Saturday, August 4, 2012

PGS : Kelas 4Sc4


Selamat datang ke blog pembelajaran cikgu, cikgu berharap anda semua memperoleh manfaat. Selamat menjawab soalan latihan Pola Ayat. 
 
Soalan latihan Pola Ayat
  1. Puan Malika ialah guru penasihat Kelab Catur
  2. Encik Muthu usahawan muda
  3. Pakaian Misha sungguh cantik sekali
  4. Jalan raya itu telah diperlebar
  5. Sungai itu di tengah-tengah bendang
  6. Telefon bimbit memang canggih teknologinya
  7. Menara Berkembar itu amat tinggi
  8. Aiman berlari di tengah padang itu
  9. Buku itu untuk abang saudara saya
  10. Cikgu Roslina ialah guru kelas kami
  11. Wang itu disimpan dalam peti besi
  12. Kakak membeli dua helai baju yang baharu
  13. Sekolah saya amat besar dan bersih
  14. Kereta itu terletak di tepi jalan raya
  15. Emak  akan menjahit baju yang koyak itu
  16. Encik Lee doktor yang sangat berpengalaman
  17. Kar Wei pelajar yang pandai dan menghormati guru
  18. Bas itu bas yang disewa oleh pihak sekolah
  19. Rumah saya besar lagi mewah
  20. Bunga ros ini daripada kekasihnya

Friday, August 3, 2012

Sinopsis Penuh Hikayat Indera Nata

SINPOSIS PENUH CERITA HIKAYAT INDERA NATA DIMUAT TURUN DARIPADA ALAMAT DI BAWAH
http://aswarafcreaders.blogspot.com/2009/04/sinopsis-hikayat-indera-nata.html
Nama: Yusrizan Bin Yunus
No Matriks: 27083038
Email: aureolamoda@yahoo.com
Fakulti: Filem & Video
Subjek: Salasilah Penceritaan
Tugasan: KARYA SASTERA KLASIK
Tajuk Karya: HIKAYAT INDERA NATA
Penyelenggara: Wahyunah Hj Abd Ghani
Transliterasi: Salim Hj Taib
Dewan Bahasa Dan Pustaka/2004/ 193 halaman

Sinopsis Hikayat Indera Nata
Hikayat ini bermula dengan kisah seorang raja yang dinamakan sebagai Raja Rom, seorang raja yang adil dan bijaksana. Baginda mangkat dan meninggalkan seorang putera iaitu Raja Muda. Kemangkatan baginda secara tidak langsung menabalkan Raja Muda kepada Raja Rom yang baru.
Suatu hari, Raja Rom yang baharu itu pergi keluar berburu. Baginda terserempak dengan seekor kijang putih bertanduk emas lantas baginda cuba mengejar haiwan tersebut. Ketika itulah baginda terpisah dengan para pengiringnya. Baginda kemudiannya bertemu dengan Puteri Cenderawati yang asalnya dilarikan oleh seekor raksasa yang mahu memakan hati puteri tersebut apabila cukup dewasa kelak. Raja Rom menyelamatkan puteri tersebut lalu dibawa pulang dan dikahwininya.
Suatu hari, Puteri Cenderawati dan Raja Rom melawat ke Pulau Cinta Berahi dan Pulau Pelanggam Cahaya untuk bersuka ria sambil memetik buah-buahan bersama-sama para pengiring mereka. Puteri Cenderawati yang ketika itu sedang hamil tiga bulan, terlalu asyik dengan keindahan pulau tersebut lalu terpisah pula dengan dayangnya. Muncul Si Batu Kembar yakni seekor raksasa yang tinggal di pulau tersebut, merampas pakaian serba lengkap kepunyaan Puteri Cenderawati lalu dipakainya, dan kepada puteri tadi ditukarkannya dengan kulit kayu manakala wajah puteri malang itu disapu dengan gerah rangdu menjadikannya hodoh dan buruk. Si Batu Kembar yang menyamar menjadi puteri, bertemu dengan Raja Rom lalu mempersalahkan dan menuduh puteri yang telah menjadi hodoh tadi sebagai hantu dan punca wajah Si Batu Kembar menjadi berbeza. Raja Rom membawa pulang Si Batu Kembar ke istana manakala puteri sebenar dibuangkan ke laut.
Puteri Cenderawati diselamatkan oleh Betara Gangga. Sang Betara Gangga kemudiannya memberikan Puteri Cenderawati sebiji batu hikmat yang membolehkan baginda pulang ke negeri Rom secara berjalan di atas laut.
Lalu sang puteri pulang dan tinggal di hujung negeri Rom bersama-sama kandungannya. Baginda kemudiannya melahirkan seorang putera yang terlalu elok paras wajahnya dan dinamakan Indera Nata; seperti yang diamanahkan oleh Betara Gangga. Manakala di istana pula, Si Batu Kembar yang menyamar turut melahirkan seorang lagi waris Raja Rom yang diberi nama Indera Jenaka.
Indera Nata yang semakin dewasa ditakdirkan berjumpa dengan Indera Jenaka lalu bersahabat. Si Batu Kembar yang mengetahui asal-usul Indera Nata, memarahi dan memukulnya sekuat hati.
Indera Nata kemudiannya melukis gambar tujuh orang puteri yang sedang menunggang seekor gajah bergading emas. Raja Rom yang ternampak lukisan tersebut memerintahkan Indera Nata mendapatkan gajah dan tujuh orang puteri yang dilukisnya atau dihukum bunuh. Indera Nata pulang ke rumah lalu memberitahu bondanya hal tersebut.
Puteri Cenderawati menyerahkan batu hikmat pemberian Betara Gangga kepada Indera Nata yang mahu memulakan pengembaraannya mencari tujuh puteri dan gajah bergading emas tersebut. Indera Jenaka yang pada mulanya mengikut Indera Nata, berpatah balik kerana takut dengan bahaya lalu menceritakan keberanian Indera Nata kepada Raja Rom.
Indera Nata pula berjaya menemui tujuh orang puteri namun puteri-puteri tersebut sebenarnya ditawan oleh sepasang raksasa yang menculik mereka untuk memakan hati mereka apabila dewasa kelak. Ketika kedua raksasa itu tiba-tiba pulang, salah seorang puteri iaitu Puteri Cendera Kesuma menyembunyikan Indera Nata di dalam sebuah peti emas. Puteri Cendera Kesuma meminta raksasa mencarikan gajah bergading emas supaya hati mereka cepat membesar untuk raksasa itu makan. Kedua raksasa itu lantas keluar mencari dan berjaya mendapatkannya. Raksasa pulang dengan gajah bergading emas. Sang puteri memberi alasan lagi supaya kedua raksasa itu mencari kijang betanduk emas dan memcuci sehelai kain hitam sehingga menjadi putih. Pada masa kedua-dua raksasa itu keluar melakukannya, Indera Nata melarikan ketujuh-tujuh puteri bersam-sama gajah bergading emas tadi. Kedua raksasa yang menyedari mereka telah ditipu, mengejar mereka hingga ke tepi laut. Betara Gangga yang pernah menyelamatkan bonda Indera Nata, muncul sekali lagi untuk menyelamatkan Indera Nata pula. Kedua raksasa itu mati dibunuh oleh Betara Gangga di dalam laut. Indera Nata pula selamat membawa ketujuh-tujuh puteri pulang ke rumah bondanya, Puteri Cendera Wati.
Raja Rom yang terpesona dengan kecantikan ketujuh-tujuh orang puteri dan keperkasaan Indera Nata mendapatkan gajah tersebut, mula khuatir Indera Nata mungkin akan merampas kerajaannya lalu baginda mencipta satu muslihat agar Indera Nata berjumpa ayah dan bonda baginda yang telah mangkat. Namun Puteri Cenderawati bersama-sama tujuh puteri yang dapat menghidu niat jahat Raja Rom itu, berjaya memanipulasi keadaan tersebut. Mereka membuat sebuah patung yang menyerupai Indera Nata dan menghidupakan patung tersebut dengan menggunakan batu hikmat Betara Gangga. Patung tersebut dihantar ke dalam unggun api yang marak tanpa meninggalkan secebis tulang.
