. Untuk sementara waktu, jambatan kayu dibina.
            Hari itu, selepas makan tengah hari, Hj Sulaiman meminta orang-orang kampung masuk ke perut balai raya. Sebelum pulang, Hj Sulaiman ingin menyampaikan sesuatu yang penting. Haji Sulaiman memulakan kata-katanya dengan meminta maaf jika kata-kata yang akan disampaikannya menyentuh perasaan penduduk dan menyebabkan dirinya tidak disukai, dia terima. Haji Sulaiman berkata dia dilahirkan dan dibesarkan di situ sejak 62 tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia dapat melihat perubahan yang berlaku dalam kalangan mereka. Perubahan yang baik, patut mereka terima tetapi perubahan yang tidak baik, patut dibuang oleh mereka. Sebagai ketua, Hj Sulaiman terkilan dengan sikap dalam kalangan mereka yang mementingkan diri, orang Melayu jika tidak ada sifat tolong-menolong, bermurah hati, berbudi bahasa, saling menghormati, dan patuh kepada agama, pada pandangannya bukan orang Melayu namanya. Haji Sulaiman berkata bahawa majlis kenduri-kendara sudah tidak semeriah dulu, surau pula lengang, masing-masing kata sibuk, tetapi sibuk sekalipun, mereka harus sedar, mereka hidup bermasyarakat. Suasana sepi, masing-masing menunduk. Dahlia terharu dengan kata-kata Haji Sulaiman yang selama ini hanya berdiam. Sambung Haji Sulaiman lagi bahawa hidup mereka kini lebih baik berbanding zaman muda-muda dulu, ada yang memilik tanah berekar-ekar, rumah sewa berderet, dan anak-anak menjadi pegawai besar tetapi apa gunanya jiak mereka tidak mengendahkan jiran tetangga mereka. Haji Sulaiman memberitahu bahawa kata-katanya tadi bukan kata-katanya tetapi daripada Allah menerusi surah al-Isra’ ayat 26 dan 27.
            Haji Sulaiman memberitahu bahawa kerajaan sudah memberikan kemudahan kepada mereka, bekalan air, elektrik, telefon dan tidak lama lagi akan dibina jalan bertar, tetapi sikap mereka tidak akan membawa kemajuan, jika tidak rela saling membantu. Haji Sulaiman meminta maaf sekiranya kata-katanya tidak disenangi, dia tidak berasa kesal jika penduduk kampung tidak memilihnya sebagai ketua mereka kerana dia sudah menyampaikan perkara yang ingin disampaikannya selama ini. Mungkin kesan daripada kata-kata Hj Sulaiman, perubahan begitu ketara dalam kalangan penduduk, rumah Dahlia yang rebah, telah didirikan semula oleh orang-orang kampung secara bergotong-royong. Menurut Hj Sulaiman kayu-kayu baharu sumbangan daripada parti. Haji Sulaiman cukup gembira melihat penduduk kampung, ada yang membancuh simen, ada yang menimbus tanah, mengetam, membuat parit kecil, dan membancuh simen tanpa disuruh. Tauke Lim juga begitu seronok, Dahlia begitu terharu dengan sikap masyarakat kampungnya. Tauke Lim berkata kepada Dahlia yang menghidangkan makan tengah hari bahawa dia boleh naik pelamin kerana sudah ada rumah baharu. Emaknya di belakang tersenyum sahaja. Masing-masing ketawa apabila salah seorang penduduk kampung bertanya tentang anak Embong, Tauke Lim bertanya balik kepada orang itu, sama ada orang itu menyimpan niat menginginkan anak Embong, orang itu memberitahu angan-angannya hendak kahwin dua, melepas.


Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Cerita bermula dengan Dahlia menjaga neneknya yang sakit. Dahlia mengangkat badan neneknya supaya neneknya dapat duduk dan makan. Nek Kiah meminta Lia menghantarnya balik kalau dia sudah sihat. Dahlia memujuk Nek Kiah agar tinggal di rumahnya kerana kalau dia tiada, bapanya ada, emaknya ada, kalau emak sibuk, Melati dan Kiambang ada, Abu Bakar pun boleh menjaga nenek. Kata-kata cukup memukul hatinya, di mana cucu-cucu yang disayanginya, mengapa cucu-cucu yang ini lebih mendekatinya? Nek berasa kesal, dia hendak meluahkan rasa terima kasih tetapi terasa berat. Dahlia meminta Nek Kiah terus tinggal bersama mereka walaupun sudah sihat. Dua hari tinggal di hospital, Nek Kiah hanya ditemani oleh cucu-cucunya, anak Saleha. Hal ini cukup menyedarkan Nek Kiah, Seman tidak kelihatan .
Hujan sejak semalam tidak berhenti-henti mencurah, tidak pernah hujan selebat itu. Embong mengatakan bahawa nampaknya banjir akan berlaku. Halaman rumahnya sudah dinaiki air setinggi 0.5 meter. Saleha bangun berjalan lambat menuju emaknya, disuruhnya Dahlia membaca buku, dia akan menyuap Nek Kiah. Dahlia ke dapur, buat apa-apa yang patut. Saleha meminta ibunya makan, Nek Kiah berkata bahawa dia malu dengan anak-anak Saleha, mereka baik terhadapnya, dia pula…Nek Kiah berasa malu. Saleha meminta ibunya jangan berfikir tentang hal itu, anak-anaknya juga darah daging Nek Kiah. Nek Kiah meminta Saleha jangan mengungkit kisah lama, sekarang dia sudah tahu yang mana intan, yang mana permata.
Angin menderu memasuki tingkap yang terbuka, Melati cepat-cepat menutupnya. Embong mundar-mandir melindungi keresahannya, kalau banjir, ke mana mereka hendak tinggal kerana kawasan rumahnya yang tinggi pun ditenggelami air. Abu Bakar yang disuruh ke kedai membeli beras pulang dalam keadaa basah kuyup, ditanya Embong mana berasnya, Abu Bakar memberitahu bahawa dia tidak dapat ke kedai kerana jambatan dihanyut dan memberitahu banyak orang mengangkat barang ke balai raya. Ada yang berkumpul di surau dan mereka mesti berpindah. Abu Bakar meminta ahli keluargnya tidak membuang masa, mengemas apa-apa barang yang penting. Segala dilakukan dengan cepat, barang-barang penting dibungkus. Abu Bakar mengatakan bot sedang mengangkut orang lain nanti akan ke rumah mereka. Anggerik menangis kehairanan melihat keadaan ribut seperti it. Tiba-tiba bunyi “Krapp”, tiang dapur patah, secara perlahan-lahan dapur yang beratap rumbia rebah. Embong memastikan semuanya, Dahlia, Abu Bakar, Mawar dan Anggerik ada, Di kiri Saleha, dan Nek Kiah ada, di mana Kiambang? Embong dan Bakar segera menolak kayu dapur yang sudah rebah dan menguis apat untuk mencari Kiambang. Tiada. Saleha menjerit memanggil Kiambang. Abu Bakar memegang kayu beluti dan menarik kayu itu, timbul kehairanan di hatiya kerana kayu itu lembut, tanpa berlengah , kayu yang menindih tubuh adiknya diangkat. Embong turut membantu, Kiambang dibawa ke atas, badannya lemah, mukanya lebam. Embong memberitahu Saleha Kiambang selamat . Air semakin tinggi, bot yang ditunggu tidak muncul. Kalau diikutkan hati, mereka mahu meredah air tetapi dalam keadaan air memenuhi bumi, mereka tidak tahu yang mana jalan, yang mana sungai, yang mana lubang , semuanya kelihatan sama sahaja. Melati memberitahu bahawa air semakin banyak, semua gelisah, bimbang, adakah mereka perlu memanjat bumbung? Mereka mampu tetapi Nek Kiah macam mana? Embong yang tidak senang duduk, berdiri juga tidak senang bertanya sekali lagi kepada Abu Bakar betulkah bot akan datang. Abu Bakar menerangkan bahawa orang kampung yang memberitahunya tetapi tidak ingat siapa orangnya. Embong menggeleng, pada saat itu bersoal jawab panjang tidak mendatangkan faedah.
Tiba-tiba terdengar deruan yang begitu kuat, Melati menjerit bot! bot!. Embong berteriak meminta menaikkan Nek Kiah dulu. Dua pusat pemindahan disediakan, iaitu balai raya dan surau. Penduduk kawasan depan ditempatkan di balai raya manakala penduduk sebelah dalam ditempatkan di surau. Balai raya Cuma 50X20meter bukan besar untuk menampung penduduk hampir 150 orang. Untuk pertama kalinya mereka menghadapi hari-hari tanpa bekalan elektrik, tanpa peti televisyen, tiada tilam yang empuk, dan makanan bersaji. Ramai yang merungut tetapi ada yang berserah kepada ketentuan Tuhan. Pernah berlaku banjir pada 1972 di kampung itu tetapi tidak sedahsyat banjir kali ini. Dahlia kesal mendengar rungutan, keluhan penduduk. Mereka sudah berusia, pernah menghadapi zaman pendudukan Jepun, sepatutnya dugaan seperti ini menjadikan manusia lebih dekat kepada-Nya dan lebih insaf.
Dahlia membantu orang kampung memasak, ibunya juga, kalau di rumah, Dahlia tidak mahu ibunya bekerja kerana badannya masih lemah tetapi di balai raya ini, ramai yang berat tulang, lebih suka bercakap. Tiba-tiba Haji Sulaiman mengatakan bahwa bagusnya banjir yang berlaku. Dahlia kehairanan. Hj Sulaiman memberitahu bahawa biar air cuci segala kekotoran kampung itu. Dahlia tidak faham maksud Hj Sulaiman. Haji Sulaiman tersengih, memerhatikan orang kampung yang bersama-sama memasak, orang lain akan membantu jika orang yang bekerja memulakan sesuatu kerja, seperti sudah berpakat pula, kerja yang tidak seberapa diagih-agihkan. Haji Sulaiman memberitahu bahawa selepas air surut, Dahlia akan tahu, Haji Sulaiman mahu orang kampung menjadi orang Melayu semula. Dahlia semakin tidak faham, apakah mereka bukan orang Melayu?

