Bab 16: Bisa Ular Tedung
Cerita bermula dengan Mawar
yang tidak mah belajar lagi memikirkan nasib ibu, bapa dan siapa yang akan
menjaga adik-adiknya. Dahlia memarahi Mawar yang berkata begitu. Dahlia
memberitahu bahawa tidak lama lagi ibunya akan sihat, luka bapanya yang dipatuk
ular bukan teruk, Anggerik pula sudah pulih. Dahlia mengatakan bahawa biar dia
yang menguruskannya. Tugas Mawar adalah belajar dan jangan lupa janjinya kepada
ibu mereka. Setelah diasak baru Mawar sanggup balik ke asrama semula. Jam
menunjukkan 3.41pm, masih lama sebelum dia dibenarkan untuk melawat bapanya.
Hari ini Dahlia tidak ke sekolah kerana menjaga adiknya Anggerik, Melati dan
Kiambang sanggup bergilir-gilir tidak ke sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi
Dahlia tidak membenarkannya. Dahlia memikirkan sampai bila dia harus mengalah,
emak sakit, kambing hilang dan bapa dipatuk ular tedung, dia berharap dia yang
dipatuk dan terlantar di hospital agar bapanya dapat bekerja mencari nafkah.
Dahlia berasa kecewa memikirkan semuanya, tetapi teringatkan ujian Allah kepada
Nabi Ibrahim berbanding dengan dirinya. Jika Nabi Ibrahim dapat menghadapinya
dengan tabah, tentu dia juga dapat melakukannya.
Dahlia tercegat di kaki
lima, melihat persekitaran Hospital Batu Pahat yang sepi. Dalia memandang ke
belakang apabila namanya dipanggil. Kavita dan Cikgu Hisyam menghampirinya.
Kavita bersalam dengan Kavita dan menanya sebab Dahlia berada di situ. Dahlia
memberitahu bapanya dipatuk ular tedung. Cikgu Hisyam menerangkan bahawa mereka
menghantar Siti Wangi yang tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu berlatih bola
jaring. Kavita memberitahu bahawa Siti Wangi di wad 3 belum sedarkan diri.
Kavita meminta kebenaran Cikgu Hisyam untuk melawat bapa Dahlia. Cikgu Hisyam
bersetuju, mereka bertiga ke wad. Sesampai di katil no 36, bapa Dahlia masih
tidur. Dahlia memberitahu Cikgu Hisyam bahawa bapanya dipatuk ular ketika mandi
sunat sebelum sembahyang Jumaat. Cikgu Hisyam meminta Kavita fotostat nota
untuk Dahlia sepanjang Dahlia tidak ke sekolah. Dahlia terharu mendengar kata
Cikgu Hisyam, nampaknya harapan Cikgu Hisyam terhadap dirinya masih tinggi.
Semalam, semasa Dahlia
melawat bapanya, bapanya berpesan kepada Dahlia untuk menjaga adik-adiknya,
memberitahu bahawa terdapat RM 60.00 di bawah katil, gunakan duit itu untuk
belanja sekolah, kalau habis…..Embong tidak dapat meneruskan kalimat itu. Itu
sahaja yang ada kerana Haji Sulaiman belum memberinya upah minggu ini tetapi
jika ditolak hutang-hutangnya tiada apa-apa yang tinggal. Embong ingin
menyarankan anaknya agar meminjam daripada sesiapa sahaja tetapi malu, hidung
berhutang biarlah anak-anak tidak tahu.
Lamunan Dahlia terputus
apabila Cikgu Hisyam dan Kavita meminta diri untuk pulang. Setelah Kavita dan
Cikgu Hisyam pulang, Dahlia ingin melawat Siti Wangi tetapi jika bapanya
bangun, dia pula tidak ada. Dahlia terkejut apabila Nek Kiah muncul
bersama-sama bapa saudaranya, Seman. Nek Kiah menanyakan keadaan Embong, Dahlia
memberitahu bapanya tidur sejak dia datang, Nek Kiah pula mengatakan
jangan-jangan bapanya tidur terus. Lia terkejut mendengar kata neneknya,
sepatutnya nenek mendoakan kesejahteraan bapanya. Nek Kiah mengatakan bahawa
apa yang dikatakan Seman itu betul, mula-mula Saleha, sekarang Embong pula
masuk hospital, entah-entah dirinya pula. Seman mengangguk. Dahlia tidak faham
apa yang diujarkan oleh neneknya. Nek Kiah menerangkan bahawa dia berasa betul
bahawa rumah yang diduduki Dahlia itu berhantu. Dahlia mengatakan bahawa
semuanya sudah ditakdirkan. Nek Kiah pula memberitahu bahawa lebih baik rumah
itu dijual dan Dahlia sekeluarga boleh tinggal di kebun hujung kampung. Dahlia
menjerit “TIDAK” dengan kuat. Beberapa orang pengunjung memandang ke arahnya.
Embong yang tidur lena terkejut dengan suara itu. Embong bangun dan menanyakan
sebab Dahlia menjerit. Lia terdiam. Ketika bapanya sakit, jika dikhabarkan
berita yang lbeih baik, apakah yang akan terjadi. Dengan tidak sabar-sabar Nek
Kiah pula menerangkan bahwa dia akan menjual tanah yang Embong tinggal. Embong
tidak terkejut apabila memikirkan seman selalu berkunjung ke rumah Nek Kiah.
Dia memejamkan matanya semula . dia tidak mahu mendengar. Embong terus
memejamkan matanya apabila Nek Kiah menanya sama ada Embong dengar apa yang telah diujarkannya.
No comments:
Post a Comment