Sudah habis baca novel Tingkatan 4 : Azfa Hanani, tengah pulun baca komsas Tingkatan 5: Dirgahayu Bahasa. Untuk puisi dan sajak, tidak ada masalah kerana tak panjang sangat. Cerpen masih boleh tahan, dah habis baca, cuma yang menjadi masalah ialah teks prosa tradisional, dah habis baca Hikayat Langlang Buana, Hikayat Siak, sedang membaca Dua Geliga Hikmat dan tidak bercadang untuk membaca Hikayat Opu Daeng Menambun masing-masing panjangnya 30 muka surat. letih sungguh membacanya. Drama juga sama, baru habis baca Tiang Cenggal Dinding Sayung. 1400 dan Dato' Onn tak baca lagi sebabnya panjang sangat, kalau setakat baca sahaja tak menjadi masalah, sambil membaca buat nota memakan masa.
Teks komsas Tingkatan 4 tak baca lagi, dan novel Tingkatan 5 ; Kembara Amira baru 8 halaman dijengah. Tinggal 3 minggu lagi, tesis tak sentuh lagi. Minggu ni perlu habiskan novel Tingkatan 5 dan komsas Tingkatan 4, itu azam, harap berjaya menghabiskannya bolehlah saya tumpukan perhatian pada tesis saya.

No comments:
Post a Comment