Bab 8: Bayang-bayang kecelakaan
Cerita
bermula dengan Embong bertarung dengan ular sawa, Embong menjerit meminta
tolong, tenaga yang tinggal tidak seberapa dikumpulkan untuk melawan belitan,
jika tidak nyawanya akan melayang. Ular membelit lehernya, nafasnya tersekat. Dirinya
seakan-akan terapung. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tatkala itu cuping
telinganya dapat mendengar tangisan. Tangisan itu semakin meledakkan suasana,
dia memandang sekeliling, yang dilihatnya hanya meja solek dan sejadah di
kerusi, memandang ke kiri, terlihat longgokan bantal. Ini di bilik!. Rupa-rupanya
Dahlia bermimpi buruk, dia beredar ke cermin, di lehernya terdapat kesan
cekikan. Dahlia kehairanan mengapa mimpi buruk mengganggu tidurnya. Detikan jam
di dinding sebanyak 11 kali menyebabkan dia bergegas ke ruang tengah. Anggerik
segera didukung, dia perlu masak kerana bapanya dan Melati akan pulang. Selepas
memasak, dia bercadang untuk membawa adiknya ke klinik kerana demam panasnya.
Dia membawa adiknya di anjung, dan duduk di tangan sambil berpantun dan
bernyanyi. Tangisan adiknya tidak reda, seluruh badan adiknya panas. Pagi tadi,
Anggerik cuma mahu susu, apa yang dimakan dikeluarkan balik. Sekadar susu tidak
cukup untuk adiknya yang sudah berusia 18 bulan. Dia nampak 2 orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton, dia berusaha menyelamatkan Said tetapi dituduh
sebagai pembunuh Said. Seorang perempuan menanyakan sebab dia lambat
menyelamatkan Said, pertanyaan itu mengejutkan Lia ketika dia membuka kasut
untuk naik ke rumah si mati. Dahlia memberitahu bahawa dia sudah bertindak
segera untuk menyelamatkan Said. Sesampainya di tangga paling atas, Aton memaki
Dahlia, saudara maranya segera memeluk Aton. Tanpa berlengah, Dahlia bergegas
pulang, sepanjang perjalanan, air matanya membasahi pipinya. Peristiwa pagi
tadi, mahu dilupakan walaupun pedih. Dahlia menyedari bahawa jika dia terus
melayan perasaan sendiri, jiwanya akan lemah. Anggerik segera didukung di
pinggang, dia menjerang air, masak nasi menggunakan kayu getah kering, dia ke
tebing sungai, daun-daun muda pokok ubi dipetik, kambing di situ mengembek
apabila melihat Dahlia, kata hati Dahlia kambing-kambing itu perlu berpuasa
kerana rumput yang diberikan oleh bapanya pagi tadi sudah habis. 20 minit lagi
pukul 2pm, Melati akan pulang, lepas makan ke kelas agama dengan basikal
mininya. Melati yang pulang ke rumah memberitahu Dahlia bahawa hari ini hari
terakhir dia ke sekolah, apabila ditanya sebabnya, Melati memberitahu bahawa supaya
dia boleh menjaga adik, biar kakaknya Dahlia belajar. Melati tidak mahu belajar
kerana ibu mereka dikatakan orang gila. Dahlia menafikannya dan menyatakan oran
gtidak pernah hendak menyenangkan mereka. Setelah mendengar kakaknya memberi
harapan, barulah Melati ke kelas agama. Kiambang akan balik petang kerana ada
latihan rumah, entah betul entah tidak. Abu Bakar pula entah ke mana-mana
membawa diri. Bapanya sepatut sudah pulang masih tidak kelihatan lagipun
bapanya tidak membawa bekalan.
Dahlia
menjerit apabila melihat bapanya pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Mukanya
pucat dan menggeletar. Tangisan Anggerik semakin kuat. Embong kehairanan
melihat reaksi Dahlia sebab bukan kali pertama dia membawa baik ular sawa.
Dahlia minta ular itu dibuang kerana ingin membunuhnya. Embong semakin tidak
mengerti ular itu ular mati, mengapa Dahlia begitu takut? Mungkinkah sakit
isteri sudah menular? Anggerik dilepaskan Dahlia. Embong meletakkan ular di tas
tanah dan menyandarkan basikalnya jauh sedikit di pokok getah. Dia menoleh,
melihat Anggerik diletakkan di tepi tangga oleh Dahlia. Embong segera naik ke
rumah dan dipapah Anggerik, dia amat marah dengan tindakan Dahlia yang
melampau, dia mahu masuk ke bilik dan mengajar anaknya itu tetapi langkahnya
terhenti, dia membawa selawat beberapa kali dan mencari panduan.
Dia berjuang
dengan muat untuk menyelamatkan diri dan dibawa ular bersama-sama sebagai
bukti, biar anaknya bangga bahawa si ayahnya orang yang gagah. Embong tidak
mengerti mengapa tiba-tiba Dahlia begitu takut melihat ular, kemarahannya mula
menurun tetapi kebimbangan pula memuncak. Sejak isterinya tiada, Dahlia
pengganti isterinya yang dapat menjaga Anggerik dan memberikan galakan kepada
adik-adiknya malah menyediakan makan minumnya. Embong memanggil Dahlia, sepi,
Embong menolak pintu, tidak berkunci, dilihat Dahlia meniarap, tangisan
Anggerik menyebabkan Dahlia sedar akan kehadiran bapanya. Embong menerangkan
bahawa ular itu hendak melilit Embong, nasib baik dia sempat pukul dengan
buluh. Dahlia meminta maaf dan menerangkan bahawa sebentar tadi dia tertidur
dan mimpi ular membelit dirinya. Embong tidak faham maksud mimpi Dahlia sama
dengan maut yang dihadapinya. Setelah menyedari perubahan wajah abahnya, Dahlia
segera mengambil Anggerik dan dibawa keluar. Dahlia ke dapur membuat susu.
Dahlia memanggil abahnya untuk makan tengah hari walaupun sudah pukul 3pm,
tetapi abahnya tidak tahu hilang ke mana. Dia lega apabila melihat bapanya
tercegat di tebing. Embong melihat air sungai mengalir deras, mengenang
kejadian Dahlia yang begitu berani menyelamatkan Said tempoh hari tetapi hari
ini dia begitu gementar. Fikiran Embong terganggu, ada suara menyatakan Embong
tidak berhati perut, membunuh ular itu, sepatutnya ular itu dihalau dengan cara
baik, ular itu akan datang mencari Embong, anak ular itu akan datang seekor
demi seekor mencari Embong. Embong memejamkan mata , perasaan yang meracau
menyebabkan jiwanya lemah.
Tiba-tiba,
ada orang memanggil, Embong memandang ke belakang, seorang pemuda Melayu
bersama-sama gadis India sudah ada di belakangnya. Si lelaki menanyakan sama
ada itu rumah Dahlia? Kemudian perempuan di sisi lelaki itu pula menghulurkan
tangan.Mereka saling berkenalan. Embong mempelawa dua orang kawan Dahlia naik
ke rumah. Embong menjerit memberitahu Dahlia bahawa kawannya datang melawat.
Dahlia tidak dapat mengagak orang yang datang kerana tidak pernah ada orang
sudi menjenguk rumah buruk itu. Timbul persoalan siapa yang datang?
No comments:
Post a Comment