Novel T5: Songket Bebenang Emas
Bab 2: Detik-Detik Hati Tersentuh
Cerita bermula dengan ketika dalam
perjalanan pulang ke rumah, Dahlia bertembung dengan Aton (balu beranak satu)
Kata-kata Aton menyentuh hati Dahlia kerana Aton mengatakan bahawa ibu Dahlia “
tidak betul”dan Aton nampak Azhari menghantar Dahlia pulang dengan kereta lalu
mengatakan bahawa tidak lama lagi Saleha(ibu Dahlia) akan mendapat menantu.
Apabila sampai di rumah, Dahlia
mendengar adiknya Anggerik sedang menangis. Melati (11 tahun) menyambut
kepulangan kakaknya Dahlia di tangga. Dahlia segera membersihkan kakinya yang
penuh dengan lumpur lalu menuju ke dapur. Adik bongsunya, Anggerik
berguling-guling di lantai. Susu yang dibancuh tidak diminum kerana cair.
Dahlia memanggil Kiambang (gadis sunti Tingkatan 1) yang masih berpakaian
sekolah untuk menjaga Anggerik kerana dia perlu memasak untuk makan malam.
Dahlia meminta Melati membeli susu,
Melati meminta duit, Dahlia menyuruh Melati berhutang dengan Tauke Lim, Melati
berasa malu kerana selalu berhutang. Ketika keluar melalui pintu belakang,
Melati kembali memberitahu Dahlia bahawa ibu mereka berada di kebun. Dahlia
segera mendapatkan ibunya, Dahlia berpesan kepada Melati untuk membeli sekilo
gula pasir.
Dahlia menyarung kasut getah menuju ke
arah ibunya, Dahlia memerhatikan tingkah laku ibunya yang bercakap sendirian
dan berseloka “ Emak Si Randang”. Emaknya tidak pernah belajar puisi, tetapi
tiba-tiba boleh berseloka. Dahlia memanggil ibunya yang berusia 39 tahun itu
tetapi Saleha (ibu Dahlia) tidak mengenali anaknya sendiri. Dahlia memeluk
ibunya dengan kuat tetapi ibunya meronta-ronta lalu menolak Dahlia sehingga
jatuh ke tanah yang becak. Pada ketika itu Embong (bapa Dahlia) muncu untuk
mendapatkan anak gadisnya dan menanyakan sebab anaknya berada di situ. Dahlia
menuding ke arah ibunya. Embong terkejut melihat keadaan isterinya yang
berkelakuan ganjil sejak akhir-akhir ini. Apabila Embong menghampiri Saleha,
Saleha berlari semakin jauh, meredah paku-pakis. Dahlia dan Embong cuba membawa
Saleha balik tetapi tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment