Kepada semua calon SPM,
Selamat menjawab kertas pertama iaitu Bahasa Melayu 1103/1 dan 1103/2. Semoga dapat menjawab dengan tenang.
Tuesday, November 5, 2013
Sunday, October 20, 2013
Tajuk 4 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013
Tajuk 4
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
|
Peninggalan sejarah seperti Tembok Besar China di
China, Taj Mahal di India dan Candi Borobudur di Indonesia sentiasa menjadi
daya tarikan pelancong di seluruh dunia.
Bincangkan kepentingan
peninggalan sejarah kepada sesebuah negara.
|
Kedah
|
Hubungan diplomatik
dengan negara-negara serantau dan antarabangsa amat penting. Ulaskan
pendapat anda tentang kepentingan
Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik
|
Kelantan *
|
Dunia telah dikejutkan dengan penularan beberapa
jenis wabak yang berbahaya seperti SARS, Influenza A (H1N1)dan H1N7. Wabak
ini boleh berjangkit dengan cepat dan mendatangkan maut dalam masa yang singkat.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
negara di dunia pada hari ini untuk menangani
wabak yang menakutkan ini.
|
Melaka
|
Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia
lebih rapat sehingga merentasi sempadan. Ulaskan kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan
komunikasi masyarakat dunia.
|
MRSM
|
Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan
pertandingan di peringkat antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata
dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat
yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan pertandingan itu.
|
Negeri Sembilan*
|
Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan
pelbagai program pertukaran pelajar.
Huraikan faedah-faedah menyertai program tersebut.
|
Pahang
|
Negara-negara dunia memberi keutamaan kepada
industri pelancongan. Hal ini memandangkan industri pelancongan mampu meningkatkan
pendapatan negara. Bincangkan peranan negara-negara dunia dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke
negara mereka.
|
Perak
|
Krisis kekurangan makanan yang
berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama
antara negara serantau. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh
Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut.
|
Pulau Pinang
|
Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah
meninggalkan pelbagai kesan.
Jelaskan kesan-kesan
kemasukan warganegara asing ke negara tersebut.
|
SBP
|
Ketidakstabilan politik di
sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.
Bincangkan.
|
Selangor
|
Terdapat banyak negara di dunia kini sedang bergolak
dengan pelbagai masalah.
Huraikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang
dapat dilakukan oleh negara-negara lain bagi membantu negara-negara tersebut.
|
Terengganu
|
Pergolakan dan peperangan yang
berlaku di sesebuah negara bukan sahaja menjejaskan keamanan negara tersebut
malaban turut menjejaskan negara-negara serantau. Ulaskan peranan yang bolej
dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dan pertubuhan -pertubuhan di peringkat
serantau dan dunia untuk menangani krisis ini.
Ulaskan.
|
Tajuk 3 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013
Tajuk 3
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
|
Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian
dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.
|
Kedah
|
Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan
diri dalam bidang pertanian. Oleh
itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam
bidang tersebut.
Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan
|
Kelantan *
|
Malaysia berpotensi menjadi destinasi pelancongan
utama di dunia.
Bincangkan sumbangan
sektor pelancongan kepada negara Malaysia
|
Melaka
|
Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah
negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
kerajaan dalam membasmi kemiskinan
dalam kalangan rakyat.
|
MRSM
|
Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan
generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan tersebut.
|
Negeri Sembilan*
|
Sebagai seorang pegawai di Jabatan Penerangan
Daerah, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada warga sekolah
di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah “Semangat
Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.”
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.
|
Pahang
|
Pertanian ialah perniagaan. Bidang ini boleh
mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka yang berbudi kepada tanah.
Jelaskan usaha-usaha
kerajaan untuk menarik minat golongan siswazah terlibat aktif dalam sektor pertanian
|
Perak
|
Kerajaan mewajibkan Dasar 1 Murid 1 Sukan
di setiap sekolah.
Tulis rencana tentang manfaat dasar tersebut kepada negara
|
Pulau Pinang
|
Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan
masyarakat sekarang.
Ulaskan pernyataan tersebut.
|
SBP
|
Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena
dengan Sambutan Hari Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama”.
Tulis esei anda selengkapnya.
|
Selangor
|
Kes jenayah kejam yang
melibatkan kanak-kanak semakin
menjadi-jadi di negara kita. Fenomena ini telah mencetuskan api kemarahan
anggota masyarakat. Bagi mereka, kes-kes ini berlaku kerana kerakusan
penjenayah dan kelalaian ibu bapa.
Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, berikan
ulasan anda tentang fenomena ini.
|
Terengganu
|
Gejala rasuah dalam
masyarakat boleh membawa banyak kesan negatif seperti menafikan hak rakyat
serta menjejaskan imej negara.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
menangani gejala ini.
|
Tajuk 2 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri Lain
Tajuk 2
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
|
Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati
oleh generasi muda masa ini.
Huraikan peranan
ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan
anak-anak.
|
Kedah
|
Teknologi siber kini telah maju. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada masa ini
|
Kelantan *
|
Slogan” Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa
budaya membaca akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mendatangkan
faedah yang besar kepada negara.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa
untuk memupuk budaya membaca dalam
kalangan keluarga mereka.
|
Melaka
|
Kes penderaan ke atas
kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang
waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha
yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini. Tuliskan wawancara itu selengkapnya
|
MRSM
|
Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Amalan
Baik dalam Penjagaan Kesihatan' sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada
masyarakat setempat.
Sediakan teks ceramah
anda selengkapnya.
|
Negeri Sembilan*
|
Budaya membaca wadah berkesan dalam era pendidikan
masa ini.
Jelaskan usaha-usaha ibu bapa bagi membudayakan amalan membaca kepada
anak-anak.
|
Pahang
|
Masyarakat hari ini menyedari peranan penting
koperasi sekolah dalam menerapkan ilmu keusahawanan kepada para pelajar.
Selaku ahli masyarakat yang menyokong perkembangan
dan kemajuan koperasi sekoalh,anda akan menyampaikan sebuah ceramah. Tajuk
ceramah ialah “Faedah-faedah menyertai
Koperasi Sekolah”
|
Perak
|
Belakangan ini, masyarakat sering digemparkan oleh
berita yang melibatkan penculikan, dan pembunuhan kanank-kanak. Sehubungan
dengan itu, keluarga memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak
terjamin.
Huraikan peranan
ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.
|
Pulau Pinang
|
Kenaikan harga barangan keperluan harian telah
menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan.
Huraikan usaha-usaha tersebut.
|
SBP
|
Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu
ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan
yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong
dalam kalangan ahli keluarga.
|
Selangor
|
Sebagai pengguna, kita kadangkala tertipu oleh
pelbagai helah peniaga sewaktu membeli barang.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu.
|
Terengganu
|
Ibu bapa menjaga anak~anak dengan penuh kasih
sayang, namun apabila anak-anak meningkat remaja ada antara mereka yang
terlibat dengan pelbagai masalah sosial.
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya
keadaan sedemikian
|
Tajuk 1 Karangan Umum Percubaan Negeri-negeri lain 2013
Tajuk 1
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
|
Semasa
cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan
pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
|
Kedah
|
Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran
Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah
Menjadi Pelajar Cemerlang”.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
|
Kelantan
|
Sekolah anda menganjurkan “ Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”. Berikan pendapat anda tentang program-program
yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut
|
Melaka
|
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada
setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap anak mesti melakukan kebaikan
kepada kedua-dua ibu bapa. Bincangkan usaha-usaha
anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
|
MRSM
|
Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu
pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah
yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
|
Negeri Sembilan
|
Guru
ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain.
Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada
hari ini.
Huraikan
peranan anda untuk membalas jasa guru.
|
Pahang
|
Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi
pilihan anda
|
Perak
|
Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan
seharian.
Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat
dalam kehidupan seharian
|
Pulau Pinang
|
Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga
di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat
dillaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan
di Malaysia lebih menarik.
|
SBP
|
Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat
Malaysia apabila
menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu,
anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan
bangsa.
Ceritakan pengalaman
dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka
tersebut
|
Selangor
|
Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah
masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional
warisan nenek moyang mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan
pelestarian kebudayaan
tersebut.
|
Terengganu
|
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda
ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Hari
Kokurikulum yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya.