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

            Cerita bermula dengan Lia kembali ke sekolah dan disambut oleh kawan-kawannya yang agak terkejut pada mulanya. Dalia bertanyakan keadaan Siti Wangi, Kavita pula memberitahu bahawa sebenarnya mereka bercadang hendak ke rumah Lia petang itu, memandang Lia sudah datang, mereka akan makan besar. Kavita menarik Dahlia ke tepi tetapi ditegur oleh Siti Wangi mengatakan bahawa mereka berdua mengumpat, Kavita memberitahu Lia bahawa Najib berkata the best man win, dua, tiga hari ini Najib akan ke rumah Lia bersama-sama keluarganya kerana dia tidak mahu terlewat. Lia berasa marah kerana tidak suka cara Najib yang mementingkan perasaan sendiri sedangkan peperiksaan kian dekat. Kavita pula mengatakan bahawa Najib tidak dapat belajar selagi tidak mendapat kepastian. Dahlia terbayang wajah Azhari, menanya dirinya sebab lelaki tidak dapat menahan sabar, apakah semua lelaki sama seperti itu, mengapa kedua-dua lelaki itu bersikap keanak-anakan. Dahlia meminta Kavita memberi penjelasan kepada Najib supaya menghormati erti persahabatan, persahabatan tidak menuntut apa-apa setelah Kavita mengatakan bahawa jika Lia menolak risikan Najib, pelajarannya akan terganggu.
            Loceng waktu rehat berbunyi, Kavita terdiam, Dahlia masuk ke kelas, semasa melangkah, Dahlia bertanya kepada dirinya sama ada benar dia sudah bertunang dengan Az. Kalau Az merajuk dan memutuskan perhubungan. Lia lebih takut tidak menunaikan harapan ibu bapanya daripada harapan perasaan yang belum tentu menjanjikan apa-apa.  Semangat Lia untuk belajar begitu meluap-luap di dada. Hal yang membanggakan ialah teman-temannya setuju meminjamkan nota pelajaran yang tertinggal. Semuanya mahu dia berjaya.  Semasa di kelas, Cikgu Hisyam berkata bahawa apabila Lia ada, dia percaya pelajar kelas itu lebih bersemangat untuk belajar.
            Tamat persekolahan hari itu, Lia ingin seperti teman-temannya berbincang atau menelaah di perpustakaan, tetapi dirasakan masih belum boleh lagi. Dia tidak boleh menyerahkan tanggungjawab menguruskan dapur kepada bapanya apatah lagi Abu Bakar. Apabila keadaan terbiasa, bolehlah dia nongkrong di perpustakaan. Sesampai di kampung, Lia berasa tidak tenang, sejak hari Jumaat dia tidak berkunjung lagi ke rumah neneknya, dia berharap Pak Cik Seman akan datang tetapi bayang bapa saudaranya pun tak nampak. Langkah Lia semakin pantas, waktu ini Melati sudah ke sekolah agama, dia tidak dapat mengagak apa yang dimakan oleh Melati, mungkin bapanya memasak atau Abu Bakar. Dahlia berjalan dengan cepat seakan-akan ada sesuatu di rumah, kakinya memijam jambatan, lalu terus melangkah, di depan adalah rumahnya. Dia nampak sebuah van putih di halaman. Dahlia tidak tahu siapa yang datang, Dia mahu mengetahui kedudukan sebenar, bermacam-macam peristiwa bermain dalam fikirannya, adakah Az datang, mungkin bapanya dipatuk ular lagi. Embong kelihatan riang sahaja apabila nampak Lia balik. Dahlia terus melangkah, debaran hatinya semakin memuncak, kalau tidak ada apa-apa, mengapa ada ambulans di situ. Dari bawah, dia terdengar suara-suara di atas rumah, salah satu suara itu suara Hj Sulaiman. Bapanya berkata syukur apabila nampak Lia lalu meminta Lia membuka kasut dan naik ke rumah. Embong memberitahu Lia bahawa emaknya berada di dalam bilik. Mata Lia terbeliak besar, segera masuk menunduk hormat kerana orang di kiri dan di kanan. Dia mahu peluk ibunya puas-puas tetapi emaknya terbaring, matanya terpejam. Embong menyuruh Lia membiarkan ibunya tidur kerana asyik bercakap tadi. Dahlia mengangguk lalu membetulkan selimut yang melondeh, mata Saleha terbuka mendengar bisikan Dahlia. Dahlia terus memeluk ibunya tetapi belum sempat bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Lia kerana Az mahu berjumpa dengan Lia. Lia baru sedar, sewaktu di masuk ke bilik, tetamu di kiri dan di kanan, seorang daripadanya ialah Azhari.

            Dahlia memakai semula tudung yang telah dibuka kemudian ke bawah menerusi tangga tengah tetapi Az tiada di situ. Melati memberitahu bahawa Az berada di jalan menghadap deru sungai. Dahlia memanggil Az lalu mempercepat langkah menghampiri Az. Azhari berkata bahawa ibu Dahlia sudah balik . Dahlia mengangguk dan mengatakan bahawa selagi STPM belum lepas, masalah tetap ada. Ditanya kepada Dahlia tentang hubungan mereka, tentang Najib. Dahlia melangkah melalui titi yang rapuh, di sebelah kiri ialah rumah neneknya, tiba-tiba dia teringat neneknya, apa khabar neneknya? Az ingin tahu kedudukan hati Lia tetapi Lia pula menjawab bahawa kalau Az hendak tahu hatinya, tanya dulu hati Azhari sendiri. Azhari tidak faham, dia mengekori langkah Dahlia menuju ke halaman sebuah rumah. Dahlia memberitahu itu rumah neneknya. Dahlia berpesan kepada adik-adiknya agar melihat neneknya tetapi tiada sesiapa yang sudi. Lia memanggil beberapa kali neneknya, tiada jawapan. Azhari dan Lia berpandangan. Lia menolak pintu kuat-kuat tetapi pintu tidak juga terbuka. Azhari pula menolak dengan tubuhnya yang sasa, pintu terbuka. Dahlia segera menerpa ke arah tubuh yang terbaring, digoyang tubuh neneknya, tiada jawapan, dirasa dada neneknya, mata nenek tetap terpejam.

Bab 22: Kain Merah yang Reput

Bab 22: Kain Merah yang Reput

            Cerita bermula dengan Abu Bakar menemui kakaknya selepas solat Jumaat lalu bertanya sama ada Embong marak akan Bakar. Lia menjelaskan bahawa jika mereka menjadi anak yang baik, bapa mereka tidak akan marah. Bakar mengatakan bahawa tidak mungkin bapanya tidak marah tentang penjualan kambing olehnya. Dahlia memberitahu bahawa walaupun bapanya marah, kambing itu tidak akan diperoleh semula, bapanya menahan rasa marah. Dahila memberitahu Bakar bahawa mereka beruntung kerana ibu bapa mereka tidak pernah menyekat kebebasan mereka, tidak menengking mereka, jadi mereka perlu faham perasaan mereka sebagai anak. Bakar berasa sangat kesal dan sedar akan kesilapannya selama ini. Dia terikut-ikut rentak rakan-rakannya yang semuanya daripada keluarga senang.
            Bakar teringat kata-kata rakannya bahawa mereka selalu belanja Bakar, bila pula Bakar hendak belanja mereka? Bakar memberitahu bahawa dia tidak ada duit, kalau ada duit, dia akan belanja. Kawan-kawannya menanyakan bila masa Bakar hendak belanja mereka. Mereka menyuruh Bakar balik rumah, tengok cermin, lihat siapa diri Bakar, siapa mereka. Dahlia memberitahu bahawa ayahnya memilih anak Abu Bakar agar Bakar segagah Saidina Abu Bakar yang sanggup bersusah payah menghadapi cabaran menegakkan syiar Islam tetapi rupa-rupanya diri bapa mereka yang dibakar.
            Abu Bakar mendapatkan kakaknya yang duduk di pintu tengah. Selepas menyudahkan kerja rumah, adik-adiknya duduk di ruang tamu menelaah pelajaran. Bakar memberitahu Dahlia bahawa dia akan membuktikan bahawa dia boleh menjadi orang yang baik. Dahlia mengangguk sahaja dan tidak mahu mencabar. Bakar pula mengatakan bahawa jika Nek Kiah datang lagi menuntut tanah, dia akan memenggal kepalanya. Dahlia menegur Bakar supaya tidak bercakap begitu. Nek Kiah merupakan nenek mereka dan orang tua memang nyanyuk, tidak perlu dilayan, meminta Bakar bercakap dengan lembut, satu hari nanti Allah akan melembutkan hati nenek. Timbul persoalan dalam minda Bakar mengapa dirinya masih celopar dan mengikut perasaan. Kakaknya Dahlia yang menghadapi pelbagai cabaran, tetapi masih tabah.
            Bakar membuat apa-apa sahaja kerja, membelah kayu dan longgokannya di bawah rumah. Selepas menyusun kayu, dia mengemas di bawah rumah yang berselerak. Dahlia terasa lebih santai, tidak terkejar-kejar membuat kerja rumah. Jika kerja rumah dibereskan, pelajarannya pula tertinggal. Kata-kata Cikgu Hisyam terngiang-ngiang di telinganya bahawa Dahlia calon 5A dalam STPM, benarkah kata-kata Cikgu Hisyam itu atau sekadar menyedapkan hatinya. Dalam hati, Dahlia mahu tunaikan harapan Cikgu Hisyam. Dahlia hanya menyepi, membiarkan Abu Bakar yang membebel ketika mengemas di bawah rumah. Dahlia melihat rumah di depan, sepanjang hari, dia tidak nampak neneknya keluar. Kebiasaannya nenek sudah memberi ayam makna, menyidai pakaian, paling tidak membuka tingkap. Dahlia bertanya kepada Bakar sama ada dia nampak nenek. Bakar menjawab “lantak” dan dimarahi Lia. Menyedari kesilapannya, Bakar mengatakan bahawa dia tidak nampak, mungkin neneknya tidur. Di balai raya pagi tadi pun, Dahlia tidak nampak neneknya yang selalunya akan datang membantu. Apabila ditanya Melati, Melati juga mengatakan bahawa dia tidak nampak nenek, rumah neneknya juga tertutup. Dahlia terdiam, memikirkan tempat yang ditujuinya neneknya, tidak mungkin nenek pergi ke rumah Pak Cik Seman kerana sudah lama Seman tidak datang, lagipun pasti Pak Cik Seman sibuk dengan majlis Maulidur Rasul di kampungnya sendiri. Pada pendapat Lia, seburuk-buruk keluarganya di mata nenek, seburuk-buruk sikap nenek terhadap keluarganya, sebagai orang tua, nenek patut dihormati, apatah lagi mereka ada pertalian darah. Dahlia percaya kalau bukan kerana hasutan bapa saudaranya, nenek tidak akan bersikap seperti itu. Hati Lia tidak tenang, usia neneknya sudah melewati 80-an, hidup pula bersendirian, Lia bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku kepada neneknya.
            Bakar terjumpa sesuatu lalu memanggil kakaknya turun, Melati dan Kiambang yang mendengar panggilan juga bergegas turun. Dahlia, Kiambang dan Melati menutup hidung mereka kerana terbau sesuatu yang cukup busuk. Abu Bakar dengan perasaan prasangka menunjukkan satu bungkusan yang dicungkilnya dari dalam tanah. Kain merah yang reput dikuis. Bakar membawa keluar 2 biji telur ayam berwarna hitam. Sebiji sudah pecah, dipecahkan sebiji lagi, bau semakin busuk. Apabila dikuis isi telur, alangkah terperanjat apabila mendapati jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan 2 batang paku di dalam telur itu. Mereka saling berpandangan, Abu Bakar mengatakan bahawa ada orang yang dengki terhadap mereka. Dahlia tiak mahu mengulas kerana dia tidak mempercayai perkara syirik. Bakar berkata bahawa mereka tunggu bapanya balik dari balai raya, kalau bapanya setuju, mereka akan berjumpa dengan bomoh untuk mengetahui orang yang dengki akan mereka. Dahlia berkata bahawa tentu bapanya tidak akan bersetuju. Bakar berkata bahawa orang yang dengki akan keluarganya tidak boleh dibiarkan, mungkin itulah punca emak mereka sakit. Kalau mereka tahu orang yang dengki akan mereka, mereka boleh balas balik. Dahlia meminta Bakar jangan menyimpan perasaan dendam. Melati mengangguk, Kiambang pula diam sahaja, hatinya setuju dengan kata-kata abangnya. Dahlia menerangkan bahawa Allah yang menentukan semuanya bukan manusia. Dia tidak percaya perkara syirik seperti itu, surah An-Nisaa ayat 48 tetapi diingatinya.
            Dahlia melangkah, Melati bertanya ke mana Lia pergi. Lia ingin tahu sama ada Melati hendak mengikutnya ke rumah nenek dan menyuruh Bakar membuang benda yang dijumpainya ke dalam sungai, tidak perlu menunjukkannya kepada Embong, tidak ada faedahnya.  Kiambang pula menyatakan bahawa tidak perlu menengok neneknya, buat kerja lain lebih baik. Dahlia tidak marah kalau adik-adiknya tidak mahu ikut, mereka ada perasaan, berhak untuk marah. Orang marah dibalas dengan senyuman, orang keras dibalas dengan lembut. Dahlia selalu berdoa satu hari nanti, neneknya akan sedar.
            9 tahun lalu, semasa datuknya masih hidup, tiada halangan untuk Dahlia ke rumah nenek. Di halaman rumah nenek, dia bermain ketingting, gasing atau berkejaran di sekeliling rumah, bermain kahwin-kahwin dan sembunyi-sembunyi. Datuknya sering menceritakan cerita Bawang Merah Bawang Putih, Batu Belah, Batu Tertangkup dan Si Miksin menjadi Kaya. Datuk juga mengajarnya buat laying-layang, tangkap ikan pelaga di parit, menyerkup burung terkukur, menjerat burung ayam-ayam dan menyanyi berserulingkan daun ubi kayu. Sejak datuk tidak ada, hubungan dengan nenek semakin jauh. Duit hilang, dikatakan Lia yang mencurinya, getah hilang, dituduh adik-adiknya yang menjualnya, tanaman rosak, dikatakan kambing Lia merodoknya. Ada sahaja yang tidak kena.     