Raja Rom kemudiannya datang ke rumah Tuan Puteri Cenderawati untuk mengambil ketujuh-tujuh puteri bersama-sama gajah bergading emas namun terperanjat apabila mendapati Indera Nata masih hidup. Indera Nata menceritakan keadaan syurga dan khabar ayah bonda baginda. Indera Nata memberitahu lagi bahawa arwah ayah dan bonda baginda mahu bertemu baginda sekeluarga. Raja Rom percaya lalu mengatur satu lagi pembakaran.
Patung Indera Nata diciptakan sekali lagi untuk mengiringi Raja Rom bersam-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka. Mereka berempat kemudiannya memasuki unggun api yang marak itu lalu mangkatlah Raja Rom bersama-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka.
Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Tuan Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali Raja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku kepada Puteri Cenderawati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih kepada semua.
Indera Nata yang kemudiannya berkahwin dengan ketujuh-tujuh puteri yang diselamatkan itu, rupanya dimusuhi oleh ketujuh-tujuh ayahanda mentuanya. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, membatalkan hasrat mereka tersebut malah menganggap Indera Nata selayaknya menjadi menantu mereka.
Ketujuh-tujuh raja pulang ke negara masing-masing namun mereka diserang pula oleh tunang-tunang puteri-puteri mereka. Ketujuh-tujuh orang raja memberikan sebab yang serupa kerana kesemua tunangan puteri-puteri tersebut tidak berani menyelamatkan puteri mereka daripada cengkaman raksasa dahulu namun hanya berani menunjukkan muka setelah mengetahui puteri mereka kini menjadi milik Indera Nata.
Peperangan demi peperangan berlaku namun Indera Nata berjaya membantu semua ayahanda mentuanya menewaskan putera-putera bacul itu. Kesemua putera itu kemudiannya dilepaskan setelah berjanji mahu memberi ufti kepada kerajaan Rom.
Puteri Cendera Kesuma yang hamil tiga bulan pula mengidam buah pauh janggi. Indera Nata yang pergi mengembara mencari buah tersebut, dilanda musibah lalu hanyut ke sebuah pulau seorang diri. Indera Nata kemudiannya diselamatkan oleh seekor garuda yang menerbangkannya ke sebuah negeri bernama Negeri Cemara. Di sana, tinggal seorang puteri bernama Ratna Seri Kencana yang sangat cantik dan menjadi rebutan empat puluh orang putera raja yang datang melamar sehingga menyukarkan Raja Cemara membuat keputusan untuk puterinya yang seorang itu. Indera Nata kemudiannya menyamar sebagai Emas Bagang lalu memberi pendapat pada Raja Cemara. Dengan muslihat Emas Bagang, anak-anak raja itu berperang sesama sendiri hingga tinggal lima orang sahaja.
Di Rom pula, anak kepada Puteri Cendera Kesuma dan Indera Nata telahpun membesar menjadi seorang putera yang terlalu kacak dan tinggi budi pekerti dan dinamakan Indera Lelana. Indera Lelana yang telah berusia sembilan tahun kemudiannya keluar mengembara untuk mencari ayahandanya yang belum pulang.
Indera Lelana tiba di Negara Cemara lalu menumpang di rumah nenek kebayan yang kebetulannya menjaga kebun bunga milik Ratna Seri Kencana, puteri yang menjadi rebutan tadi. Ratna Seri Kencana yang singgah ke rumah nenek kebayan untuk memetik bunga, mula jatuh cinta dengan Indera Lelana.
Indera Lelana dan Ratna Seri Kencana kemudiannya bercinta tanpa pengetahuan Raja Cemara. Ketika rahsia terbongkar, kelima-lima orang raja yang menunggu penerimaan lamaran, menyerang Indera Lelana namun Indera Lelana terlalu hebat untuk dikalahkan. Raja Cemara akhirnya mengarahkan Emas Bagang menentang Indera Lelana.
Emas Bagang dan Indera Lelana bertarung tanpa mengalah. Kemudiannya Emas Bagang yang mula kehairanan melihat diri Indera Lelana seakan bayangan terhadap dirinya, bertanya asal-usul Indera Lelana. Terbuktilah Indera Lelana ialah anak kandungnya sendiri.
Raja Cemara yang mengetahui keadaaan tersebut sangat sukacita kerana puterinya akan berkahwin dengan anak raja termasyhur di dunia. Emas Bagang menukar kembali namanya kepada Indera Nata lalu membawa Indera Lelana dan menantunya Ratna Seri Kencana pulang ke Rom.
Setelah Ratna Seri Kencana hamil tiga bulan, baginda pula yang mengidam kijang emas. Indera Lelana yang keluar berburu terserempak dengan abang Si Batu Kembar. Kegagahan Indera Lelana akhirnya berjaya menewaskan keangkuhan abang Si Batu Kembar. Negeri Rom akhirnya menjadi semakin makmur, aman damai dan gilang-gemilang tanpa sebarang ancaman musuh.

