Bahan daripada Lamanbahasa's Blog
SUSUNAN AYAT SONGSANG
Susunan biasa ayat
dalam bahasa Melayu ialah subjek +
predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat
biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses
pendepanan bertujuan memberikan
penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh
predikat.
Cikgu Hanif /
berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan
songsang)
Proses pendepanan
berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia.
(susunan biasa – ibu saya sebagai
subjek)
Dialah / ibu saya.
(susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang.
Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan
sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
i.
Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja
setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja
setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii.
Pendepanan frasa kerja dengan
objek.
Zaleha membaca
buku. (susunan biasa)
Membaca
buku Zaleha. (susunan songsang)
iii.
Pendepanan kata kerja dengan kata
bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih
makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli
rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan kata adjektif dengan
kata bantu.
Rumah
Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan
songsang)
iii. Pendepanan
kata adjektif dengan kata penguat.
Encik
Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan
songsang)
iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu
dengan kata penguat
Haji
Nasser masih segak amat. (susunan
biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan
songsang)
c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai
emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan
songsang)
ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan
dalam predikat.
Penonton-penonton
merempuh masuk ke dalam dewan.
(susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton
merempuh masuk. (susunan songsang)
FORMULA AYAT
SONGSANG.
Ayat biasa:
Dia / membeli buku
di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan
ayat.
1
|
2
|
3
|
|
Dia
|
membeli
|
buku
|
di kedai itu.
|
KGND - Ketiga
|
Frasa Kerja Transitif
|
Objek
|
Frasa Keterangan
|
Subjek
|
Predikat
|
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1
Ayat Biasa:
1
|
2
|
3
|
Dia
|
membeli buku
|
di kedai itu.
|
Contoh ayat songsang (i)
2
|
3
|
1
|
Membeli buku
|
di kedai itu
|
dia
|
Contoh ayat songsang (ii)
2
|
1
|
3
|
Membeli buku
|
dia
|
di kedai itu
|
Contoh ayat songsang (iii)
3
|
1
|
2
|
Di kedai itu
|
dia
|
membeli buku
|
Contoh ayat songsang (iv)
3
|
2
|
1
|
Di kedai itu
|
membeli buku
|
dia
|
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.
(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.
(ii)Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.
(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.
(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.
(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.
(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.
(ii)Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.
(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.
(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.
(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.
2. Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih sungguh.
(ii) Ibunya masih belum pulang dari pejabat .
(iii) Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.
(iv) Dia menulis rencana itu di bilik bacaan.
(v) Semua umat Islam wajib bertawakal kepada Allah.
No comments:
Post a Comment