|
Tuesday, October 8, 2013
Koleksi Soalan Tatabahasa Percubaan SPM Bahasa Melayu 2013
Soalan Tatabahasa Percubaan SPM BM Negeri-Negeri
lain 2013
Johor -2013
Pendapat – bersependapat
Prihatin –keprihatinan
Sejuk – kesejukan
|
SBP-2013
Mengupas –mengelupas
Bercanggah – berceranggah
Menjajah - menjelajah
|
Kedah-2013
Menahan
Menuntut
Menarik
(setiap kata bina 2 ayat)
|
|
N9-2013
(i) ambil alih
(ii) daya usaha
(iii) campur tangan
(iv) lipat ganda
(v) ramah mesra
(vi) luar biasa
|
Terengganu-2013
Tunjuk
Penunjuk
Petunjuk
Jelas
Menjelaskan
Penjelasan
|
MRSM-2013
(i) abadi
(ii) akhlak
(iii) iltizam
(iv) istirahat
(v) syumul
(vi) zuriat
|
Pulau Pinang-2013
Kehampaan
Kepincangan
Kemaslahatan
Kebejatan
Kesukaran
Kelalaian
|
Soalan 3b
Terengganu
Cakap Pindah ke Cakap Ajuk
|
Mashitah
memberitahu Mauzah bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus pemiagaan yang
dianjurkan oleh kerajaan pada bulan itu. Mauzah menyokong rancangan Mashitah
itu. Seterusnya, Mauzah menyatakan bahawa" Mashitah akan dapat menimba
pengetahuan melalui kursus itu. Mashitah meJahirkan hasratnya untuk menjadi
peniaga yang terkenal pada suatu hari nanti. Mauzah menyatakan keyakinannya
bahawa Mashitah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya.
Mashitah mengucapkan terima kasih kepada Mauzab.
|
Pulau Pinang
Kenal pasti jenis ayat
|
(i) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada
urus setia.
(ii) Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
(iii) “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang
tamu,” kata kakak kepada jirannya.
(iv) “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi
majlis kepada para hadirin.
(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan
itu kerana berbahaya.
(vi) Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.
|
SBP – bina ayat berdasarkan
pola ayat
|
(i) FN + FK
(ii) FN + FA
(iii) FN + FS
|
Kedah –Ajuk ke Pindah
|
Aiman :
Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?
Kok Seong :
Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Aiman :
Kalau begitu, saya
cadangkan awak mengikut
saya pulang ke kampung saya
Kok Seong :
Apakah yang menarik di kampung awak?
Aiman :
Di kampung saya
ada sungai, kita
boleh memancing di sana.
Sekarang juga musim
buah-buahan.
|
Johor –Ajuk ke Pindah
|
Cikgu Azlan: Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?
Rajesh: Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya
ke sekolahnya dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu Azlan: Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak
ke sekolah?
Rajesh: Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.
Cikgu Azlan: Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil
mengangguk- anggukkan kepalanya)
Rajesh:
Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.
|
MRSM- kenal pasti subjek dan
predikat dalam petikan
|
Seseorang
juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut
keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih
sukar daripada memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza.
Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang
yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada
peIjalanan itu jauh atau dekat.
|
Selangor- Jenis ayat perintah
|
i.
Siapkan
tugasan itu sekarang juga.
ii.
Usah
dikenang lagi kisah yang lama
iii. Sila datang ke rumah saya malam ini
iv. Jagalah adik kamu dengan baik.
v.
Jemputlah
makan kuih-muih yang dihidangkan itu.
vi. Tolong buang sampah ini
|
N9- Ajuk ke Pindah
|
“Maria, tolong ambil bubur
kacang di dapur,” pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak?” tanya Maria.
“Kakak kau masak tengah hari tadi,” balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di
meja, boleh kita minum petang bersama ayah,” tambah mak lagi. “Baiklah mak, tentu
sedap bubur kakak buat, Maria pun dah lapar ni,” jawab Maria. “Memang sedap
tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli semalam,” terang mak. “Ayah, mak,
marilah makan, Maria dah hidang di meja ni,” Maria memanggil ayah dan maknya
minum petang.
|
Soalan 3C
Terengganu
|
(i) Penulis akan mendapat
kepuasan dan keseronokan jika hasil tulisan mereka di hargai oleh masyarakat.
(ii) Penduduk Taman Haj; Paakan
mengada kempen pencegahanjenayah untuk menggalakkan masyarakat bekerja sarna
memerangi kegiatan jenayah.
(iii) Kandungan kolestrol yang
tinggi menyebabkan pemimpin itu meuyerang penyakit jantung secara tiba-tiba.
|
Pulau Pinang
|
(i) Pesakit
leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan untuk mengubati
penyakitnya.
(ii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem
lagenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.
(iii) Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan
muda-mudi pada masa sekarang.
|
SBP
|
(i) Syahril mudah
mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh bertutur
dalam dwi bahasa.