            Dahlia mengintai di celah pintu, di dalam gelap, tidak nampak apa-apa. Dia memijak tangga, sesampai di kepala tangga, dia mengintai menerusi celah pintu, sekujur tubuh terbaring di ruang tengah. Dahlia meminta neneknya membuka pintu, nenek bertanya apa yang dikehendaki Dahlia. Lia menolak pintu, pintu terbuka, Lia masuk, nenek memandang ke arahnya. Dahlia ingin tahu sama ada neneknya sakit. Nek Kiah berkata bahawa selama ini memang dia sudah sakit, mengapa baru sekarang Dahlia nak ambil tahu. Lia memberitahu dia akan membeli ubat untuk Nek Kiah. Nek Kiah pula mengatakan Lia tidak ada duit untuk membeli ubat dan sakitnya sudah lama. Dahlia menanyakan penyakit neneknya, Nek Kiah memberitahu bahawa dia sakit hati dan menghalau Dahlia, dia tidak mahu Dahlia datang lagi ke rumahnya. Nek Kiah berkata bahwa dia tahu dan tentu Lia gembira jika dia mati. Nek Kiah berpusing membelakangnya, menyedari kedatangannya tidak disenangi, Lia bergegas turun, sebelum pulang, Lia berkata bahawa neneknya tidak sihat, dia akan datang lagi untuk melihat neneknya. 

Bab 21:Hijrah Remaja Harapan

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

            Cerita bermula dengan Dahlia yang hendak pergi ke balai raya pagi waktu pagi, petang nanti giliran bapanya. Dahlia tidak mahu menjaga kera sumbang, sewaktu tinggal di asrama, Lia tidak berkesempatan untuk bercampur gaul dengan masyarakat kampung. Majlis Maulidur Rasul pada malam tahun ini akan diisi dengan ceramah keagamaan  yang dinanti-nantikan oleh penduduk selain bekerjasama menjayakan majlis.
            Dahlia sampai di balai raya 10 minit sebelum 9pagi tetapi suasana lengang. Haji Sulaiman yang tercegat di pintu balai raya gembira melihat kedatangan Dahlia, dia tidak tahu anak dara yang lain ke mana.Haji Sulaiman meminta Dahlia mengupas bawang besar dan lain-lain. Hari sudah siang tetapi tidak nampak orang kampung lagi. Malam nanti, Kadi Batu Pahat akan menyampaikan ceramah, Haji Sulaiman tidak tahu sama ada penduduk kampung akan datang? Takut orang kampung terperap di rumah menonton televisyen. Haji Sulaiman berasa geram kerana majlis memuliakan keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW tidak diminati oleh penduduk kampung.
            Dahlia terus melakukan kerja tanpa arahan sesiapa. Kerja-kerja dapur sudah menjadi rutin hidupnya. Haji Sulaiman bersama-sama Iman Deraman yang baru muncul sibuk mengarahkan orang kampung yang baru datang. Sesekali Dahlia menjeling, terlihat wajah Hj Sulaiman yang tidak ceria, dia tahu Hj Sulaiman jengel dengan sikap penduduk kampung. Aton muncul di belakang Dahlia bertanya kepada Hj Sulaiman tentang orang yang memberikan banyak barang di situ. Haji Sulaiman memberitahu bahawa barangan tersebut dibeli, diderma daripada orang ramai, tetapi banyak sumbangan daripada Tauke Lim. Aton memuji Tauke Lim seorang yang baik tetapi adakah halal dimakan barangan pemberian Tauke Lim. Haji Sulaiman berkata halal. Haji Sulaiman terus membuat kerja, orang semakin ramai, Aton sibuk ke sana ke sini, kerjanya kurang, cakapnya sahaja yang lebih, semua orang faham akan perangai Aton. Dahlia memotong mentimun pula. Abu Bakar, tanpa disedari rupa-rupanya berada tidak jauh daripadanya mencabut bulu ayam. Pada masa itu, Lia terbayang emaknya, teringat akan Azhari dan terkenang alam persekolahan.
            Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman meminta Aton berkahwin lagi supaya mulutnya tidak bising kerana kurang senang dengan orang yang banyak bercakap. Aton berkata bahawa dia boleh hidup sendiri tetapi ada orang , isterinya dihantar jauh-jauh, tetapi tak kisah kerana ada anak dara di rumah. Tangan Dahlia tiba-tiba menggigil mendengar kata-kata Aton. Aton memberitahu bahawa apa yang dikatakannya adalah betul, ramai lelaki yang datang, lepas seorang, seorang lagi. Hajah Maimon meminta Aton menutup mulutnya tetapi Aton mengatakan bahawa dia nampak sendiri, sekarang pula, Tauke Lim baik sangat dengan keluarga itu, dengar khabar hendak membantu keluarga itu belasan ribu ringgit, Tauke Lim juga yang untung.
            Tiba-tiba terdengar hentakan kuat, semua memandang ke satu arah. Masing-masing kehilangan kata apabila Dahlia tergesa-gesa meninggalkan tempat duduknya. Haji Sulaiman kehairanan. Abu Bakar berkata bahawa mencerca nama keluarganya, samalah menghinanya juga. Aton pula mengatakan bahawa kakaknya Dahlia perasan sangat. Abu Bakar seperti harimau menerpa ke arah Aton tetapi ditahan oleh Hj Sulaiman dan meminta Abu Bakar bersabar. Abu Bakar terdiam, sejak kebelakangan ini, walaupun dia suka mundar-mandir ke sana dan ke sini tetapi telinganya tidak dapat menahan fitnah seperti itu. Dahlia menangis sesampai di rumah, dia tidak dapat berbuat apa-apa selain menangis. Dahlia tidak menyangka Aton yang dihormatinya sebagai orang tua menyimpan dendam. Embong yang bersiap ke masjid kehairanan, Melati dan Kiambang pula tidak berani bertanya, pada masa itu, Abu Bakar pulang ke rumah. Embong bertanya Bakar dia dari mana, Bakar memberitahu dari balai raya dan bertanya apa yang berlaku kepada Dahlia. Bakar memberitahu mulut Aton memang patut dijahit semasa membuka tali kasut. Apabila ditanya oleh Embong ke mana Bakar hendak pergi, Bakar memberitahu bahawa dia hendak memujuk kakaknya. Embogn kehairanan dengan sikap Bakar yang tiba-tiba menjadi baik.
            Bakar menolak pintu yang tidak berkunci, dilihat kakaknya sedang terbaring. Kakaknya terlalu baik berbanding dengan dirinya tetapi mengapa pula dikata bukan-bukan oleh Aton?  Bakar meminta Lia bersabar , jangan fikirkan sangat kata-kata Aton yang bermulut celopar. Bakar memberitahu kalau bukan Haji Sulaiman menghalangnya, dia sudah kerjakan Aton. Dahlia memberitahu Bakar bahawa dia tidak kisah kata-kata orang. Semua orang cuma tahu bercakap, cabaran sudah terlalu banyak ditempuhi Dahlia, sejak emak sakit, bapa mereka masuk hospital, hinggalah tanah rumah ini hendak dijual. Bakar terdiam, menunduk. Dahlia memberitahu bahawa tidak ada sesiapa yang hendak menolong mereka, saudara mara pun buat tidak kisah, hanya Tauke Lim yang hendak membantu mereka. Bakar terasa kata-kata Dahlia itu menyindirnya. Dia menghentakkan kepalanya ke dinding, apabila ditanyakan sebabnya, Bakar berkata bahawa dia memang anak yang tidak berguna. Dahlia menggeleng. Dahlia memberitahu Bakar bahawa mereka tidak akan marah lagi jika Bakar hendak berjalan, atau tidak mahu balik ke rumah kerana mereka diajar hidup susah, kalau Bakar tidak peduli akan hal keluarga, mereka tidak akan mati kebuluran. Bakar menjerit “TIDAK”. Embong muncul dengan wajah kehairanan dan bertanya kepada Bakar apakah sebabnya, Abu Bakar memeluk bapanya Embong. Embong tidak tahu apa sebabnya. Dia memandang Dahlia, anak gadisnya tersenyum. Bakar berkata bahawa dia banyak menyusahkan bapanya, dialah yang menjual kambing bapanya.


