Saturday, August 4, 2012

PGS : Kelas 4Sc4


Selamat datang ke blog pembelajaran cikgu, cikgu berharap anda semua memperoleh manfaat. Selamat menjawab soalan latihan Pola Ayat. 
 
Soalan latihan Pola Ayat
  1. Puan Malika ialah guru penasihat Kelab Catur
  2. Encik Muthu usahawan muda
  3. Pakaian Misha sungguh cantik sekali
  4. Jalan raya itu telah diperlebar
  5. Sungai itu di tengah-tengah bendang
  6. Telefon bimbit memang canggih teknologinya
  7. Menara Berkembar itu amat tinggi
  8. Aiman berlari di tengah padang itu
  9. Buku itu untuk abang saudara saya
  10. Cikgu Roslina ialah guru kelas kami
  11. Wang itu disimpan dalam peti besi
  12. Kakak membeli dua helai baju yang baharu
  13. Sekolah saya amat besar dan bersih
  14. Kereta itu terletak di tepi jalan raya
  15. Emak  akan menjahit baju yang koyak itu
  16. Encik Lee doktor yang sangat berpengalaman
  17. Kar Wei pelajar yang pandai dan menghormati guru
  18. Bas itu bas yang disewa oleh pihak sekolah
  19. Rumah saya besar lagi mewah
  20. Bunga ros ini daripada kekasihnya

2 comments:

  1. Soalan latihan Pola Ayat

    1.Puan Malika /ialah guru penasihat Kelab Catur
    FN+FN

    2.Encik Muthu /usahawan muda
    FN+FN

    3.Pakaian Misha /sungguh cantik sekali
    FN+FA

    4.Jalan raya itu /telah diperlebar
    FN+FK

    5.Sungai itu/ di tengah-tengah bendang
    FN+FS

    6.Telefon bimbit/ memang canggih teknologinya
    FN+FA

    7.Menara Berkembar itu /amat tinggi
    FN+FA

    8.Aiman/ berlari di tengah padang itu
    FN+FK

    9.Buku itu /untuk abang saudara saya
    FN+FS

    10.Cikgu Roslina /ialah guru kelas kami
    FN+FN

    11.Wang itu /disimpan dalam peti besi
    FN+FK

    12.Kakak/ membeli dua helai baju yang baharu
    FN+FK

    13.Sekolah saya /amat besar dan bersih
    FN+FA

    14.Kereta itu/ terletak di tepi jalan raya
    FN+FK

    15.Emak / akan menjahit baju yang koyak itu
    FN+FK

    15.Encik Lee /doktor yang sangat berpengalaman
    FN+FN

    16.Kar Wei /pelajar yang pandai dan menghormati guru
    FN+FN

    17.Bas itu/ bas yang disewa oleh pihak sekolah
    FN+FN

    19.Rumah saya/ besar lagi mewah
    FN+FA

    20.Bunga ros ini/ daripada kekasihnya
    FN+FS

    Sila semakan,ada salah ke tak?
    terima kasih.

    pelajar dari 4sc4,(11)

    ReplyDelete
  2. Betul kesemuanya. Syabas!

    ReplyDelete