Sunday, November 25, 2012

Latihan 11: 26.11.12

Betulkan kesalahan ayat di bawah, tak perlu salin soalan

1. Lena bekerja sebagai Editor di unit berita
2. Kesemua pelatih telah berjaya menamatkan kursus bina negara di Sungai Petani.
3. Sekolah aku akan mengadakan pertandingan pancaragam pada hari Ahad ini
4. Kami hendaklah membaca soalan dengan teliti.
5. Sebagai pelajar, kami perlu berlajar dengan rajin
6. Kita sekeluarga ingin mengucapkan tahniah kepada saudari
7. "Di manakah awak pergi tadi"tanya Ali kepada ayahnya
8. "Bilakah engkau dapat memberikan jawapan kepada kami"tanya Amin kepada gurunya
9. Dia akan merasmikan kempen antidadah itu nanti
10. Adik ku telah berjaya memperoleh 7A dalam UPSR

11. Kaki nya sakit kerana terpijak paku tadi
12.Mana rumah awak?
13.Wanita itu apa?
14. Apa pandangan anda dalam hal ini?
15. Apakah harga novel Azfa Hanani?
16. Wang ini ialah untuk tabungan
17. Daun-daun kering itu berguguran.
18. Duta Besar-Duta Besar sedang membincangkan isu itu
19. Terdapat seutas rantai dalam kotak itu
20. Oleh kerana dia pandai, dia akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

21.Erni membeli dua baju kurung semalam
22. Setengah-tengah orang suka akan makanan yang pedas
23. Dua pelancong asing sesat di dalam hutan
24. Emak merebus tiga telur untuk sarapan pagi
25. Alia dapat menyertai perkhemahan itu setelah surat kebenaran ditandatangai
26. Saya belum bercuti ke luar negara pada bulan depan
27. Bukan sahaja dia tidak pernah menaiki kapal terbang malah pengemis jalanan itu
28. Dia guru sekolah saya.
29. Duduk lagi penat apa lagi berjalan
30. Mei Ling pun suka membaca novel itu

No comments:

Post a Comment