Tuesday, September 1, 2009

Monday, August 31, 2009

H1N1 : Peranan Ibu Bapa

Kita tidak boleh meminta orang lain mengikut langkah kita dalam menangani wabak H1N1. Kita hanya dapat memastikan orang kesayangan kita tidak dijangkit wabak ini dengan :

1. memastikan anak-anak ke sekolah dengan memakai mask / penutup hidung dan mulut.
2. mengajar anak-anak langkah mencuci tangan yang betul
3. mengingatkan anak-anak membasuh tangan dengan bersih pada waktu rehat semasa ingin makan dan selepas makan
4. mencuci tangan dengan bersih selepas ke tandas
5. Tidak menggalakkan anak-anak ke tempat awam
6. Balik dari sekolah, pastikan anak-anak mencuci tangan dahulu sebelum berpeluk atau menyentuh ahli keluarga yang lain.
7. Membeli "hand sanitizer" dan digunakan apabila tiada kemudahan untuk mencuci tangan
8. Mencuci tangan dengan bersih dan dengan kerap merupakan langkah pencegahan yang paling efektif

Harap membantu,

H1N1 VS Kesedaran

Sekolah akan berbuka semula esok, diharapkan ibu bapa memastikan anak-anak memakai penutup hidung dan mulut ke sekolah. Setakat ini, penutup hidung dan mulut belum dibekalkan oleh sekolah kepada murid-murid.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan penularan wabak ini, penjagaan kebersihan diri dan pemakaian mask merupakan satu-satunya usaha yang boleh kita lakukan dalam mengurangkan penularan wabak ini.

Entahlah, masih ramai yang tidak gentar dengan angka-angka yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan tentang bilangan kes jangkitan wabak H1N1.

Walaupun sudah bertambah ramai yang memakai penutup mulut dan hidung di pasar raya, tempat awam, yang tidak berbuat demikian tidak kurang banyaknya.

Baru-baru ini, laporan WHO mengatakan bahawa penduduk Malaysia masih kurang tahap kesedaran tentang keseriusan wabak ini. Saya rasa memang ada benarnya.

Bird's Talk

Little Bird


Bee


Butterfly Collection

Yellow Butterfly

Series

New Collections

Thousands Eye


New Visitor