Kertas 1: Karangan Berpandu dan Karangan Umum
Karangan Berpandu (30m) Masa : 45 minit
-wajib ulas 3 isi ( panjang karangan 1¾ muka surat atau 2 muka surat)
-Pendahuluan
-Isi
-Huraian /Contoh
-Penutup
Kelemahan:
Perenggan isi tidak seimbang, ada perenggan 8 baris, 3 baris, 5 baris, 2 baris.=markah kurang
(Perenggan isi mesti seimbang, kalau P2-10baris, P3=11baris, P4=9baris, =markah baik)
Kalau tidak seimbang, pemeriksa akan tahu bahawa tahap pemikiran pelajar tidak matang
Karangan Umum (100m) Masa 90 minit)
Dimensi Diri---------------------------------guna “saya”, kalau tidak markah kurang
Dimensi Keluarga---------------------------guna “ibu bapa” atau “keluarga”
Dimensi Masyarakat
Dimensi Negara atau Antarabangsa : tidak digalakkan tulis Dimensi Antarabangsa
Komponen Sastera
Mesti ada 5 isi, (kalau 4 isi dan kurang daripada 350 patah perkataan, markah turun dengan banyak), tidak perlu kira dan tulis jumlah perkataan, pemeriksa akan kira sendiri.
Panjang karangan 3½ muka surat ke 5 muka surat (kalau hendak mendapatkan gred A+)
Isi –isi perlu disusun mengikut keutamaan
Tips: buat peta minda, atau catat secara ringkas 5 isi yang akan ditulis, kemudian, sedikit huraian atau contoh yang akan ditulis supaya tidak lupa isi-isi yang ingin ditulis
-Kalau tajuk yang diberi mempunyai dua bahagian contohnya, apakah faktor dan langkah untuk menangani masalah ponteng
-Isi untuk faktor 3 dan Isi untuk langkah juga perlu ada 3 (tidak boleh isi faktor 4, isi untuk langkah 1 sahaja =markah kurang)
Contoh Warga emas diabaikan, faktor pengabaian dan cara menangani
Tulis 3 faktor dulu, kemudian baru tulis 3 langkah. JANGAN tulis faktor diikuti oleh langkah.
-Setiap perenggan perlu ada variasi bahasa seperti kaitkan dengan peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat dan lain-lain
Jangan gunakan kaedah Tanya Soalan, kemudian Jawab Sendiri ( tidak digalakkan)
Contoh tajuk Dimensi Diri:
Remaja lebih suka baca bahan picisan daripada bahan ilmiah. Apakah pandangan anda?
Anda boleh tulis : Mengikut kajian sekolah saya, 90% pelajar suka membaca bahan picisan daripada bahan ilmiah
JANGAN berikan kajian yang direka sendiri.
Format Karangan
Kalau salah format karangan, markah akan turun dengan banyak
Format Rencana, tajuk rencana sama ada setiap awal kata huruf besar atau semuanya huruf besar.
Karangan mesti lengkap, format betul, pemerengganan betul, kalau tidak markah akan turun
Kertas 2 : Rumusan, Pemahaman, Tatabahasa dan Novel
RUMUSAN
Tugasan popular:
Punca : faktor-faktor/ sebab
Masalah : kekangan / halangan / kesulitan / kerumitan
Kepentingan : faedah / manfaat / kebaikan / keistimewaan
Peranan : tugas / tanggungjawab / fungsi
Kesan : akibat / implikasi
Langkah : pendekatan/ usaha/ tindakan / cara-cara
Baca petikan dengan teliti, ….tentang tanggungjawab masyarakat…..dan langkah ……..
Laporan Rencana (tahun ini mungkin ditukar ke laporan atau rencana)
Petikan membincangkan peranan…. / Laporan membincangkan peranan…. / Rencana membincangkan peranan…
Selain tukar kata kunci tanggungjawab ke peranan, perkataan masyarakat juga perlu ditukarkan (kalau Lembaga Peperiksaan menggunakan skema permarkahan baharu)
Contoh: Langkah-langkah ibu bapa mendidik anak-anak mengurus wang dan faedah pada masa depan
Jawab: Petikan membincangkan usaha / cara ibu bapa mendidik anak-anak menguruskan wang (2m)
Isi tersurat
-jangan baca ayat pertama perenggan pertama (BUKAN ISI )
- perhatikan perkataan, “selain”, “ di samping “, “sehubungan”, “begitu juga” – tandakan (ISI)
1. Jika soalan tentang “faedah”, cuba cari perkataan “boleh”. “dapat”, “mampu” dan “upaya”- tandakan ISI
2. Jika soalan tentang “langkah”, cuba cari perkataan “seharusnya”, “sewajarnya”, “perlu”, “hendak”, tandakan ISI
Kesimpulan
Kesimpulannya, + salin sedikit tajuk + ( ) + supaya/ agar + siapa dalam petikan (contoh: remaja, ibu bapa, masyarakat, pelajar dll) + aman dan damai/ ekonomi meningkat/ kehidupan tidak terjejas / harmoni
( diberi kerjasama / diambil perhatian / diberi sokongan/ diberi galakan)
PEMAHAMAN
Jawab soalan pemahaman, contoh maksud rangkai kata
Cara jawab: maksudnya …….
Apakah cara mengatasi masalah….
Cara jawab: caranya ialah……..
4 konsep : gigih
NILAI / tanggungjawab
PERWATAKAN/ 5 unsur berani
PERSOALAN/ tabah
PENGAJARAN kasih sayang
Jika soalan Nilai
-tambah imbuhan “ ke…an” / “ ber” kecuali kasih saying
Contoh : gigih – kegigihan, tanggungjawab---bertanggungjawab
Jika soalan Perwatakan
-gugurkan semua imbuhan
Jika soalan Persoalan
-Nilai +Watak yang dinyatakan
Contoh: keberanian Sabor (nyatakan watak dalam petikan)
Jika soalan Pengajaran
-kita + perlu / hendaklah / mesti / + tabah
Baca perkataan pertama soalan, kalau : berikan/nyatakan/kemukakan (jawapan tidak perlu huraian atau conoth). kalau: terangkan/jelaskan/huraikan (jawapan mesti ada huraian ataupun contoh, contoh ambil daripada petikan)
Bentuk Soalan seperti : Pada pendapat anda, jika pelajar jawab seperti berikut akan dapat markah 0
Pada pendapat saya, kita boleh membina asrama untuk anak-anak miskin (sebab anda tidak mampu untuk membina asrama)
Oleh itu, jawapan mesti : logik/ikut kemampuan, siapa yang diarahkan (cth: kerajaan, masyarakat, pihak tertentu)
TATABAHASA
a. BINA AYAT :Imbuhan sisipan
Serabut | Selerak | Geguli | Dedawai | Gegendang | Telunjuk |
rerambut | Jejentik | Kekisi | Jejarum | Jejari | Seruling |
Gemuruh | Kemuning | Tetangga | Pepejal | Lelayang | |
Kemuncup | Keruping | Tetamu | Lelangit | Lelaki | |
Sesiku | Gemilang | Sesungut | Pepijat | Kekabu | |
Pepenjuru | Kekunci | Gerodak | Kekuda | Dedaun | |
Geletar | Gerigi | Gemercing | Bebenang | Bebudak | |
Gericau | Telapak | Kelupas | Bebawang | Cecair | |
b. Kata ganda menyalin
tahu-menahu | tolong-menolong | jahit-menjahit | tarik-menarik |
sulam-menyulam | tawar-menawar | kata-mengata | sepak-menyepak |
tari-menari | tangis-menangis | rampas-merampas | tumbuk-menumbuk |
kejar-mengejar | karang-mengarang | simpan-menyimpan | sayang-menyayangi |
c. Akronim ( jangan letakkan di awal ayat, jangan jadikan kata nama khas)
Berdikari | Pawagam | Kugiran | |
Jaluran | Cerpen | | |
Asbut | Ginrama | | |
Hakis | Tabika | | |
Kemas kini | Tadika | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Soalan 3 B) Pengetahuan Bahasa
*AYAT PERINTAH
i) Ayat Suruhan
ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Cth: Hantarlah buku itu sebelum pulang. / Turunlah dari sini sekarang juga. /Cuci kasut kamu. (suruhan)
ii) Ayat Larangan
ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contoh: jangan minum air itu. / Usahlah menangis lagi. /Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
iii) Ayat Silaan
ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan
menjemput atau mempersilakan seseorang.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau. / Jemputlah menikmati /Datanglah ke rumah saya. (silaan)
iv) Ayat Permintaan
ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
permintaan atau pertolongan.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur. / Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan. /Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
*cakap ajuk & cakap pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik
("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan. 2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan. 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ ) | 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan. 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat. 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama. |
|
|
*ayat aktif ke ayat pasif
Contohnya:
Ayat Aktif | Apt Pasif Diri Pertama |
(a) Saya mencuci kasut sekolah. (b) Kita menerima keputusan itu. (c) Aku akan memetik bunga itu. (d) Kami sudah menyusun jadual itu. | (a) Kasut sekolah saya cuci. (b) Keputusan itu kita terima. (c) Bunga itu akan aku petik. (d) Jadual itu sudah kami susun. |
Ayat Aktif | Ayat Pasif Diri Kedua |
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (c) Engkau patut memulangkan duitnya. (d) Kamu perlu membaiki kereta itu. | (a) Kerja itu harus anda siapkan. (b) Surat itu mesti awak serahkan. (c) Duitnya patut engkau pulangkan. (d) Kereta itu perlu kamu baiki. |
Ayat Aktif | Ayat Pasif Diri Ketiga |
(a) Mereka mengecat bangunan. (b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (d) Dia sedang menjahit baju. | (a) Bangunan dicat oleh mereka. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur. (d) Baju sedang dijahit olehnya. |
Ayat Aktif | Ayat Pasif |
1. Ali membaca buku itu. 2. Ibu memasak nasi lemak. 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. 5. Yusof membawa kerusi patah. | Buku itu dibaca oleh Ali. Nasi lemak dimasak oleh ibu. Nasihat guru kita, mesti kita dengar. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof |
*ayat penyata ke ayat tanya.
Buku saya ada di atas meja – Buku siapakah yang ada di atas meja?
Cikgu Ali yang menyemak karangan saya – Siapakah yang semak karangan saya?
PERIBAHASA
Tinggal 6 peribahasa yang belum keluar
Novel
4 a)
Ayat 1- nama novel
Ayat 2- pernyataan -1m
Ayat 3- huraian/contoh -1m
Ayat 4- pernyataan -1m
Ayat 5- contoh -1m
____
4m + 3 m bahasa
4b)
Ayat 1- nama novel
Ayat 2- pernyataan -1m
Ayat 3- huraian/contoh -1m
Ayat 4- pernyataan -1m
Ayat 5- contoh -1m
Ayat 6- pernyataan -1m
Ayat 7- huraian/contoh -1m
____
6m + 2m bahasa
Jika soalan perbandingan:
Masukkan perkataan manakala dan jawapan boleh 2 persamaan dan 1 perbezaan
Contoh bandingkan nilai kejujuran atau tanggungjawab
No comments:
Post a Comment