Tuesday, February 23, 2010
PTK Jun 2010
Hari ini terima sms daripada Guru Data sekolah menanya sama ada nak ambil peperiksaan PTK tak? Pada mulanya, ingatkan bulan Mac PTK diadakan tapi tak mungkin sebab sekarang ni dah bulan Feb baru pendaftaran dibuat. So ingatkan nak ambil pada bulan Ogos sebab sekarang ni sibuk menyiapkan tesis lagipun kali ini kali ketiga dan terakhir untuk menduduki peperiksaan PTK; tapi dimaklumkan tahun ini PTK DG44 diadakan sekali saja pada bulan Jun, so mau tak mau kena ambil jugaklah. Menurut Guru Data, silibus dah tukar, tak kisahlah silibus apa pun, bukannya boleh habis baca semua dengan tugas berlambak kat sekolah. Janji masih objektif, walau apapun masih bolehlah teka dan teki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment