Tuesday, April 10, 2012

Latihan Kelas 3Y


Betulkan Ayat-ayat yang salah di bawah

  1. Saya sayang ayah
  2. Dialah pelari yang terhandal sekali
  3. Itulah baju yang amat tercantik
  4. Dia bertanya saya
  5. Pemimpin itu lupa janji-janjinya
  6. Meja itu beralaskan dengan sehelai kain
  7. Dia mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan
  8. Mereka akan memperdalamkan sungai ini
  9. Jambangan bunga ini digubah olehku
  10. Meja-meja ini disusun oleh kami
  11. Keropok itu ibu goreng
  12. Dinding itu dia conteng
  13. Tempat itu saya belum kunjungi
  14. Buku itu anda mesti pulangkan
  15. Kami berdoa anda cepat sembuh
  16. Semua pelajar tahu dia anak hartawan
  17. Dia menyatakan yang dia sakit
  18. Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya
  19. Bangunan itu yang tinggi menjangkau langit Menara Maybank
  20. Terdapat berapa orang tokoh parti itu ditangkap polis.
  21. Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diminta mengurus pendaftaran pelajar-pelajar baru pada hari Isnin nanti
  22. Di antara masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan ialah masalah rasuah
  23. Berbagai masalah dihadapi oleh penduduk kampung
  24. Leong menaikkan bendera sambil menyanyi lagu Negaraku
  25. Pepohon-pepohon yang rendang terdapat di sepanjang jalan
  26. Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan
  27. Dia telah bercerai daripada isterinya
  28. Dia tiba tepat waktunya bagaimana yang dijanjikan
  29. Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi rintangan
  30. Sudah berbulan dia tidak membayar sewa rumahnya
  31. Semua soalan di dalam kertas ujian tidak dapat ku  jawab kecuali akhir
  32. Ketiga orang anaknya terkorban dalam kemalangan yang ngeri itu
  33. Pemuda itu sesak di pusat bandar raya
  34. Kakak bekerja di pasaraya
  35. Mereka telah meminta tolong daripada pihak polis
  36. Ali duduk antara Siva dan Ah Chong di dalam kelasnya
 
 *ingin tahu berapa orang pelajar kelas 3Y yang akan membuat latihan ini tanpa disuruh.

2 comments: