Bab
21: Hijrah Remaja Harapan
Cerita bermula dengan Dahlia yang
hendak pergi ke balai raya pagi waktu pagi, petang nanti giliran bapanya.
Dahlia tidak mahu menjaga kera sumbang, sewaktu tinggal di asrama, Lia tidak
berkesempatan untuk bercampur gaul dengan masyarakat kampung. Majlis Maulidur
Rasul pada malam tahun ini akan diisi dengan ceramah keagamaan yang dinanti-nantikan oleh penduduk selain
bekerjasama menjayakan majlis.
Dahlia sampai di balai raya 10 minit
sebelum 9pagi tetapi suasana lengang. Haji Sulaiman yang tercegat di pintu
balai raya gembira melihat kedatangan Dahlia, dia tidak tahu anak dara yang
lain ke mana.Haji Sulaiman meminta Dahlia mengupas bawang besar dan lain-lain.
Hari sudah siang tetapi tidak nampak orang kampung lagi. Malam nanti, Kadi Batu
Pahat akan menyampaikan ceramah, Haji Sulaiman tidak tahu sama ada penduduk
kampung akan datang? Takut orang kampung terperap di rumah menonton televisyen.
Haji Sulaiman berasa geram kerana majlis memuliakan keputeraan junjungan besar
Nabi Muhammad SAW tidak diminati oleh penduduk kampung.
Dahlia terus melakukan kerja tanpa
arahan sesiapa. Kerja-kerja dapur sudah menjadi rutin hidupnya. Haji Sulaiman
bersama-sama Iman Deraman yang baru muncul sibuk mengarahkan orang kampung yang
baru datang. Sesekali Dahlia menjeling, terlihat wajah Hj Sulaiman yang tidak
ceria, dia tahu Hj Sulaiman jengel dengan sikap penduduk kampung. Aton muncul
di belakang Dahlia bertanya kepada Hj Sulaiman tentang orang yang memberikan
banyak barang di situ. Haji Sulaiman memberitahu bahawa barangan tersebut
dibeli, diderma daripada orang ramai, tetapi banyak sumbangan daripada Tauke
Lim. Aton memuji Tauke Lim seorang yang baik tetapi adakah halal dimakan
barangan pemberian Tauke Lim. Haji Sulaiman berkata halal. Haji Sulaiman terus
membuat kerja, orang semakin ramai, Aton sibuk ke sana ke sini, kerjanya
kurang, cakapnya sahaja yang lebih, semua orang faham akan perangai Aton.
Dahlia memotong mentimun pula. Abu Bakar, tanpa disedari rupa-rupanya berada
tidak jauh daripadanya mencabut bulu ayam. Pada masa itu, Lia terbayang
emaknya, teringat akan Azhari dan terkenang alam persekolahan.
Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman
meminta Aton berkahwin lagi supaya mulutnya tidak bising kerana kurang senang
dengan orang yang banyak bercakap. Aton berkata bahawa dia boleh hidup sendiri
tetapi ada orang , isterinya dihantar jauh-jauh, tetapi tak kisah kerana ada
anak dara di rumah. Tangan Dahlia tiba-tiba menggigil mendengar kata-kata Aton.
Aton memberitahu bahawa apa yang dikatakannya adalah betul, ramai lelaki yang
datang, lepas seorang, seorang lagi. Hajah Maimon meminta Aton menutup mulutnya
tetapi Aton mengatakan bahawa dia nampak sendiri, sekarang pula, Tauke Lim baik
sangat dengan keluarga itu, dengar khabar hendak membantu keluarga itu belasan
ribu ringgit, Tauke Lim juga yang untung.
Tiba-tiba terdengar hentakan kuat,
semua memandang ke satu arah. Masing-masing kehilangan kata apabila Dahlia
tergesa-gesa meninggalkan tempat duduknya. Haji Sulaiman kehairanan. Abu Bakar
berkata bahawa mencerca nama keluarganya, samalah menghinanya juga. Aton pula
mengatakan bahawa kakaknya Dahlia perasan sangat. Abu Bakar seperti harimau
menerpa ke arah Aton tetapi ditahan oleh Hj Sulaiman dan meminta Abu Bakar
bersabar. Abu Bakar terdiam, sejak kebelakangan ini, walaupun dia suka
mundar-mandir ke sana dan ke sini tetapi telinganya tidak dapat menahan fitnah
seperti itu. Dahlia menangis sesampai di rumah, dia tidak dapat berbuat apa-apa
selain menangis. Dahlia tidak menyangka Aton yang dihormatinya sebagai orang
tua menyimpan dendam. Embong yang bersiap ke masjid kehairanan, Melati dan
Kiambang pula tidak berani bertanya, pada masa itu, Abu Bakar pulang ke rumah.
Embong bertanya Bakar dia dari mana, Bakar memberitahu dari balai raya dan
bertanya apa yang berlaku kepada Dahlia. Bakar memberitahu mulut Aton memang
patut dijahit semasa membuka tali kasut. Apabila ditanya oleh Embong ke mana
Bakar hendak pergi, Bakar memberitahu bahawa dia hendak memujuk kakaknya.
Embogn kehairanan dengan sikap Bakar yang tiba-tiba menjadi baik.
Bakar menolak pintu yang tidak
berkunci, dilihat kakaknya sedang terbaring. Kakaknya terlalu baik berbanding
dengan dirinya tetapi mengapa pula dikata bukan-bukan oleh Aton? Bakar meminta Lia bersabar , jangan fikirkan
sangat kata-kata Aton yang bermulut celopar. Bakar memberitahu kalau bukan Haji
Sulaiman menghalangnya, dia sudah kerjakan Aton. Dahlia memberitahu Bakar
bahawa dia tidak kisah kata-kata orang. Semua orang cuma tahu bercakap, cabaran
sudah terlalu banyak ditempuhi Dahlia, sejak emak sakit, bapa mereka masuk
hospital, hinggalah tanah rumah ini hendak dijual. Bakar terdiam, menunduk.
Dahlia memberitahu bahawa tidak ada sesiapa yang hendak menolong mereka,
saudara mara pun buat tidak kisah, hanya Tauke Lim yang hendak membantu mereka.
Bakar terasa kata-kata Dahlia itu menyindirnya. Dia menghentakkan kepalanya ke
dinding, apabila ditanyakan sebabnya, Bakar berkata bahawa dia memang anak yang
tidak berguna. Dahlia menggeleng. Dahlia memberitahu Bakar bahawa mereka tidak
akan marah lagi jika Bakar hendak berjalan, atau tidak mahu balik ke rumah
kerana mereka diajar hidup susah, kalau Bakar tidak peduli akan hal keluarga,
mereka tidak akan mati kebuluran. Bakar menjerit “TIDAK”. Embong muncul dengan
wajah kehairanan dan bertanya kepada Bakar apakah sebabnya, Abu Bakar memeluk
bapanya Embong. Embong tidak tahu apa sebabnya. Dia memandang Dahlia, anak
gadisnya tersenyum. Bakar berkata bahawa dia banyak menyusahkan bapanya, dialah
yang menjual kambing bapanya.
No comments:
Post a Comment