Bab
26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Cerita bermula dengan Dahlia membuat
persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang tinggal seminggu lagi. Emaknya
tidak membenarkan Dahlia membuat kerja rumah, katanya kalau Dahlia hendak
membantu, tunggu selepas habis peperiksaannya. Sepanjang bulan Oktober, Dahlia
membentuk semula kumpulan lamanya, belajar secara berkumpulan lebih baik
berbanding bersendirian. Teman-temannya begitu senang hati menunjuk ajar
sesuatu yang tidak difahami terutamnya mata pelajaran Ekonomi. Hari demi hari
keyakinannya untuk meraih kejayaan tergambar di ruang mata. Dahlia juga meminta
untuk masuk semula ke asrama walaupun berasa agak malu tetapi memikirkan jika
terlewat bas kelak akan mengganggu tumpuannya menghadapi peperiksaan. Cikgu Salwani
meminta Dahia masuk secepat mungkin, Dahlia tidak tahu bagaimana hendak
membalas jasa baik gurunya itu. Lusa, hari Isnin 29 Oktober akan diadakan
peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1. Dahlia perlu bersiap sekarang untuk ke
asrama. Sepanjang hari esok bolehlah dia menenangkan fikiran sebelum menghadapi
peperiksaan. Sebelum kakinya melangkah, sebuah kereta muncul di depan rumah,
Azhari bersama dengan ibunya, Azhari tahu Dahlia ada di sebalik pintu, kali ini
Dahlia tidak boleh menolak dengan pelbagai alasan lagi. Saleha tidak kenal
Cikgu Zalina, ibu Azhari tetapi Embong pernah bercerita tentangnya. Saleha
menjemput mereka ke rumah. Jam menunjukkan 4.10pm. Kalau sejam lagi, mereka
bersembang, entah bila Dahlia akan sampai ke asrama. Melati memberitahu kakaknya
tentu Az datang bercakap tentang pertunangan ketika membantu Dahlia menggoreng
keledek. Dahlia mencubit pinggang Melati kerana asyik mengusiknya. Melati
menjerit, ibunya Saleha muncul dan bertanyakan tarikh akhir peperiksaan Dahlia.
Dahlia memberitahu pada 13 November. Saleha ke depan semula. Dahlia sudah
meletakkan 4 cawan yang berisi air kopi, keledek goreng. Sebelum dibawa keluar,
dia melafazkan bismilah kerana tiba-tiba kakinya menggigil. 8 biji mata
memandang ke arahnya, kakinya melangkah dalam debaran yang kian melimpah.
Dahlia meletakkan cawan di depan kedua-dua tetamunya, ibu dan bapanya. Embong
bertanya sama ada Dahlia bersetuju pada hari Ahad, 30 Disember? Dahi Dahlia
berkerut dan menanyakan persetujuan apa? Cikgu Zalina memberitahu bahawa pada
masa itu, peperiksaan Dahlia sudah habis, sempat untuk membuat persiapan.
Barulah Dahlia faham tetapi tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Dahlia
tersenyum nipis lalu bergegas ke dapur apabila Embong bertanya sekali lagi sama
ada dia setuju dengan tarikh tersebut. Embong ketawa lalu mengatakan bahawa
perempuan kalau senyum tanda bersetuju.
Selepas
3 minggu berperang, akhir Dahlia berasa dirinya sudah merdeka. Mujur dia
mendengar kata bapanya, jika dia bekerja di kilang tentu dia tidak dapat
menghadapi peperiksaan dengan sempurna. Dahlia berasa berat hati untuk
meninggalkan kawan-kawannya. Pesan Siti Wang kepada Dahlia pada hari terakhir
di sekolah untuk memulangkan buku teks agar jangan melupakan mereka jika dia
berkahwin. Dahlia berkata mungkin Kavita yang berkahwin dulu, Kavita
memberitahu bahawa dia tidak akan kahwin kalau tidak masuk ke univerisiti.
Dahlia pula mengatakan dia tidak akan kahwin selagi tidak membantu keluarganya.
Janji yang sudah termeterai dengan Azhari tidak diingati langsung oleh Dahlia.
Kavita meminta Dahlia menunggunya, Siti Wangi ingin tahu apa yang akan
dilakukan oleh Lia sementara menunggu keputusan STPM. Kemungkinan Dahlia akan
bekerja di kilang, Siti Wangi pula mungkin mengambil kelas komputer, mungkin ke
rumah kakaknya di Shah Alam menjaga anak kakaknya. Dahlia berkata bahawa itu
pengalaman juga sebelum menjaga anak sendiri. Mereka ketawa, tiba-tiba Kavita
muncul dan memberitahu bahawa Cikgu
Hisyam hendak kahwin. Mereka berbincang tentang calon isteri Cikgu Hisyam.
Menurut Kavita, cikgu Hisyam berkata bahawa jika mereka bertiga mendapat 5
prinsipal , dia akan kahwin. Menurut Dahlia, Cikgu Hisyam akan memberikan
pelbagai alasan yang lain pula. Mereka bertiga ke kantin tetapi terlupa pada
waktu cuti sekolah, kantin ditutup. Kavita mencari kesempatan bercakapa
sendirian dengan Dahlia tetapi disebabkan hari itu hari terakhir, Kavita berasa
tidak wajar dia meminta Siti Wangi ke tepi.Kavita bertanya kepada Lia sama ada
dia bersetuju dengan pelawaan itu, Siti Wangi pula tidak tahu apa yang
dikatakan oleh Kavita. Dahlia memberitahu bahwa hujung bulan depan kalau
diizinkan Tuhan, Kavita akan menerima kad, itu jawapan pastinya kepada Kavita.
Siti Wangi ingin tahu apa hal yang dikatakan oleh Dahlia. Dahlia menutup mulut
Kavita tidak membenarkannya membocorkan rahsia.
No comments:
Post a Comment