Bab 20: Ingin Kujunjung Langit

Bab 20: Ingin Kujunjung Langit

            Cerita bermula dengan Embong dibenarkan pulang ke rumah, tidak sampai seminggu Embong ditahan di hospital. Sebenarnya, Embong ingin pulang awal untuk bekerja, melihat rumah dan menjaga anak-anak tetapi doktor tidak benarkan. Embong tidak sabar-sabar hendak ke kebun tetapi badannya masih lemah mungkin disebabkan bisa ular tedung atau kerana suntikan yang diberikan oleh doktor.
            Petang semalam, Tauke Lim melawatnya berbincang tentang tanah dan petang semalam Nek Kiah dan 2 orang lelaki datang mengukur tanah. Beberapa minit sebelum itu, Dahlia memberitahu Embong bahawa dia menyuruh nenek menunggu bapanya pulang barulah berbincang tentang isu tanah, tetapi nenek tetap menyuruh Lia meninggalkan rumah itu. Walaupun Dahlia telah memberikan macam-macam alasan tetapi neneknya tidak ambil peduli. Embong amat marah tetapi Dahlia meminta Embong jangan apa-apakan nenek. Embong faham akan maksud Lia, jika dia bertindak tanpa akal fikiran, anak-anaknya akan menjadi mangsa, dia tidak mahu menambah masalah. Embong meminta Dahlia mengambilkannya parang kerana dia hendak memotong dahan-dahan yang patah. Dahlia melarang kerana merasakan bapanya belum sihat sepenuhnya tetapi bapanya memberitahu kalau duduk sahaja, dia akan semakin sakit. Dahlia memberikan bapanya sebilah parang pendek, Embong mengambil batu asah yang terletak di tepi tempayan. Sambil mencangkung, Embong mengasah parang pendek, hanya beberapa minit parang sudah berkilat. Dia terdengar suara emak mentuanya. Dahlia muncul di muka pintu apabila dipanggil oleh neneknya dan menanyakan sebab nenek memanggilnya. Nek Kiah menanya Dahlia sama ada dia sudah lupa pesanannya semalam. Embong mengasah semula parangnya, Nek Kiah terdengar geselan besi dan batu, dia menoleh.  Nek Kiah terkejut melihat Embong dan bertanya Embong bila dia balik. Embong menjawab sudah lama. Nek Kiah bertanya kepada Dahlia pula tetapi dengan nada yang lebih lembut sedikit sama ada dia sudah memberitahu bapanya kata-kata neneknya semalam. Embong pula yang menjawab sudah kemudian Embong bertanya kepada Lia sama ada ayam jantan di reban masih ada kerana dia mahu menyembelih ayam itu. Embong memberitahu bahawa parang itu sudah lama tidak mencecah leher, sudah diasah tajam, mungkin sekali hayun putus leher ayam itu. Nek Kiah berasa tidak sedap hati mendengar kata Embong. Dahlia berasa bimbang bapanya akan bertindak jauh. Nek Kiah berasa geram lalu cepat beredar. Sambil  melangkah, mulut Nek Kiah menceceh. Embong tersenyum. Dahlia menarik nafas lega kemudian duduk di kepada tangga dan berkata bahawa neneknya akan datang lagi. Embong meminta Dahlia jangan bimbang kerana Embong ada. Dahlia berkata bahawa mereka tidak boleh membuat apa-apa jika nenek ingin menjual tanah kepada orang lain, sepatutnya mereka beli, tetapi dari mana mereka hendak mencari duit sebanyak itu. Embong terdiam. Dahlia memberitahu sebab itu dia bercadang hendak bekerja di kilang. Embong marah apabila Dahlia membangkitkan hal itu. Embong tidak mahu anak-anaknya seperti orang kampung yang sanggup terkejar-kejar duit hingga menyuruh anak berhenti belajar. Dahlia memberitahu bahawa dia mahu membantu bapanya. Embong perlu menyatakan bahawa kalau hendak membantu bapanya, Dahlia perlu belajar sampai ke univerisiti, kalau tidak ada duit, gadai barang kemas ibunya. Embong memberitahu bahawa dia masih kuat, mampu memberi makan kepada Dahlia dan adik-adiknya. Embong memberitahu bahawa jika anak-anaknya tidak berjaya dalam pelajaran, hidup keluarga mereka tidak akan berubah. Dahlia mempersoalkan masalah rumah mereka itu. Embong berkata Tauke Lim akan menolong. Dahlia memberitahu  bahawa mereka telah banyak menerima budi Tauke Lim. Embong pula mengatakan bahawa orang lain asyik bercakap sahaja, tetapi tidak sanggup membantu, lebih baik menerima budi daripada kaum lain.
            Embong meminta Dahlia ke sekolah esok, tetapi Dahlia memberitahu bahawa esok hari Jumaat, cuti. Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah hari Ahad, dia akan menjaga Anggerik, selepas Dahlia balik, baru Embong akan ke kebun. Embong terus melangkah menuju ke kebun getah, ranting-ranting kayu yang bertaburan dipungutnya, manakala kayu yang patah dipotongnya. Sambil memotong dahan –dahan kayu, dia teringatkan isterinya. Bertanyakan keadaan isterinya dan berkata bahawa sejak isterinya tiada, pelbagai dugaan ditanggung oleh mereka. Embong berkata bahawa walaupun dugaan mendatang dan terus mendatang, dia akan menjaga anak-anak mereka dengan baik dan tidak mahu anak-anaknya mengabaikan pelajaran.
            Sebuah motosial menderu masuk ke halaman, Tauke Lim berasa gembira melihat kawan baiknya sudah baik. Embong begitu terharu, sejak dia pulang pagi tadi, hanya tetamu inilah yang datang menjenguknya. Tauke Lim tidak terus ke tempat Embong tetapi melihat kayu sebesar ibu jari yang dicacak di tanah lalu berkata nampaknya betul-betul tanah itu hendak dijual. Embong berkata bahawa dia tidak dapat berfikir. Jika dipaksa keluar, dia tidak ada pilihan lain. Tidak tercatat walau sebaris surat yang membenarkannya tinggal di situ, cuma ikatan kekeluargaan sahaja. Tauke Lim memberitahu bahawa dia akan menolong Embong. Embong menyatakan dia berasa tidak sedap hati menerima budi orang kerana melibatkan wang yang banyak. Tauke Lim meminta Embong jangan berasa bimbang, dia ada duit, buat apa simpan banyak-banyak. Hari ini Embong menghadapi masalah, dia tolong, kemungkinan esok atau lusa, dia pula menghadapi masalah, masa itu Embong pula akan membantunya. Mereka tolong-menolong. Tauke Lim menyuruh Embong jangan peduli kata orang lain, mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak mahu menolong. Tauke Lim memberitahu bahawa walaupun dia oran Cina tetapi dia menganggap orang Melayu ialah bangsa yang paling baik. Dia dan keluarganya dapat hidup senang di situ. Sikap orang Melayu dulu suka tolong-menolong tetapi sekarang kurang sangat. Embong memberitahu orang sekarang sibuk mencari harta. Tauke Lim memberitahu bahawa semua orang hidup untuk mencari harta, mahu hidup senang. Ramai yang menolak jika ada kenduri-kendara. Esok pula majlis Malidur Rasul, Imam Deraman mengeluk kepada Tauke Lim kerana susah hendak menyuruh orang memasak, semua sibuk. Kalau pun ada yang sanggup, perlu dibayar upah. Embong memberitahu bahawa sikap orang bandar sudah masuk ke kampung tetapi Tauke Lim mengatakan bahawa orang bandar pun ada sikap bekerjasama.
           Tauke Lim berkata bahawa dia tidak meminta apa-apa, cuma dia berasa senang hati kalau mereka seperti dulu, ada sikap muafakat. Orang yang menanam nyiur kadang-kadang tidak makan buahnya. Dia junjung langit di situ, jika runtuh, sama-sama menahan. Embong memandang tepat ke wajah Tauke Lim. Dilihatnya Tauke Lim bukan orang lain, tetapi seperti darah daging dirinya sendiri.