(ii) Dia
melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh setelah
pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan memajukan
syarikat.
(iii) Petani moden
itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap tanam-tanamannya
demi kelestarian alam semulajadi.
|
Kedah
|
Pembangunan
pesat di ibu
kota menyebabkan kesesakkan
jalan raya berlaku.
Keadaan ini menjadi
semakin terok kerana
pembinaan jalan raya
tidak dirancang dengan
teliti. Selain itu, sikap pengguna yang tidak berdisplin dan kekurangan polis
trafik menjadikan masaalah
ini semakin rumit.
Pengguna pula sering
meletakan kenderaan sesuka hati sehingga menganggu kelancaran lalu
lintas.
|
Johor
|
(i)Kementerian Pelajaran
Malaysia permainkan peranan yang signifiken ke arah memperkasakan bidang
Sains Angkasa agar setanding dengan negara maju.
(ii)Pengerusi
mengumunkan bahawa mesyuarat agong akan mengadakan secara dwitahunan mulai
tahun hadapan.
(iii)Kerajaan
digalakkan kemasukan pelancung dari luar negara untuk menjanakan ekonomi
negara.
|
MRSM
|
i) Anggota keselamatan mengetatkan
kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang
berlaku baru-baru ini.
ii) Setiap bandaraya di dunia
biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.
iii) Pada zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untukjaminan
keamanan negeri.
|
Selangor
|
i. Gulungan yang pendapat
kurang daripada RM2 000 layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia.
ii. Suasana dalam perhimpunan
itu menjadi kelang-kabut apabila dengan tiba-tiba terdengar bunyi berdentum
yang kuat di kawasan berhampiran.
iii. Murid india itu memberikan
sepenuh perhatian terhadap pemelajaran di dalam kelas.
|
N9
|
(i) Pihak sekolah mengundang
ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod kemajuan murid
sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademi anak
masing-masing.
(ii) Kerajaan digesa ambil
tindakan terhadap laman web lucah yang semakin banyak seperti cendawan tumboh
selepas hujan.
(iii) Kita perlu menggembeleng
tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan
mengekalkan budaya tempatan yang murni.
|
Soalan 3d
Terengganu
|
(i)
Warna jambu merah merupakan warna yang menjadi terma majlis perkahwinan
Asbaida.
(ii)
Usaha gigih Puan Sukatini untuk menjadi seorang peniaga selama ini telah
tertunai apabila dia membuka dua biji kedai runcit di Terengganu.
(iii)
Para petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman getah secara moden
dengan bimbingan dari RISDA.
|
Pulau Pinang
|
(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam
kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang
mereka.
(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak
rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu
merempuh isyarat lampu
merah kerana terlewat menghadiri temu janji.
|
SBP
|
(i) Walaupun ada
label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak membelinya
kerana berasa curiga.
(ii) Saya sering
menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-kira 500
meter sahaja.
(iii) Rakyat jelata
mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap siaga untuk
menghadapi peperangan.
|
Kedah
|
i)
Kebanyakan pokok-pokok
di tanah kepunyaan Pak Wan akan dipotong kerana beliau bercadang untuk membina kandang
kambing yang besar.
ii)
Syarikat Mega Bintang mentafsirkan kerugian sebanyak
dua ratus ribu ringgit sebagai
akibat kebakaran di kilang cili sos yang berlaku pada minggu lepas.
iii) Amalan saling ziarah-menziarahi merupakan antara cara untuk menepuk
semangat kejiranan.
|
Johor
|
(i)
Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya
enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai
penyakit-penyakit yang berbahaya.
(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di
masa cuti demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.
(iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul
Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam sejarah kemerdekaan tanah
air tercinta.
|
MRSM
|
(i)
Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat
video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii)
Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah
mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di
negara ini.
(iii)
"Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi
motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.
|
Selangor
|
i.
Kebakaran yang berlaku
pada petang semalam telah melenyapkan deretan kedai yang terletak dalam
bangunan itu hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
ii. Guru besar-guru besar yang
hadir dalam majlis penyerahan anugerah cemerlang di dewan itu merupakan
mereka yang terpilih dari sekolah luar bandar.
iii. Pengetua mengirimkan
terima kasih untuk para penaja atas sumbangan berupa barangan mahupun wang
ringgit bagi menjayakan acara sukaneka sekolah pada kali ini.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)