Friday, May 25, 2012

Program BSB- FASA 4


FASA 4 –Salah atau Betul, kalau salah, betulkan, kalau betul, kekalkan

1.      Harga barangan pembuatan Malaysia sangat berpatutan dan mampu dibeli oleh sebahagian besar rakyat di negara kita.
2.      Sultan negeri itu menganugerahi tokoh sasterawan itu pingat kebesaran sebagai tand penghargaan terhadap jasa beliau dalam mengembangkan bidang kesusasteraan di negeri tersebut.
3.      Jamaludin mencatat masa yang kepantasan dalam pertandingan lumba lari 100meter yang diadakan sebentar tadi
4.      Bapa saya telah menceritakan bahawa pada zaman dudukan Jepun, rakyat di negara ini hidup menderita akibat kekejaman pihak Jepun.
5.      “Projek pembinaan koperasi desa itu dijangka akan siap dalam masa enam bulan dari sekarang”, kata Dato’ Noh kepada penduduk kampung ketika mengadakan lawatan kerja ke kampung itu.
6.      Dalam perjalanan pulang dari pejabat, ayah singgah di gerai Mak Cik Munah untuk membeli pisang goreng.
7.      Guru-guru juga tertakluk kepada arahan kerajaan yang mengarahkan semua kakitangan-kakitangan kerajaan bekerja selama lima hari dalam seminggu
8.      Kedua-dua buah kereta-kereta sorong kepunyaan bapa  saya telah rosak kerana besinya berkarat dan reput.
9.      Banyak pepohon yang tua itu di tepi jalan itu telah ditebang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
10.  Oleh sebab tidak dapat menahan sakit kepalanya, Norhana memicit-micit kepalanya berulang-ulang sambil menangis
11.  Fatin dan adik-beradiknya saling ziarah-menziarahi untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
12.  Masih ada sesetengah pekerja-pekerja yang kerap datang lewat ke pejabat
13.  Ayah memenangi hadiah berupa sebuah televisyen Samsung LED dalam suatu cabutan bertuah
14.  Pusat sumber sekolah ada memesan beberapa naskhah majalah-majalah yang terbaru
15.  Harga buah-buah durian yang besar-besar di gerai itu ialah RM 11 sekilogram
16.  Semua barang-barang bukti kes jenayah itu diperoleh pihak polis di tempat kejadian
17.  Tasik ini merupakan tasik buata manusia yang paling terbesar sekali di Asia Tenggara
18.  Para penonton sangat kagum persembahan dikir barat murid-murid itu
19.  Murid-murid yang tidak patuh kepada peraturan sekolah akan didenda
20.  Penerangan yang diberikan oleh Cikgu Muthiah begitu terjelas sekali
21.  Orang ramai begiu yakin benar bahawa harga petrol akan naik tidak lama lagi
22.  Kereta itu termasuk longkang kerana pemandunya mabuk
23.  Penyamun yang bersenjatakan dengan parang itu sudah diberkas oleh pihak polis
24.  Berlandaskan pada Perlembagaan Negara , bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam urusan rasmi kerajaan
25.  Kementerian Pengangkutan akan mempergiatkan lagi kempen keselamatan jalan raya untuk mengurangkan kemalangan
26.  Ibu menyetujui akan keputusan kamu untuk mengambil jurusan kejururawatan.
27.  Rencana ini menerangkan tentang cara untuk mengelakkan kegemukan atau obesity
28.  Cikgu Robiaton mengajar kepada kami mata pelajaran Sejarah
29.  “Baju di ampaian sudah diangkat oleh kamu?” Tanya ibu
30.  “Laporan itu kamu perlu siapkan pada akhir bulan “kata Tuan Malik kepada setiausahanya
31.  Tarian Zapin dan tarian Inang mereka akan persembahkan di Istana Budaya
32.  Pekerja itu sedang membaiki perisian komputer di syarikat tempat dia bekerja
33.  Setiap hari kita perlu minum dua liter air sekurang-kurangnya untuk menggantikan air yang keluar daripada badan
34.  Pulau Tioman adalah di antara destinasi pelancongan yang terkemuka di negara kita
35.  Penduduk Kampung Pagoh saling bantu-membantu bila sesuatu majlis kenduri-kendara diadakan
36.  Pemasangan alat ini dibuat dengan berpandukan kepada nota dalam buku panduan tersebut
37.  Lokasi syarikat itu adalah antara blok D dan blok E
38.  Pendaki itu menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di puncak tujuh gunung yang tertinggi di tujuh benua
39.  Murid-murid di sekolah berasrama penuh itu sangat menghormati akan guru-guru dan warden di situ yang prihatin dan bertanggungjawab
40.  Abang menjemput adik di sekolah dengan memandu kereta ayah
41.  Kerajaan sudah memberi berbagai bantuan kepada masyarakat orang asli di Semenanjung.y
42.  Sijil itu diberi pada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum
43.  Buku itu saya telah pinjam dari sabahat baik saya dua hari yang lalu
44.  Barang-barang purba di dalam gua itu ditemukan oleh kami ketika kami mengadakan perkhemahan di situ
45.  Kakak menjahitkan baju itu untuk adik yang akan memulakan persekolahan pada minggu depan.
46.  Kerana masih mengantuk, Elya merebahkan semula badannya di atas katil.
47.  Dia tidak pasti ada berapa bijikah epal yang tinggal di dalam peti sejuk itu.
48.  Keadaan negara ini akan kucar-kacir kalau sekiranya rakyat negara ini tidak  bersatu padu
49.  Antara tempat-tempat menarik yang akan saya lawati termasuklah Pusat Islam.
50.  Amalan kunjung-mengunjungi  sudah menjadi budaya rakyat negara ini.
51.  Jiran saya tidak tahu yang adik bongsu saya teman sepersekolahan anaknya.
52.  Ida ingin pulang rumah dengan segera.
53.  Sewaktu wajah bayi yang yatim piatu itu saya lihat untuk pertama kali, perasaan pilu membuak-buak di jiwa saya
54.  Mereka telah bersepakat untuk menyelesaikan masalah itu
55.  Siapa pun tidak mahu merenangi sungai itu kerana arusnya deras.
56.  Chee Leong menanti kawannya selama dua setengah jam di Perhentian Bas Puduraya
57.  Pui Yong dinasihati ayahnya supaya memeriksa keadaan keretanya dari masa ke semasa.
58.  “Hal tentang ketidakhadiran pelajar itu telah pun saya maklumkan dengan guru sukan,”kata Melina kepada Suzan.
59.  Melati menghidangkan pelbagai lauk-pauk yang enak kepada kami
60.  Kata-kata aluan yang terkandung di dalam buku itu ditulis oleh YAB Perdana Menteri sendiri

Tuesday, May 15, 2012

To My Son in Future

A Letter from "Mom n Dad"..

My child,

When I get old, I hope you understand 'n have patience with me
In case I break the plate, or spill soup on the table because I’m losing my eyesight, I hope you don’t yell at me.
Older people are sensitive, always having self pity when you yell.
When my hearing gets worse 'n I can’t hear what you’re saying, I hope you don’t call me ‘Deaf!’
Please repeat what you said or write it down.

I’m sorry, my child.
I’m getting older.
When my knees get weaker, I hope you have the patience to help me get up.
Like how I used to help you while you were little, learning how to walk.
Please bear with me, when I keep repeating myself like a broken record, I hope you just keep listening to me.
Please don’t make fun of me, or get sick of listening to me.

Do you remember when you were little 'n you wanted a balloon? You repeated yourself over 'n over until you get what you wanted.
Please also pardon my smell. I smell like an old person.Please don’t force me to shower.
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold. I hope I don’t gross you out.

Do you remember when you were little? I used to chase you around because you didn’t want to shower.
I hope you can be patient with me when I’m always cranky. It’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older.
'n if you have spare time, I hope we can talk even for a few minutes.
I’m always all by myself all the time, 'n have no one to talk to.
I know you’re busy with work.
Even if you’re not interested in my stories, please have time for me.

Do you remember when you were little? I used to listen to your stories about your teddy bear.
When the time comes, 'n I get ill 'n bedridden, I hope you have the patience to take care of me.
I’m sorry if I accidentally wet the bed or make a mess.
I hope you have the patience to take care of me during the last few moments of my life.
I’m not going to last much longer, anyway.
When the time of my death comes, I hope you hold my hand 'n give me strength to face death.

& don’t worry..
When I finally meet our creator, I will whisper in his ear to bless you. Because you loved your Mom 'n Dad.
Thank you so much for your care.
We love you. ! ♥

"Just Like This Status If You Love It & You Will Never Leave Your Parents At Any Cost" ♥

Sunday, May 13, 2012

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Lahir, Anakku

Selamat hari lahir buat anak tunggalku, Ethan, Semoga sihat selalu, ceria selalu, dan beradab selalu. Menjadi seorang yang dihormati, disayangi, dan dicontohi orang lain.