Bab 19: Apabila Dua Jejaka Bertemu

Bab 19: Apabila Dua Jejaka Bertemu

            Cerita bermula dengan Dahlia teringat kata-kata Cikgu Hisyam semalam, kedatangan Cikgu Hisyam yang ingin meminta Dahlia mengubah fikirannya. Cikgu Hisyam berasa sayang akan kepintaran Dahlia, cuma tinggal empat lima bulan lagi peperiksaan STPM akan bermula. Ketika kata-kata diluahkan oleh Cikgu Hisyam, Dahlia hanya mendiamkan diri. Cikgu Hisyam  menerangkan bahawa petang itu dia ada taklimat peperiksaan di Jabatan Pendidikan, pengetua meminta Cikgu Hisyam ke rumah Dahlia juga, Cikgu Hisyam mengajak Kavita kerana pernah ke rumah Dahlia. Kavita memberitahu bahawa mereka sudah terasa kehilangan Dahlia dan meminta Dahlia ke sekolah. Dahlia juga merindui sekolah tetapi keadaan adik-adiknya tidak mengizinkannya ke sekolah. Kavita meminta Dahlia ke sekolah jika bapanya sudah sihat. Namun pada pandangan Dahlia, walaupun memang menjadi tanggungjawab orang tuanya memastikan kejayaan anak-anak, tetapi bagaimana pula dengan tugas anak. Dahlia memberitahu kalau kawan-kawannya memberikan nota, tentu dapat memudahkannya. Cikgu Hisyam meminta Dahlia berfikir semula keputusannya. Lamunan Dahlia terputus apabila Najib bertanya sama ada keputusan Lia sudah muktamad. Dahlia sendiri faham pelajaran itu penting malah meradang apabila anak-anak muda kampung meninggalkan sekolah untuk bekerja di kilang untuk gaji yang tidak seberapa. Jika keluarga mereka daripada golongan susah lain pula cerita tetapi semuanya bolehlah dikatakan keluarga berada. Beberapa orang anak muda kampung berpendapat bahawa walaupun masuk universiti belum tentu dapat kerja.  Dahlia memberitahu Njaib bahawa dia tidak ada pilihan lain. Najib melangkah ke tingkap, dia melihat dua orang lelaki sedang menjalankan kerja ukur-mengukur. Najib bertanya kepada siapa orang-orang itu, Dahlia pula mengatakan tapak tanah yang didiaminya akan dijual. Dahlia tidak memberikan orang yang hendak menjual tanah itu apabila ditanya oleh Najib. Lia tidak sanggup membuka pekung di dada. Najib menanyakan harga tanah tetapi Lia tidak menjawab. Najib ingin tahu siapa perempuan tua yang berada di situ, Dahlia memberitahu bahwa orang itu neneknya. Najib ingn tahu pula sebab nenek Lia berada di situ, Dahlia memberitahu dia tidak tahu. Najib meminta Dahlia memberitahu harganya, dia akan uruskannya. Dahlia menggeleng, Najib seperti dirinya belum bekerja, tidak ada wang sebanyak itu, kalau ada pun mesti pemberian ibu bapa Najib. Najib menanyakan sebab Lia tidak mahu menerima pertolongan adakah takut Najib akan meminta balasan?
            Sebuah kereta tiba-tiba menuju ke halaman, Dahlia cuba mengecam tetamu yang datang, tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Dahlia bingkas menuju ke anjung, Azhari sudah keluar dari kereta. Azhari berasa hairan melihat kereta biru yang terletak bersebelahan keretanya dan mengagak orang yang datang ke rumah Dahlia. Tujuannya datang untuk berbicara dengan Dahlia sahaja nampaknya tidak kesampaian. Dahlia menjemput Azhari naik ke rumah, Azhari bertanya tentang tetamu yang datang, Dahlia memberitahu kawannya. Dahlia memperkenalkan Najib kepada Azhari. Azhari musykil, sebab sekolah Lia sekolah perempuan, mengapa ada kawan lelaki. Azhari berjabat tangan dengan Najib. Azhari bertanya beberapa soalan kepada Najib. Najib memberitahu  bahawa dia dari Sekolah Tinggi Batu Pahat, kawan baik Lia, datang ke rumah Dahlia kerana Dahlia sudah lama tidak ke sekolah. Dahlia berasa bimbang, dia berharap agar Najib tidak berkata yang bukan-bukan sebab Azhari mudah prasangka. Najib pula bertanya tentang Azhari. Azhari memberitahu bahawa dia dari Johor Bahru, rumahnya di Parit Haji Sirat, hampir dengan Air Hitam.  Apabila Najib bertanya tentang hubungan Azhari dengan Dahlia. Azhari bertanya semula, apakah hubungannya dengan Dahlia seraya memandang ke arah Dahlia yang keberatan untuk duduk. Azhari bertanya kepada Lia apa yang harus dikatakannya kepada Najib. Dahlia meminta diri untuk ke dapur, segala-galanya  semacam tak kena. Dia memikirkan perkara yang dibincangkan oleh Azhari dan Najib. Di hati Lia, cuma ada satu nama, tetapi sikapnya yang tidak berterus terang tentu boleh mengeruhkan keadaan.
            Nenek Lia memanggil Dahlia seakan-akan tahu Lia berada di dapur. Nenek Lia mengatakan bahawa Lia hendak menjadi orang yang tidak baik, lepas seorang lelaki, datang seorang lagi, kali ini kedua-dua lelaki sekali ke rumahnya. Nenk Lia mengatakan bahawa itu memang rancangan Dahlia menunggu orang tuanya tidak berada di rumah, mudahlah untuk Lia berkelakuan seperti itu. Dahlia tidak sanggup memandang wajah neneknya. Nenek Kiah terus mengatakan bahawa tidak semua cucunya baik, ada yang menyedapkan hati, ada yang menyusahkan. Nek Kiah meminta Lia melihat betul-betul 2 orang lelaki yang mengukur tanah. Nampaknya mereka sudah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, malah dikatakan murah. Nek Kiah mengingatkan Dahlia bersiap awal. Pesan Nek Kiah kepada Dahlia agar ingat kata-katanya dengan keras lalu beredar. Dahlia berasa tindakan neneknya sudah keterlaluan, mereka darah daging Nek Kiah. Kalau bapanya ada, tentu mulut Nek Kiah tidak selancang itu.

            Tiba-tiba terdengar enjin kereta berbunyi, Dahlia dapat mengecam itu kereta Azhari. Dahlia berasa hairan kerana Azhari baru sampai  sudah mahu balik, dia cepat-cepat ke depan tetapi kereta Azhari sudah berlalu. Dahlia bertanya kepada Najib perkara yang berlaku, sama ada mereka bergaduh? Najib menggeleng. Najib memberitahu Azhari memberitahunya bahawa Dahlia bakal isterinya. Najib berpendapat Azhari tidak boleh berkata begitu lalu memberitahu Azhari bahawa dia sudah lama berkawan dengan Dahlia. 

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

            Cerita bermula dengan Dahlia membawa Anggerik ke hospital untuk berjumpa dengan bapanya. Dalam perjalanan, Dahlia memikirkan nasib keluarganya yang dipaksa berpindah. Dahlia melihat keadaan kampungnya, tempat dia dilahirkan dan menyimpan hajat untuk mengubah keadaan kampungnya, tetapi jika dia meninggalkan sekolah, adakah impiannya akan tercapai? Dahlia memikirkan penyakit emaknya yang tidak diketahui bila akan sembuh, bapanya yang belum dapat keluar dari hospital, kalau keluar daripada hospital pun tidak dapat terus bekerja, siapa yang akan membiayai makan minum serta perbelanjaan harian? Malahan bagaimana hendak menyediakan wang sebanyak RM 15,000 yang diinginkan oleh neneknya.
            Dahlia tidak sampai melihat adiknya yang jalan terkial-kial lalu didukungnya. Dahlia tidak tahu sama ada hendak berhenti atau bersekolah. Dahlia mahu bersekolah, mahu meraih kejayaan, mahu membuktikan anak kampung juga boleh berjaya ke menara gading. Sebagai anak sulung, wajar dia menjadi contoh, jika dia tidak memulakannya, siapa lagi? Dahlia juga memikirkan jika berhenti sekolah, tidak bolehkah dia belajar? Apa yang penting keinginan, jika semangat kuat dengan keadaan serba kekurangan pun boleh meraih kejayaan. Dahlia mengeluh, dia amat sayang akan alam persekolahan. Kalau dia berhenti, kemudian bekerja dan belajar sendiri tentu akan memeranjatkan kawan-kawannya.
            Di pondok bas, Dahlia duduk di kerusi panjang mengharapkan bas cepat sampai, boleh cepat menemui bapanya dan meredakan kerinduan adiknya. Dahlia memerlukan wang, wang perlu untuk hidup, di manakah dia boleh mendapatkan longgokan wang jika tidak berusaha dari sekarang? Bangunan kilang di depan matanya seakan-akan menunggu kedatangannya. Politeknik Batu Pahat tetap di situ. Dahlia dapat merasakan pembangunan semakin pesat, tetapi nasibnya terus begitu.
            Kereta bertali arus di jalan raya, satu suara bertanya kepada Dahlia apa yang dilakukannya. Dahlia menoleh, Tauke Lim bertanya sama ada Dahlia pergi melawat bapanya, Dahlia mengangguk. Tauke Lim yang kedai runcitnya di depan, melangkah ke pondok dan menyatakan Nek Kiah ada datang ke rumah Dahlia. Dahlia terdiam, itu hal keluarga,mengapa orang lain perlu tahu. Persoalan timbul dalam fikiran Dahlia bagaimana Tauke Lim tahu tentang hal itu padahal semasa kedatangan neneknya semalam, tiada sesiapa yang tahu. Tauke Lim menanyakan Dahlia tempat  yang akan didiaminya nanti dan mengatakan bahawa berpindah-randah bukan perkara baik, Tauke Lim menerangkan bahawa dia suka berpindah tetapi berpindah untuk mencari peluang perniagaan. Dahlia tidak faham maksud Tauke Lim. Tauke Lim memberitahu bahawa bukankah Dahlia sudah bersetuju untuk menjual tanah? Dahlia memberitahu Tauke Lim perkara itu karut. Pada masa itu bas menuju ke Bandar  Penggaran tiba, disebabkan asyik bersembang, Dahlia pula untuk menahan bas itu. Tauke Lim menerangkan bahawa bapa Dahlia kawan baiknya seperti adik-beradik, kalau Dahlia menghadapi masalah tidak perlu berahsia, hidup mereka perlu bagai aur dengan tebing. Tauke Lim memberitahu bahawa bapa Dahlia ke kampung ini bersama-sama Tauke Lim dari Melaka, dia berniaga, Embong pula bekerja di estet. Estet itu sudah didirikan kilang. Tauke Lim dan Embong bagai saudara, susah senang tanggung bersama, jadi Dahlia tidak perlu berahsia dengannya. Dahlia bersetuju dengan kata-kata Tauke Lim yang fasih berbahasa Melayu. Dahlia berpendapat orang memang suka mendengar cerita, mengetawakan lebih banyak, tetapi yang sudah menolong, tiada. Ada suara memberitahunya mungkin ada orang yang sudi menolong seperti Tauke Lim. Dahlia memberitahu bahawa Tauke Lim tidak tahu nasib keluarganya. Tauke Lim pula mengatakan bahawa silapnya Dahlia bersetuju untuk berpindah.Dahlia menafikannya, lalu mengatakan Nek Kiah mendesak, tetapi dia diam sahaja. Tauke Lim berkata rupa-rupanya Seman yang membuat hal dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis. Tauke Lim memberitahu Dahlia bahawa Seman datang berjumpa dengan semalam. Tauke Lim memberitahu Dahlia bahawa Seman ingin menjual tanah, Tauke Lim berasa hairan kerana keluarga Dahlia tinggal di situ, Seman memberitahu bahawa Lia sanggup berpindah. Seman ingin jual tanah itu dengan harga yang cukup murah iaitu RM 10,000. Dahlia berasa hairan kerana neneknya memberitahu dia hendak menjual tanah itu dengan harga RM 15,000. Tauke Lim berasa hairan dan pelik kerana Seman sekeluarga dengan Dahlia tetapi bermusuhan.  Sepatutnya adik-beradik yang membantu, Seman pula tidak membuat malah mengambil kesempatan. Tauke Lim mengeluh orang seperti Seman itu wujud dan memberitahu bahawa Seman banyak berhutang. Tauke Lim memberitahu bahawa dia tidak tahu melihat orang dianiaya, Nek Kiah bukan tidak cukup duit, semasa membeli barang di kedai Tauke Lim, Nek Kiah membayar dengan duit RM 100, pasti telah dihasut oleh Seman.
            Tauke Lim menanyakan Dahlia apa yang akan dilakukannya sekarang. Lia memberitahu bahawa dia tidak tahu tetapi berfikir dengan bekerja di kilang untuk mencari duit. Tauke Lim mempersoalkan duit yang akan diperoleh Dahlia dengan bekerja di kilang, bagaimana pula dengan persekolahannya? Dahlia sepi lalu menyatakan bahawa dia mahu banyak meminta daripada orang lain, tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tauke Lim menyuruh tidak perlu fikir tentang duit yang diminta oleh neneknya, dia akan berbincang dengan Embong, dia akan cuba menolong, tetapi Dahlia perlu menolongnya. Dahlia tersentak, budi yang ditabur masakan meminta balasan. Dia berharap Tauke Lim jangan meminta lebih daripada sepatutnya. Tauke Lim mengatakan bahawa anaknya Ann, akan mengambil peperiksaan, tetapi karangan bahasa Melayunya tidak begitu baik masih ada gaya orang Cina bercakap, Tauke Lim mahu karangan anaknya ada peribahasa, mutiara kata, atau kata-kata hikmat, barulah karangan itu sedap dibaca. Dahlia tersenyum. Tauke Lim menyambung pula bahawa dia yang tidak bersekolah tinggi boleh menulis lebih baik daripada anaknya. Pada pendapat Tauke Lim mungkin di sekolah Ann bercampur dengan orang Cina sahaja, tidak mahu bercampur dengan kaum lain dan ingin tahu sama ada Dahlia bersetuju untuk mengajar Ann.Dahlia memberitahu tidak menjadi masalah, dia akan berbincang dengan Ann. Tauke Lim mengangguk kegirangan. Baginya duit boleh dicari tetapi peluang untuk anaknya merebut kecemerlangan dalam peperiksaan tidak mudah diperoleh. Orang Cina yang sudah menjadi rakyat Malaysia, patut mendapat A dalam Bahasa Melayu, bukan sekadar cukup makan, itu cara Tauke Lim berfikir.

