NOVEL: SONGKET BEBENANG EMAS
Sinopsis Bab 1 : Kalaulah Engkau Mengerti
Cerita bermula dengan Dahlia yang berlatih bola jaring bersama
rakan-rakannya di padang keletihan dan duduk di kerusi panjang untuk berehat.
Rakannya Siti Wangi duduk di sebelahnya. Dahlia memberitahu Siti Wangi tentang keinginannya untuk balik ke
kampung, Siti Wangi mengatakan bahawa pasti disebabkan ada orang menunggu
Dahlia di kampung, pertanyaan tersebut menyebabkan Dahlia teringat akan keadaan
ibunya yang bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu
arah apabila senja menjelang.
Kemudian, mereka
berbincang tentang kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam tentang remaja yang meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja.
Perbualan mereka terputus apabila Kavita muncul dan memberitahu bahawa ada
seorang lelaki berkumis (bermisai)nipis, tinggi dan kacak ingin berjumpa dengan
Dahlia di kantin.
Di
kantin, Dahlia berjumpa dengan Azhari (lelaki yang sudah lama tidak
bertemu). Mereka berbual tentang pelajaran. Dahlia pelajar STPM manakala Azhari
akan mendapat ijazahnya pada bulan Ogos. Selepas itu, Azhari menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan ke rumah Dahlia untuk merisik, bertunang
dan berkahwin dengan Dahlia. Azhari dikenali Dahlia ketika mereka sama-sama
menuntut di SMK Tun Ismail (5km dari kampung Dahlia). Pada masa itu, Dahlia
(T1) manakala Azhari (T5). Dahlia menyampaikan hasratnya yang masih mahu
meneruskan pelajarannya kerana Dahlia merupakan anak sulung, malah dia telah
mengatakan keinginannya untuk melihat adik-adiknya berjaya dalam pelajaran
kepada ibu bapanya. Azhari memberitahu bahawa dia tidak menghalang Dahlia untuk
meneruskan pelajarannya malah menggalakkan Dahlia menuntut pelajaran hingga
peringkat yang tinggi Cuma pertunangan mereka akan dapat menjamin masa depan
mereka.
Ketika
mereka berbincang, Dahlia melihat jam tangan di tangan kanannya sudah 4. 25
petang, pada kebiasaannya waktu seperti ini dia sudah menunggu bas untuk
pulang. Azhari ingin menghantar Dahlia tetapi Dahlia berasa keberatan kerana
bimbang akan pandangan orang kampung terhadapnya.
No comments:
Post a Comment