Monday, May 7, 2012

Program BSB Fasa 3

kepada pelajar 3Y: oleh sebab kelas hari ini tidak dapat dijalankan, cikgu minta Ketua Kelas Kar Keng untuk meminta anda semua membuat latihan ini sebagai ganti kelas hari ini. 
Esok hari Selasa, minta bawa buku latihan Novel/Ringkasan, Buku Kerja Komsas warna kelabu dan Buku Kerja anda.
FASA 3: Kenalpasti Kesalahan Umum Tatabahasa

1.      Ahli bahasa itu menegaskan bahawa kemasukkan kata-kata dan istilah baharu daripada bahasa asing memperkaya bahasa Melayu
2.      Baginda berkenan untuk menganugerahkan Paglima Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pingat kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri.
3.      Untuk mengelakkan berlakunya banjir, Jabatan Saliran akan menjalankan kerja-kerja memperdalamkan Sungai Bekok sebelum musim tengkujuh
4.      Semasa melancong ke Medan, kakak membeikan sehelai selendang dan kain batik yang dipesan oleh ibu
5.      Perpindahan penduduk-penduduk di sekitar kawasan yang terlibat dalam pembinaan Empangan Bakun akan diusahakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan
6.      Barang-barang kemas yang dirompak dari Kedai Emas Cheong Seng itu dianggar berniali RM 500,000.
7.      Sebagai tanda penghargaan terhadap perkhidmatannya, Encik Arumugan dihadiahkan sebuah jam tangan oleh pihak majikannya
8.      Encik Jalil menggalakkan anak-anaknya bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk latihan mereka hidup berdikari.
9.      Ketiga-tiga orang murid itu kena tegur dan disuruh keluar dari pusat sumber kerana buat bising
10.  Kami janji akan belajar dengan tekun untuk mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan
11.  “Tututp dan kunci pintu semasa ayah jemput ibu kamu di pejabat,”kata Encik Tan kepada Dany dan Molly.
12.  Agak lama juga dia tunggu saya di stesen bas kerana bas ekspres itu lambat sampai setelah rosak di tengah jalan
13.  Wak Kasran menebang pepohon buluh yang digunakan untuk memagarkan sekeliling kolam ikan air tawarnya
14.  Penumbuhan ekonomi negara dijangka bertambah baik hasil daripada peningkatan nilai eksport dan penurunan nilai import
15.  Izzat mengirimkan ayahnya sepucuk surat untuk memberitahukan kesulitan yang dialaminya sejak memulakan pengajian di Universitas Sumatera Utara
16.  Dalam perhimpunan itu beliau menasihatkan para pelajar supaya mematuhi peraturan sekolah agar tidak dikenakan tindakan disiplin
17.  Perluasan empayar Kesultanan Melayu Melaka bermula ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah yang dibantu oleh Bendahara Tuk Perak yang bijaksana
18.  “Selepas mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk, tolong mengisikan bekas minuman dengan air masak,”kata ibu kepada kakak dan abang
19.  Mereka membincangkan pertemuaan beberapa buah peti yang mengandungi wang emas di dalam laut
20.  Azmi enggan mengakui kesilapan yang berlaku walaupun dia disoal beberapa kali oleh ibunya.
21.  Sebagai seorang kakitangan awam yang perlu membudayakan etika kerja yang baik, Kak Suria berusaha untuk menjalani tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sebaik-baiknya
22.  Bagi mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam gejala sosial, ibu bapa perlu membatas pergaulan mereka.
23.  Persatuan itu akan mendermakan sebahagian daripada wang yang diperoleh daripada pengutipan derma itu kepada sebuah rumah kebajikan di tempat kami.
24.  Seorang doktor sedang memberikan penerangan tentang tanda-tanda yang dialami oleh seseorang yang diserang pesakit resdung
25.  Pihak penguatkuasa akan mengambilkan tindakan yang tegas, iaitu menyita premis hiburan yang beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan
26.  Penulis bukan masakan itu sentiasa berfikir sambutan orang ramai terhadap buku resipinya yang baru dilancarkan
27.  Pihak pengurusan sekolah galakan murid-murid perempuan mempelajari seni mempertahankan diri demi keselamatan mereka
28.  Kami berasa gembira kerana dapat melihat pelbagai spesies rama-rama semasa kunjungan ke Taman Rama-Rama di Kuala Lumpur
29.  Semasa berhimpun sekolah pada setiap pagi hari Isnin, semua murid akan berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku.
30.  Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bersaing kehebatan pasukan yang dibarisi pemain-pemain yang handal itu.

