Hari ini pergi Jabatan Pendidikan Negeri untuk melaporkan diri. Pegawai H yang menguruskan penempatan saya tu minta saya balik ke sekolah asal katanya lebih baik sebab gaji masih dibayar oleh sekolah asal.
Walau bagaimanapun, saya meminta untuk ditempatkan di sekolah lain. Pegawai H kata beliau akan menelefon sekolah dan menanya pengetua sekolah asal saya sama ada beliau memerlukan guru Bahasa Melayu dan beliau akan menelefon PPD juga untuk memastikan hal ini.
Akhirnya, dalam masa satu minggu, Pegawai H akan mengeluarkan surat rasmi penempatan. Katanya kalau surat itu tertera nama sekolah asal, maknanya kekallah saya di sekolah asal.
No comments:
Post a Comment