Ulat buku / Titik Peluh /Ringan tulang /Baik hati /Pak Pandir /Otak cair /Sakit hati /Tahi lalat /Cahaya mata /Kaki sembang /Sekangkang kera /Ambil berat /Anak buah /Berpeluk tubuh /Anak emas /Sakit hati /Buah hati /Pekak badak / Lintah darat /Kera sumbang /Membabi buta /Salin tak tumpah /Kucing bertanduk /Tanah air
Isi tempat kosong dengan Simpulan Bahasa yang sesuai:
1.Dia merupakan seorang yang pentingkan diri, jika orang lain ada kesusahan dia akan _____sahaja.
2.Cikgu selalu memuji Ahmad kerana dia seorang yang _____, banyak latihan dapat dibuatnya.
3.Kita hendaklah menjadi seorang yang ____dan selalu menolong orang lain yang berada dalam kesusahan
4.Di belakang tubuh bapa ada sebiji_______yang sangat besar
5.Ah Lee menjadi ______kepada Encik Thomas dan Puan Theresa. Mereka sangat menyayangi anaknya itu
6.Puan Hamidah baru melahirkan seorang________di hospital semalam.
7.Jangan menjadi seperti Ahmad yang sangat malas, kita perlu menjadi seorang yang______.
8.Malaysia adalah______________saya. Saya cintakan negara saya Malaysia
9.Penghulu itu menyuruh _____nya bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.
10.Pelajar-pelajar mesti ____________tentang pelajaran mereka selalu.
11.Emaknya __________apabila melihat anaknya yang sangat nakal itu
12.Kawan saya memang seorang_________kerana selalu ada sahaja buku di tangannya.
13. Dia menangis sepanjang hari kerana__________nya sudah dikebas oleh orang lain.
14.Wajahnya ______________dengan wajah kakaknya kerana mereka adalah anak kembar.
15.Dia selalu dikertawakan oleh rakan-rakannya kerana sikapnya seperti_____, selalu melakukan perkara yang bodoh.
16. ____________ibu bapanya selama ini berhasil apabila dia dapat memasuki universiti.
17.____________itu tidak suka bergaul dengan orang lain, selalu duduk seorang diri.
18.Dia ingin terbang seperti burung di angkasa, keinginannya tidak akan tercapai kerana mana ada_______
19.Tanah itu tidak sesuai digunakan untuk pertaniannya atau penternakan kerana keluasannya hanya_____
20. Dia memang merupakan seorang ___, kerana dari pagi tadi dia bercakap tidak berhenti-henti.
21.Ahmad tidak akan berjaya kerana dia selalu membuat kerja secara____, tidak berhati-hati.
22.Kamu tidak perlu bercakap dengannya, walau sekuat mana suaranya dia tidak akan dapat dengar kerana dia memang seorang yang ____________
23.Dia dipukul dengan teruk oleh _________itu kerana dia meminjam wang daripada mereka dan tidak mampu hendak membayar.
No comments:
Post a Comment