Thursday, December 17, 2015

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Bab 11 : Pedihnya Melayan Kerenah Anak

            Cerita bermula dengan Abu Bakar membasuh motosikal Honda 90cc yang sudah dipinjamnya 2 hari.apabila dipinjam dalam keadaan bersih, dipulangkan pun mestilah bersih. Bakar terfikir alangkah baiknya jika mempunyai motosikal sendiri, ke mana-mana pun senang.Jika ada pertunjukan pentas, tidak perlu menumpang motosikal sesiapa, malah boleh pergi sendiri jika kawan-kawannya sibuk. Jika di panggung sedang menayang kan filem baharu, pasti tidak akan terlepas peluang untuk menonton. Harga motosikal bukan murah, sekurang-kurangnya RM 3000. Bakar memikirkan cara untuk memiliki sejumlah wang. Kalau kerja di kilang, upah sedikit, memotong  getah 3, 4 tahun bekerja pun tidak mampu memiliki motosikal yang diangan-angankan. Bakar merasakan dirinya sejak sekolah rendah hingga menamatkan Tingkatan 5, dia tidak pernah merasai kesenangan. Emaknya pula tidak sihat, tidak mungkin hajatnya akan tercapai. Kambing mengembek, Anggerik menangis, membangkitkan rasa geram Bakar.Dipanggilnya Melati untuk menjaga Anggerik, Melati pula bersiap untuk ke sekolah tetapi Abu Bakar mahu Melati mendiamkan Anggerik baru ke sekolah.Apabila Melati meminta Bakar sahaja yang menjaga Anggerik, Abu Bakar memandang wajah Melati seperti mahu menelannya. Jadi terpaksalah Melati menjaga Anggeri, jika tidak pasti Bakar akan mengerjakannya.
            Abu Bakar meneruskan kerja membasuh motosikal merah lalu dilap.Di kepalanya, terbayang rancangan untuk melihat persembahan kumpulan rock malam itu. Dia menghidupkan enjinya lalu terdengar bunyi mengaum, tangisan Anggerik yang mula reda bergema lagi, Melati memarahi Bakar kerana bunyi bising motosikal menyebabkan Anggerik terjaga dan meminta Bakar menjaga Anggerik kerana dirinya sudah lewat ke sekolah. Abu Bakar mematikan enjin motosikal, matanya terjojol mendengar kata-kata Melati yang baru berusia 11 tahun tetapi sudah pandai bercakap banyak.Bakar bergegas naik ke atas untuk mengajar adiknya bahawa dia adalah abang.Langkah Bakar terhenti apabila namanya dipanggil oleh bapanya.Embong mengarahkan Bakar turun, Abu Bakar tercegat di pintu. Pada saat-saat keluarganya susah, diharapkan Bakar sebagai anak lelaki dapat mengurangkan beban keluarga tetapi tidak. 2 hari Bakar tidak pulang ke rumah, kalau balik hanya untuk menukar pakaian kemudian menghilangkan diri.Melihatkan sikap anaknya, Embong segera melangkah naik, Bakar bergegas turun melalui pintu depan, Embong mengejar tetapi Bakar menghidupkan enjin motosikal dengan pantas dan dihalakan hendal ke jalan.
            Embong terduduk di kerusi panjang  di anjung dalam keadaan letih. Dengan masalah bertimbun, dia berharap semua anaknya faham terutama anak lelakinya cuma seorang.Tiba-tiba Melati memberitahu bapanya dia hendak ke sekolah, Embong menyuruh Melati berbasikal ke sekolah kerana dia tidak menggunakan basikal. Embong berbisik dalam hatinya bahawa Tuhan memberikan mereka banyak ujian, dia dan isteri banyak menaruh harapan kepada Bakar tetapi tidak menjadi langsung, mungkin disebabkan anak mereka yang lain semuanya perempuan menyebabkan Bakar rasa tersisih. Tiba-tiba Embong terbayang ular sawa yang dibunuh, timbul rasa kesal berbaur takut. Ular yang dibunuhnya diberikan kepada Tauke Lim, sama ada Tauke Lim menjual ular itu atau makan, Embong tidak meminta sesen pun. Rasa bersalah menghantui fikirannya apabila mengenang nasib anak-anaknya kehilangan ibu, terfikir pula nasib anak-anak ular yang dibunuh itu.
            Embong separuh terkejut apabila namanya dipanggil, anak-anaknya yang sudah 2 bulan tidak pulang, tiba-tiba berada di halaman.Mawar memberitahu bahawa dia berselisih dengan Melati tetapi tidak sempat bersembang.Embong bahagia menyambut kepulangan anaknya Mawar yang belajar di SMK Sains Johor di Kluang. Mawar akan balik pada hari Sabtu, pengetua membenarkan Mawar balik setelah dirayu oleh Mawar. Mawar balik kerana asyik teringat emaknya seperti ada yang tidk kena lalu menanyakan Embong di mana emaknya.Embong tidak tahu apakah jawapan yang patut diberi, tanpa khabar berita, ikatan jiwa anak-beranak yang kuat memberi khabar yang sebenar.Embong meminta Mawar menjaga Anggerik kerana dia hendak memberi kambing makan. Mawar masih tidak puas hati ditanya bapanya sama ada emaknya di dapur. Embong meminta Mawar bertanya kepada Dahlia apabila kakaknya pulang petang nanti.
            Ketika memberi kambing makan, Embong terbayang sewaktu kambing yang dipeliharanya 12 ekor, dia sanggup menjaganya walaupun banyak, sekarang tinggal 2 ekor. Kalau hidupnya bertambah susah, 2 ekor kambing ini akan menjadi mangsa. Sebenarnya, dia ingin menambah kambing yang telah dijual untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.Kini, duitnya tidak bertambah, malah semakin berkurangan. Hari ini Dahlia melawat ibunya, minggu depan kalau diizinkan, dia pula, tidak ada orang menjaga Anggerik jika dia pergi bersama-sama Dahlia lagipun perbelanjaan siapa yang hendak tanggung, walaupun dia boleh meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim tetapi sampai bila?

            Mawar memanggil Embong, Embong menoleh ke arah dapur, dilihatnya Mawar di pintu tengah, Mawar mengatakan bahawa ibunya tidak ada di dapur.

2 comments:

  1. Boleh buat x peristiwa penting bab ini sekurang2 nya 2 persoalan...

    ReplyDelete
  2. Boleh buat x peristiwa penting sekurang kurangnya 2 persoalan

    ReplyDelete