Thursday, May 3, 2012

太棒了

听到一个这么样的话. 来福特先生赢了个比赛得了奖金,来了一位妇女跟他说:我孩子病了,没钱医病。来福特二话不说,就把刚刚赢的奖金给了妇女。过两天,人们跟来福特说那妇女是个骗子。来福特高兴的说:太棒了,没有生病的孩子。
有多少人会有这样的答复,多半都会大骂一场。佩服那些有那么宽大的心,不跟人计较,付出就付出了,后果如何不重要,重要的是你已真心付出。

Monday, April 30, 2012

PROGRAM BSB FASA 2 : KELAS 3Y

PELAJAR 3Y, Kalau tidak dapat melihat soalan dengan jelas, sila klik pada soalan, anda akan dapat melihat paparan yang lebih jelas. 

 




Kuala Sepetang a.k.a Port Weld







Thursday, April 26, 2012

原来你是那么好的老师

今天当坐在车里,带个牙痛的学生去看医生时,有位同学很大力的敲我的车镜,有点怕,因为来者不善。最后还是没法子,把车窗搅下。这位同学说话了“老师,原来你是那么好的老师,对不起”。听了有一点满头雾水。现在还是不明白是什么事情让他会那么说。

Saturday, April 21, 2012

Sistem Pertukaran Guru Secara Online

Dah dua hari berturut-turut cuba mengisi borang pertukaran guru secara online, gagal dan gagal lagi. Macam mana ni, saya memang ingin tukar persekitaran baharu selepas 8 tahun bertugas di sekolah yang sama. Sekolah pertama saya ialah tempat saya menimba ilmu, kembali ke sekolah asal ada baik dan tak berapa baiknya. Haha,sudah itu sudah menjadi sejarah, sekolah kedua ini dah 8 tahun, tak dapat tukar-tukar lagi, dah mohon hampir 10 kali tapi tiada nasib. Betul-betul berharap permohonan kali ni akan diluluskan oleh pengetua. Akan berjumpa dengan pengetua untuk menjelaskan niat pertukaran saya ni, tapi mengapa tak dapat mengisi borang online, apakah masalahnya!!!!!!!!