            Sebuah motosikal masuk ke kampung. Penunggangnya membawa motosikal dengan gaya menunduk, dia memulas tali minyak kerana mahu motosikal bergerak selaju mungkin. Debu berterbangan. Tauke Lim bertanya kepada Dahlia penunggangnya Bakar? Dahlia mengagguk. Kata Tauke Lim, Bakar contoh anak tak guna, dia malu hendak tengok muka Bakar. Walaupun keluarganya susah, dia buat bodoh sahaja. Belajar sekerat jalan, tidak mahu bekerja. Dahlia memberitahu Tauke Lim bahawa dia sudah puas menasihati adiknya. Tauke Lim memberitahu Dahlia bahawa dia juga sudah puas menasihati Bakar, kalau Bakar mahu mencari duit, tolong jaga kedai Tauke Lim, nanti dia membayar gaji. Sebuah kereta Honda Civic tiba-tiba berhenti, seorang penumpang menoleh ke arah Dahlia, Cikgu Hisyam yang datang.

Thursday, December 17, 2015

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Bab 17: KuPertahankan Tanah Sekangkang Kerag

            Cerita bermula dengan Dahlia membaca nota sejarah tentang pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum. Dahlia mencuri masa untuk membaca sewaktu Anggerik masih lena pada waktu pagi. Setiap pagi, ada saja kerja, siap solat, menyediakan sarapan, membasuh pakaian, memandikan Anggerik dan mengemas rumah. Semua perkara yang dilakukan mengingatkannya kepada rangkaian duka dengan kisah yang tidak berkesudahan. Neneknya yang sudah 2 kali pergi haji itu belum pasti mahu menolong mereka. Kesempitan wang yang berlaku sekarang tidak menambah rasa simpati neneknya
       Gegaran enjin motosikal menyebabkan Dahlia bingkas, belum sempat meramalkan orang yang datang, Abu Bakar masuk ke bilik. Dahlia mahu menerangkan keadaan keluarga mereka kepada Bakar tetapi merasakan perbuatannya hanya membuang masa namun diterangkan juga kerana sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai kakak. Bakar pula menjawab bahawa dia bukan bomoh tidak tahu mengubat ibunya, bapanya yang suka bunuh ular sebab itu dipatuk ular lalu beredar ke bawah dengan beg plastik dibimbit bersama. Dahlia naik marah mendengar kata-kata Bakar. Dalam hatinya, dia merasakan dia membuang masa sahaja melayan Bakar, lebih baik Bakar pergi, jangan balik lagi. Setelah Bakar pergi jauh, Dahlia segera masuk ke bilik untuk memastikan barang-barang yang dibawa oleh adiknya. Dalam bilik, pakaian yang berlipat di rak bertaburan, ditariknya sehelai baju yang terjuntai, yang lain ikut jatuh dan Dahlia nampak sebuah dompet yang diketahui milik siapa. Baju diletakkan di rak, dompet kepunyaan adiknya dibelek, dikira helaian kertas warna merah, sejumlah RM 120.00. Dahlia tidak tahu di mana Bakar mendapat duit itu kerana Bakar tidak bekerja. Dompet diletakkan di bawah tilam. Jika adiknya balik, dia akan bertanya kepada Bakar sebelum memulangkan dompetnya.
       Tiba-tiba terdengar deruan kereta, diingat Bakar dengan kawan-kawannya. Rupa-rupanya Azhari. Azhari hanya bercakap di keretanya kerana ada kawan di dalam kereta. Azhari memberitahu Dahlia bahawa dia kena ambil barang di Hospital Batu Pahat dan bertanya di mana bapa Dahlia. Dahlia terkejut apabila Azhari memanggil bapa Dahlia sebagai “abah”. Azhari memberitahu Dahlia bahawa bapanya bakal bapanya juga. Azhari terkejut apabila Dahlia memberitahu bahawa bapanya dimasukkan ke hospital 4 hari lalu selepas rombongan Azhari balik. Dahlia pula bertanyakan keadaan emaknya, Azhari memberitahu bahwa emak Dahlia masih seperti dulu, Azhari datang kerana hendak meminta pakaian ibu Dahlia supaya ibunya boleh bertukar pakaian. Dahlia segera ke bilik memilih pakaian yang sesuai sebanyak 4 pasang untuk dibawa ke hospital. Azhari segera menuju ke kereta setelah menanyakan wad bapa Dahlia ditempatkan. Dahlia ingin bertanya kepada Azhari tetapi tidak sempat lelaki itu sudah pergi.

       Dahlia menoleh ke kiri apabila Nek Kiah memanggilnya. Nek Kiah menanyakan orang yang datang. Dahlia memberitahu bahawa kawannya yang datang minta baju untuk dihantar kepada ibunya. Nek Kiah pula memberitahu Dahlia kalau hendak buat jahat, jangan di kampung ini, kawan lelakinya datang semasa ibu bapanya tidak ada di rumah lalu Nek Kiah duduk di anak tangga anjung. Nek Kiah menanyakan hal semalam yang diberitahu kepada Dahlia. Dahlia terjelepok di lantai, buat-buat tak faham perkara yang dikatakan oleh neneknya. Nek Kiah mengingatkan Dahlia hal tentang tanah, Nek Kiah nak jual, kalau Dahlia mahu, Nek Kiah suruh beli dengan harga 15 ribu. Dahlia memberitahu bahawa dia tidak ada duit, tunggulah sehingga bapanya sihat. Nek Kiah teringat kata-kata anaknya Seman yang menyuruhnya jangan menunggu lagi kerana harga sekarang mahal. Seman menerangkan bahawa orang yang hendak membeli tanah hendak membuat rumah sewa kerana di depan kampung ada kilang dan politeknik. Dahlia menerangkan bahawa kalau mereka setuju pun, bukan senang hendak berpindah-randah. Rumah ini hendak dirobohkan, kemudian membina rumah baharu. Nek Kiah memberitahu bawah itu niatnya supaya hantu-hantu tidak ada lagi.  Dalam hatinya, Dahlia menyatakan bahawa soal sakit atau sihat, hidup atau mati, sudah ditentukan. Bukan disebabkan hantu jembalang.  Nek Kiah ingin tahu sama ada Dahlia setuju? Dahlia memberitahu bahawa dia tidak ada kuasa untuk mengatakan setuju. Nek Kiah bingkas, matanya seakan-akan mahu menelan wajah Dahlia dan berkata bahawa sama ada setuju atau tidak, esok atau lusa ada orang akan datang, pandai-pandailah Dahlia memberikan jawapan.