Wednesday, April 18, 2012

Program BSB(Belajar&Berlatih Sambil Bercuti) Kelas 3Y


Program BSB Fasa 1:Penggunaan kata yang paling sesuai

1.       Abang Haidar menghadiahkan cincin (bersulamkan, bertatahkan) berlian kepada isterinya pada hari perkahwinan mereka.
2.       Datuk Nazim ( bergegas, berlepas) ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat tentang penggabungan banak-bank di Malaysia
3.       Murid-murid yang (berhamburan, berpelesiran) di pusat beli-belah itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki ponteng sekolah
4.       Panglima dari negeri Inderagiri itu ( terintai-intai, terbayang-bayang) akan kecantikan Tuan Puteri Kayangan yang bakal dikahwininya.
5.       Para peserta ekspedisi itu menghadapi pelbagai cabaran ketika (mendaki, menaiki)_gunung itu.
6.       Penjenayah yang paling (ditakuti, dikehendaki) oleh pihak polis kerana menyeludup dadah itu berjaya ditangkap semalam.
7.       Beberapa orang mangsa kapal karam itu (terdampar, terhumban)  di tepi pantai di Pulau Unggas.
8.       Sebaik-baik sahaja melangkah masuk ke dalam galeri itu, Majid (terpegun, terkesima) apabila melihat keindahan lukisan yang berwarna emas itu.
9.       Setelah dua hari Sukan Sukma diadakan di negeri Kedah, pasukan Selangor (menjauhi, mendahului)_pasukan dari negeri yang  lain.
10.   Cerita keperitan hidup keluarga miskin yang saya tonton dalam program “Bersamamu”amat (menyentuh, menyayatkan) perasaan.
11.   Semasa ayah pulang dari pejabat, ibu sedang ( meletakkan, menidurkan)_adik di dalam buaian.
12.   Keadaan kesihatan Dato’Putih yang dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung semakin (menyusahkan, membimbangkan) anak-anaknya.
13.   Dia gagal menangkis (libasan, rembatan)bola takraw yang dilakukan oleh pemain apit kiri pasukan lawan.
14.   (Larian, Pecutan) Usain Bolt pada jarak 30meter yang terakhir meninggalkan pelari-pelari lain agak jauh di belakang
15.   “Tolong beratur berdua-dua dalam satu (deretan, barisan)”kata pengawas itu kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu Anggerik.
16.   Proses (pemangkahan, pembuangan) undi di kawasan itu berjalan lancer hasil kerjasama pihak polis
17.   Biskut coklat yang baru dibeli oleh Sofiah itu telah (lemau, lembik) kerana penutup tin itu tidak ditutup dengan rapat.
18.   Puan Julia (meletakkan, mengalaskan) sehelai kain yang berwarna biru di atas meja makan itu.
19.   Setelah kematian ayah, ibu terpaksa bekerja keras untuk (membiayai, membayar) persekolahan saya dan adik
20.   Pakaian yang sedang digayakan oleh (peragawati, pramugari) itu dihasilkan oleh seorang pereka fesyen yang masih muda
21.   Daging yang telah (dicencang, dihiris) sehingga lumat itu dibasuh oleh kakak untuk dibuat inti karipap
22.   Mak Jarah (terjelepok, terperosok) sebaik-baik mendengar berita kemalangan yang telah mengorbankan nyawa suami dan anaknya
23.   Wajah Ayuni kelihatan (padur, muram) setelah menatap keputusan peperiksaannya
24.   Bayi itu berhenti menangis setelah (didukung, dijunjung) oleh ibunya
25.   Gadis itu (menggosok, mengesat) air matanya dengan sehelai tisu
26.   Ïntan (kunyah, baham) makanan yang kamu makan sehingga hancur sebelum menelannya,”kata Puan Mas
27.   Kesihatan kita akan terjejas sekiranya kita sering ( menghirup, menyedut) asap rokok
28.   “Ayah beberapa ekor kambing kita telah mati kerana ( dimamah, dibaham) oleh harimau,”kata Omar
29.   “Eh, nasi yang kakak tanak telah (tengik, hangit) kata Kak Shira
30.   Perangai buruknya masih tidak (beralih, berubah) walaupun telah puas kami menasihatinya
31.   Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan sampah yang (berkeliaran, berhamburan) di tapak pesta Karnival Rakyat itu
32.   “Baiklah, saya akan (melihat, meneliti) laporan ini sebelum mengambil tindakan yang selanjutnya,”kata Encik Naim kepada pekerjanya
33.   Pembantu rumah Puan Zainab dikehendaki (mengelap, menggilap) barang-barang tembaga di dalam almari perhiasan itu sehingga berkilat pada setiap bulan
34.   Beberapa orang pekerja Tauke Seng sedang ( memungut, memunggah berguni-guni beras dari lori untuk disimpan di dalam stor
35.   Farina suka (mengubbah, mengubah) bunga untuk mencantikkan ruang tamu rumahnya
36.   Pelbagai taktik digunakan oleh sindiket terbabit untuk (mengabui, mengaburi) mata orang ramai agar menggunakan perkhidmatan mereka
37.   Kami mewakili sekolah dalam acara( lontar, baling) peluru dalam kejohanan sukan tersebut
38.   Äni, mengapakah kamu goreng ikan menggunakan minyak masak yang sudah berbau (basi, tengik)? Tanya emak
39.   Sayur-sayuran yang (disiram, disembur) dengan racun serangga perlu dibasuh dengan bersih sebelum dimasak
40.   Pasangan pengantin di atas pelamin itu tersipu-sipu malu ketika (disimbah, direnjis) air mawar oleh beberapa orang tetamu
41.   Mak Jamilah ( mencantum, menampal) seluar anak lelakinya yang koyak dengan secebis kain
42.   Mereka lari (bertempiaran, berkeliaran) apabila dikejar oleh seekor anjing
43.   Para penonton (tersengih, tergelak) besar ketika mendengar ucapan yang melucukan daripada pelawak itu
44.   Kak Rini berdebar-debar ketika menanti ( kemunculan, kedatangan) rombongan pengantin lelaki
45.   Hasrul berazam untuk berusaha dengan lebih gigih setelah namanya (dilenyapkan, digugurkan) daripada senarai pemain bola sepak sekolahnya
46.   Penduduk di Taman Muhibah bergotong-royong untuk (menghapuskan, melenyapkan) sarang pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan wabak demam denggi menular di taman itu
47.   Karina menegur sikap adiknya yang langsung tidak ( mendengar, menghiraukan) panggilan ibu mereka kerana terlalu leka bermain permainan video
48.   Mak Timah sedang sibuk( menggoreng, menumis) ikan untuk makan malam
49.   Penghuni rumah banglo itu (menebang, menebas) semak di sekitar kawasan rumahnya dua minggu sekali
50.   Persatuan Sains dan Matematik telah menganjurkan pertandingan reka cipta untuk menonjolkan ( daya saing, daya cipta) dalam kalangan pelajar sekolah itu